Pergi ke kandungan

Raja Nazhatul Shima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Nazhatul Shima
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
Raja Puan Besar Perak
Pemerintahan12 Januari 2019 - kini
Didahului olehRaja Nor Mahani
KeputeraanRaja Nazhatul Shima binti Raja Idris Shah
(1952-02-20)20 Februari 1952 (Umur 72 tahun, 8 bulan dan 14 hari)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganYM Syed Omar Alsagoff (k. 1972; m. 2017)
DYTM Raja Jaafar (k. 2019)
AnakandaYM Syed Saif Alsagoff
YM Syed Ibrahim Alsagoff
YM Dr Syed Redzuan Alsagoff
YM Syed Shareef Alsagoff
YM Syed Idris Alsagoff
YM Syed Iskandar Alsagoff
Nama penuh
Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah A’fifullah
Nama diraja
Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
KerabatIstana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
AyahandaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
BondaRaja Perempuan Muzwin
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (diputerakan pada (1952-02-20)20 Februari 1952) merupakan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan. Baginda yang dikenali dengan panggilan Ku Dottie merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Raja Nazhatul Shima mendapat pendidikan awal di sekolah dari tahun 1958 hingga 1962. Baginda telah bersekolah di Sekolah Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Covent Teluk Intan.

Pada 22 Oktober 1963, ayahanda Ku Dottie telah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-33 dan baginda kemudiannya telah berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak serta menyambung pelajaran di Goverment English School di Kuala Kangsar. Baginda amat cemerlang dalam pelajaran sehingga melayakkan baginda untuk meneruskan pelajaran di Kolej Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan.

Pada tahun 1968, Ku Dottie juga telah melanjutkan pelajaran di Upper Chine School, Shanklin, Isle of Wight sehingga ke peringkat tingkatan enam. Seterusnya baginda telah mengambil Kursus Asas dalam jurusan seni di Hornsey college of Art dan baginda terus menyambung pengajian dalam bidang Senibina dalaman di Chelsea College of Art, London hingga berjaya mendapat Diploma L.C.A (London Certificate In Art And Design) dan menjadi Ahli bagi Society of Industry Artist and Desingner (S.I.A.D).

Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Ku Dottie telah mendirikan rumah tangga di Istana Iskandariah pada 16 September 1972 dengan seorang hartawan yang terkenal dari Singapura iaitu Allahyarham Syed Omar Alsagoff (dilahirkan pada 18 Ogos 1937 di Singapura). Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan 6 orang putera.

Pada 12 Januari 2019, Ku Dottie telah berkahwin sekali lagi dengan DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar di Istana Riswin setelah kematian suami baginda Dato' Syed Omar Alsagoff pada 2017. Sebelum ini, baginda berdua telah kehilangan pasangan mereka pada tahun 2017.

Selepas pernikahan keduanya, baginda seterusnya dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan.

Kerabat dan keluarga

[sunting | sunting sumber]

Bersama Dato' Syed Omar Alsagoff (18 Ogos 1936 - 2 Febuari 2017), mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Tarikh berkahwin Isteri Cucunda
Dato' Syed Omar Alsagoff (1936-08-18)18 Ogos 1936 Singapura Meninggal pada 2 Februari 2017(2017-02-02) (umur 80) 16 September 1972 Raja Nazhatul Shima
Yang Mulia Syed Saif Alsagoff (1974-11-01)1 November 1974 Ipoh 49 tahun dan 10 hari
Yang Mulia Syed Ibrahim Firuzaman Alsagoff (1976-11-23)23 November 1976 Ipoh 48 tahun dan 10 hari 13 Januari 2018 Farah binti Mohd Faizul Sharifah Nadyatul Iman Alsagoff
Syed Ismail Iman Alsagoff
Sharifah Salma Elora Alsagoff

Syed Ali Eisa Alsagoff

Yang Mulia Dr. Syed Redzuan Alsagoff (1980-10-05)5 Oktober 1980 Ipoh 44 tahun, 1 bulan dan 6 hari 14 Julai 2018 Sharifah Nadiah Almahdaly binti Syed Ahmad
Yang Mulia Syed Shareef Alsagoff (1983-06-25)25 Jun 1983 Ipoh 41 tahun, 4 bulan dan 17 hari
Yang Mulia Syed Idris Alsagoff (1986-12-28)28 Disember 1986 Ipoh 37 tahun, 10 bulan dan 14 hari
Yang Mulia Syed Iskandar Alsagoff (1988-12-02)2 Disember 1988 Ipoh 35 tahun, 11 bulan dan 9 hari 11 Jun 2022 Vivian Khor Min Zi

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Raja Nazhatul Shima
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Raja Puan Besar
  • 28 Februari 1952 - 5 Januari 1963: Yang Mulia Raja Nazhatul Shima binti Raja Idris Shah
  • 5 Januari 1963 - 16 September 1972: Yang Amat Mulia Raja Nazhatul Shima binti Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
  • 16 September 1972 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Nazhatul Shima binti Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
  • 31 Januari 1984 - 12 Januari 2019: Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 12 Januari 2019 - kini: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah

Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K. II (Johor), S.P.C.M., S.S.A.P., J.P.

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Raja Nazhatul Shima telah dikurniakan:

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.