Pergi ke kandungan

Abdomen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdomen
Abdomen dan organ manusia yang boleh didapati di bawah permukaannya
Butiran
PergerakanPergerakan dan sokongan untuk badan
Bantuan dengan pernafasan
Perlindungan untuk organ-organ dalaman
Sokongan postur
Pengenalpastian
nama bahasa LatinAbdomen
MeSHD000005
TAA01.1.00.016
FMAFMA:9577
Terminologi anatomi

Bagi vertebrat seperti mamalia, abdomen membentuk bahagian badan antara toraks (dada) dan pelvis. Bahagian yang diliputi oleh abdomen dikenali sebagai rongga abdomen. Dalam artropod, ia merupakan bahagian badan yang paling jauh di mana terletak di belakang toraks atau sefalotoraks.

Vertebrat

[sunting | sunting sumber]

Abdomen atau Weteng merupakan rongga yang besar di mana diliputi oleh otot abdomen, secara ventral dan sisi serta turus vertebra secara dorsal. Tulang rusuk bawah juga diliputi oleh dinding ventral dan sisi. Rongga abdomen berlanjutan dengan rongga pelvis. Ia dipisahkan daripada rongga toraks oleh diafragma. Struktur seperti aorta, vena cava inferior dan esofagus bergerak melalui diafragma. Kedua-dua rongga abdomen dan pelvis dilapisi oleh membran serosa iaitu peritoneum parietal. Membran ini diteruskan dengan peritoneum visera melapisi organ.[1] Abdomen dalam vertebrat mengandungi beberapa organ, sebagai contoh, kepunyaan saluran pencernaan dan sistem kencing.[2][3]

Organ abdomen

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah mamalia mempunyai organ abdomen yang khas. Contohnya perut ruminan (suborder mamalia) yang dibahagi kepada empat ruang iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum.[4]

Interverbrat

[sunting | sunting sumber]
Abdomen pada manusia dan semut
Dalam semut pekerja, abdomen terdiri daripada propodeum yang dicantumkan kepada toraks dan metasoma, dirinya terbahagi kepada petiol sempit dan bebuli gaster.

Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut tergit dan plat atas cembung yang dikenali sebagai sternit, keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.

Abdomen mengandungi saluran pencernaan serangga dan organ pembiakan, ia terdiri daripada 11 segmen di dalam kebanyakan order serangga tatkala segmen ke-11 tiada dalam serangga dewasa pada kebanyakan order yang lebih tinggi. Bilangan segemen ini berbeza-beza dari spesies ke spesies dengan bilangan segmen yang ketara dikurangkan kepada tujuh sahaja dalam lebah biasa. Collembola pula hanya mempunyai enam segmen abdomen.

Kadangkala abdomen telah diubah suai. Dalam semut, segmen abdomen pertama telah dicantumkan kepada toraks dan dipanggil propodeum. Segmen kedua membentuk petiol sempit. Sesetengah semut memiliki segmen pospetiol dan baki segmen membentuk bebuli gaster.

Berbeza dengan artropod, serangga tidak mempunyai kaki pada abdomen dalam bentuk dewasa, namun Protura memilikinya dengan apendaj bak kaki pada tiga segmen abdomen pertama manakala Archaeognatha pula mempunyai "jarum" kecil dan beratikulat di mana merujuk kepada apendaj rudimen. Kebanyakan larva serangga termasuk Lepidoptera and Symphyta (lalat gergaji) memiliki apendaj berisi dipanggil prokaki pada segmen abdomennya di mana membenarkan mereka untuk mencengkam tepi daun ketika bergerak keliling.

  1. ^ Peritoneum. The Veterinary Dictionary. Elsevier, 2007. http://www.answers.com/topic/peritoneum [Dicapai: 22 Oktober 2007)
  2. ^ Abdomen. (n.d.). Dictionary.com Unabridged (v 1.1). URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22 Oktober 2007]
  3. ^ Abdomen. Dictionary.com. The American Heritage Dictionary of the English Language, 4th Edition. URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22 Oktober 2007].
  4. ^ "Ruminant." The Veterinary Dictionary. Elsevier, 2007. http://www.answers.com/topic/ruminant [Dicapai: 22 Oktober 2007].

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • "Abdomen" . Collier's New Encyclopedia. 1921.