Saraf kranium
Penampilan
Saraf kranium | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | nervus cranialis (pl: nervi craniales) |
MeSH | D003391 |
TA | A14.2.01.001 A14.2.00.038 |
FMA | FMA:5865 |
Istilah anatomi neuroanatomi |
Saraf kranium ialah sesimpul saraf yang berada di kepala (cranium = kepala). Saraf kranial terdiri daripada 12 simpul saraf yang berperanan penting dalam menggerakkan otot-otot yang ada dibahagian kepala, seperti otot mata, pipi (muka), lidah, gerakan mengunyah, berkedip, mendengar dan lain-lain.
Saraf kranium terbit dari sistem saraf pusat di atas tulang vertebra pertama tulang belakang.[1] Setiap saraf kranium adalah berpasangan di kedua-dua belah badan. Ada 12 pasangan saraf kranium yang dilabel dengan nombor Roman I–XII. Ada juga pendapat bahawa terdapat 13 pasang, termasuk saraf kranium sifar. Penomboran saraf kranium adalah berdasarkan turutan ia terbit dari otak dan batangnya dari hadapan ke belakang.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Kandel, Eric R. (2013). Principles of neural science (ed. 5). Appleton and Lange: McGraw Hill. m/s. 1019–1036. ISBN 978-0-07-139011-8.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Saraf kranium di Wikimedia Commons