Pergi ke kandungan

Diensefalon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diensefalon
Hipotalamus dan kedua-dua belah talamus dilabel. Serebelum bukan sebahagian diensefalon.
Butiran
PendahuluProsensefalon, terbitan tiub saraf
Sebahagian daripadaOtak manusia
BahagianTalamus, hipotalamus, epitalamus dan subtalamus
Pengenalpastian
nama bahasa Latindiencephalon
MeSHD004027
NeuroLex IDbirnlex_1503
TAA14.1.03.007
A14.1.08.001
THH3.11.03.5.00001
FMAFMA:62001
Istilah anatomi neuroanatomi

Dalam otak manusia, diensefalon ialah bahagian otak depan (prosensefalon dalam embrio). Ia terletak di antara telensefalon dan otak tengah (mesensefalon dalam embrio). Ia terdiri daripada struktur di kedua-dua belah ventrikel ketiga, termasuk talamus, hipotalamus, epitalamus dan subtalamus.

Diensefalon ialah satu daripada vesikel-vesikel otak yang terbentuk ketika embriogenensis. Ketiga minggu ketiga perkembangan, tiub saraf terbetuk daripada ektoderma, satu daripada tiga lapisan germa primer. Tiub itu membentuk tiga vesikel utama ketiga minggu ketiga: prosensefalon, mesensefalon dan rombensefalon. Prosensefalon akan terbahagi menjadi telensefalon (serebrum) dan diensefalon.

Diensefalon terdiri daripada struktur-struktur berikut:

Pemasangan

[sunting | sunting sumber]

Saraf optik (CNII) dipasang di Diensefalon. Saraf optik ialah saraf deria (aferen) yang bertanggungjawab dalam penglihatan; ia terbit dari mata melalui saluran optik dalam tengkorak, dan pergi ke diensefalon. Retina pula terbit dari cawan optik yang merupakan sebahagian daripada diensefalon embrio.

Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 807 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]