Sultan Iskandar Shah
Sultan Alang Iskandar Shah | |
---|---|
Sultan Perak ke-XXX | |
Pemerintahan | Disember 1918 - 14 Ogos 1938 |
Pendahulu | Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah|ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah |
Pengganti | Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah |
Raja Muda | Raja Abdul Aziz |
Pasangan | Tengku Nong Fatimah binti Sultan Sir Ahmad Al-Muazzam Shah Raja Puteh Umi Kalsom binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Kramat |
Anakanda | |
Raja Fatimah (Tengku Ampuan Pahang) Raja Hassan Abdul Malik al-Majid (m ketika bayi) Raja Idris Shah (Raja Di-Hilir Perak) Raja Muhammad Iskandar Raja Dato Sri Ahmad Saiffuddin Shah (Raja Muda Perak) (1984-1987) Raja Ismail Iskandar Raja Shaharuddin Raja Fatima (Tengku Ampuan Pahang) Raja Rafia Raja Hajjah Aisha Raja Aslah Raja Intan Suraya Raja Ani Raja Halima Raja Khadija Raja Rahmah Raja Puteh Mariam | |
Nama penuh | |
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah | |
Tempat persemayaman | Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak |
Ayahanda | Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar I Teja |
Bonda | Cik Ngah Manah binti Manda Duwayat |
Keputeraan | Kampung Kuala Keboi, Kampar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya | 10 Mei 1881
Kemangkatan | 14 Ogos 1938 Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British | (umur 62)
Dimakamkan | 17 Ogos 1938 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British |
Agama | Islam |
Sultan Alang Iskandar Shah II ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah Rahmatullah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda baginda, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, dan bergelar Sultan Alan Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Mukim Sayong, Daerah Kuala Kangsar, Perak.
Riwayat Awal
[sunting | sunting sumber]Baginda diputerakan pada 10 Mei 1881 di Kampung Kuala Keboi, Kampar, Perak. Baginda mula bersekolah di Sekolah Inggeris Central di Taiping. Kemudian baginda melanjutkan pendidikan di Balliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902, baginda berangkat balik ke Negeri Perak bersama Paduka ayahanda, Sultan Idris Shah I, selepas Paduka ayahanda menghabiskan lawatannya ke England. Tiga tahun selepas balik ke tanah air, baginda berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Taiping.
Berkhidmat Sebagai Polis dan Aktif Dalam Sukan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1906, baginda berkhidmat dalam pasukan polis dan tidak berapa lama kemudian telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Kegemaran Baginda ialah bermain bolasepak, hoki serta kriket. Baginda juga merupakan seorang ahli pasukan polo Negeri Selangor dan pasukan polo Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas menjadi Sultan Perak pun baginda masih merupakan pemain polo yang handal dan menubuhkan satu pasukan polo Negeri Perak di Kuala Kangsar.
Menjadi Raja Bendahara dan Sultan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1916, ketika berkhidmat dalam pasukan polis di Kuala Lumpur, baginda telah dipanggil balik ke Perak kerana telah dilantik menjadi Raja Bendahara. Apabila Sultan Abdul Jalil mangkat dalam tahun 1918, baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-30. Enam tahun kemudian, iaitu tahun 1924, baginda berangkat ke England kerana menyaksikan Pertunjukkan Wembley (iaitu pameran barang-barang keluaran negara-negara di dalam empayar British), sekaligus menghadap Baginda King George Kelima.
Baginda ialah seorang 'amateur jockey' dan mempunyai kira-kira tujuh puluh ekor kuda lumbanya sendiri. Dalam Pasukan Volunteer Infantry iaitu cawangan Pasukan Federated Malay States Volunteer Force (atau singkatnya F.M.S.V.F.), baginda adalah seorang Kolonel, manakala di dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu, baginda berpangkat 'Honorary Inspector General'. Baginda King George Kelima, Raja Inggeris, telah menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Knight Commander of the Order of Saint Michael and Saint George', K.C.M.G., yang membawa gelaran "Sir' kepada baginda.
Selaku seorang penyokong kuat penubuhan 'Malay Regiment' (sekarang dikenalikan sebagai Askar Melayu Diraja), baginda telah mendesakkan bahawa kuasa pentadbiran yang sejak penubuhannya dipegang oleh pegawai Inggeris, khususnya Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, telah dirombak mengikut sistem desentralisasi dan pangkat-pangkatnya dibahagikan semula kepada semua Sultan mahupun Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu itu. Baginda pernah membawa desakan baginda semasa berangkat ke England serta mengemukakannya kepada Setiausaha Negara Bagi Tanah-Tanah Jajahan British di London, dan berjaya memperolehi kelulusan dan restu Setiausaha Negara itu.
Dengan rayuan baginda kepada pihak Kerajaan Inggeris, daerah Dindings dan Pulau Pangkor (sekarang dinamakan daerah Manjung) yang telah diberikan kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826, diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1935.
Sultan yang Warak
[sunting | sunting sumber]Tuanku turut dikenali sebagai seorang raja yang alim. Baginda pernah berkata kepada rakyatnya bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadiri Solat Jumaat tanpa sebab. Baginda turut melantik seorang alim ulama agama Islam bernama Shaikh Muhammad Saleh yang berasal dari Minangkabau, Sumatera, untuk menjalankan kerja-kerja tabligh di Teluk Anson (sekarang dinamakan Teluk Intan). Sheikh Muhammad Saleh digelarkan Sheikhul-Islam (pangkat itu sesama dengan mufti sekarang) bagi Negeri Perak. Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak.
Dalam pemerintahan baginda, baginda telah mengurniakan gelaran 'Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indera Diraja' kepada Alang Ahmad bin Muhanmmad Yunus. Gelaran baru ini menggantikan gelaran 'Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera' yang telah dimansuhkan selepas pembunuhan J.W.W. Birch dahulu. Bagaimanapun, gelaran ini pula disingkirkan pada tahun 1987 supaya gelaran lama 'Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja' dapat dihidupkan kembali.
Mangkat
[sunting | sunting sumber]Setelah memerintah selama 20 tahun lamanya dengan jayanya, Sultan Iskandar Shah mangkat pada 14 Ogos 1938 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda bergelar Marhum Kaddasullah.
Sultan Iskandar Shah Tarikh keputeraan: 10 Mei 1876 Tarikh kemangkatan: 14 Ogos 1938
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah |
Sultan Perak 1918-1938 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah |
Legasi
[sunting | sunting sumber]Istana Iskandariah dan Jambatan Iskandariah di Kuala Kangsar mengambil sempena nama baginda.