Tunku Soraya
Tunku Soraya تونكو ثريا | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan | |||||||||
Raja Puan Muda Perak | |||||||||
Pemerintahan | 20 Jun 2014 - kini | ||||||||
Didahului oleh | Raja Nor Mahani | ||||||||
Keputeraan | Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz 30 April 1960 Alor Setar, Kedah, Malaysia | ||||||||
Pasangan | DYAM Raja Iskandar Dzurkarnain (k.1986) | ||||||||
Anakanda | YM Raja Nabil Imran Abdul Aziz YM Raja Idris Shah YM Raja Sarina Intan Bahiyah YM Raja Safia Azizah YM Raja Siffudin Muazzam Shah | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Istana Raja Di Hilir, Ipoh, Perak | ||||||||
Ayahanda | Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (ayahanda kandung) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (ayahanda angkat) | ||||||||
Bonda | Tunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah (bonda kandung) Sultanah Bahiyah (bonda angkat) | ||||||||
Agama | Islam |
Kerabat Diraja Perak |
---|
|
Kerabat Sultan Azlan Shah |
YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Paduka Bonda Sultan Perak
|
Kerabat Sultan Idris Shah |
|
Kebawah DYMM Tuanku Sultan
|
|
YTM Tunku Bendahara Kerabat luas diraja YABhg. To’ Puan Seri Utama Noor Suzanna binti Abdullah, balu Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar
YTM Tunku Dato' Seri Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Tunku Bishara binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Dato' Tunku Badriatul Jamal binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Kamaliah binti Almarhum Sultan Badlishah YTM Datin Paduka Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jawi: تونكو ثريا بنت المرحوم سلطان عبدالحليم معظم شاه; lahir Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz; 30 April 1960) merupakan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan. Pada 3 Mei 1960, baginda yang juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kedah ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah Kedah, Sultanah Bahiyah telah diangkat menjadi anakanda angkat baginda berdua.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya diputerakan pada 30 April 1960 di Alor Setar, Kedah merupakan anakanda kandung kepada kekanda Almarhum Sultan Abdul Halim iaitu Tunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah dan Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, anakanda Sultan Terengganu ke-13.
Tunku Soraya mempunyai saudara kembar iaitu Almarhumah Tunku Sarina binti Tengku Abdul Aziz yang telah berkahwin dengan Tunku Abdul Karim bin Tunku Ziauddin al-Haj. Tunku Sarina telah mangkat pada tahun 1991 dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Di sebelah ayahanda kandungnya, baginda juga merupakan sepupu kepada Sultan Kedah ke-29, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Almarhum Sultan Abdul Halim telah mengangkat kedua-dua anakanda saudara baginda sebagai anakanda angkat pada tahun 3 Mei 1960. Setelah enam tahun, barulah Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah melahirkan Tunku Puteri Intan Safinaz pada 1966.[1]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tunku Soraya menerima pendidikan awal di St Nicholas Convent, Alor Star, Bukit Nenas Convent, Kuala Lumpur dan meneruskan bidang pengajian di Brighton Polytechnic, Brighton, Sussex, England.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Baginda juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Raja Puan Muda Perak
[sunting | sunting sumber]Tunku Soraya dikurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak berikutan suami baginda, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah dimasyhurkan sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak pada 20 Jun 2014.
Keluarga dan kerabat
[sunting | sunting sumber]Tunku Soraya dan Raja Iskandar Dzurkarnain melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.
Nama | Keputeraan | Tempat keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Mulia Raja Nabil Imran Abdul Aziz | 3 Ogos 1987 | Kedah | 37 tahun, 3 bulan dan 8 hari |
Yang Mulia Raja Idris Shah | 18 Julai 1989 | Kedah | 35 tahun, 3 bulan dan 24 hari |
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah | 12 Jun 1992 | Kedah | 32 tahun, 4 bulan dan 30 hari |
Yang Mulia Raja Safia Azizah | 5 Jun 1996 | Kedah | 28 tahun, 5 bulan dan 6 hari |
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah | 18 November 2000 | Kedah | 23 tahun, 11 bulan dan 24 hari |
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Tunku Soraya telah dikurniakan:
- Darjah Seri Setia Sultan 'Abdul Halim Mu'azzam Shah (SHMS) membawa gelaran Dato' Seri Diraja
- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K.) membawa gelaran Dato' Seri
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (pada 20 Oktober 2016) membawa gelaran Tan Sri
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Tunku Soraya | |
Gaya panggilan | Duli Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Raja Puan Muda |
- 30 April 1960 - 3 Mei 1960: Yang Mulia Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz
- 3 Mei 1960 - 11 Mei 1987: Yang Teramat Mulia Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- 11 Mei 1987 - 16 Julai 2008: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- 16 Julai 2008 - 20 Jun 2014 Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- 20 Jun 2014 - 11 September 2017: Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- 11 September 2017 - kini: Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Nama penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, D.K.A. II, P.S.M., S.H.M.S., S.S.D.K.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Tunku Soraya Tarikh keputeraan: 30 April 1960
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran pemerintah | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Raja Nor Mahani |
Raja Puan Muda Perak 20 Jun 2014 |
Pemegang jawatan kini |