Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Pusat konvensyen |
Lokasi | Ayer Keroh, Melaka, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°16′18″N 102°17′6″E |
Pembinaan bermula | 2003 |
Pembukaan | Jun 2003 |
Dirasmikan pada | Jun 2003 |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 13,090 m2 |
Tapak web | |
mitc.org.my | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka atau Melaka International Trade Centre (MITC) terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Pusat perdangangan ini adalah sebahagian daripada kawasan Hang Tuah Jaya. MITC telah dirasmikan pada Jun 2003 oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara aktiviti yang dapat dilakukan di MITC ialah pameran, konsert, majlis makan malam, seminar, persidangan dan mesyuarat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan sebuah pusat konvensyen dan perdagangan bertaraf antarabangsa adalah hasil daripada cetusan idea Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam[1] di mana beliau berhasrat untuk membangunkan sebuah kawasan di Ayer Keroh sebagai pusat utama dalam aktiviti perdagangan dan pentadbiran. Pada awalnya, rancangan Kerajaan Negeri Melaka untuk menubuhkan sebuah pusat perdagangan adalah untuk mempromosikan hasil produk yang dikeluarkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan menyokong industri pelancongan di negeri Melaka[1]. Pada bulan Ogos 2000, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka memulakan operasinya dari bangunan sementara di bangunan Graha UMNO Jalan Hang Tuah Melaka[2], yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi[3]. Ia menempatkan sebanyak 66 reruai pameran produk dari syarikat multinasional yang berpangkalan di Melaka dan dieksport ke luar negara[2].
Pada bulan yang sama juga, Datuk Seri Mohd Ali telah mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk membina sebuah bangunan kekal Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka[4]. Tapak pembinaan pusat konvensyen MITC ini dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kawasan hutan yang telah dibersihkan bagi tujuan pembangunan[5] dan terletak kira-kira 4 kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh Lebuhraya Utara-Selatan[6]. Pembinaan pusat ini telah bermula pada bulan November 2001 di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan dijangka siap pada penghujung tahun 2003[6].
MITC dirasmikan pada Jun 2003 oleh Mohammad Ali bin Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka.[7]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]- Pusat Konvensyen dan Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa dengan 17.7 hektar (13,090 m2) untuk ruang pameran
- Kompleks Kerajaan dan Masjid
- Bandar Makanan
- Bandar Perniagaan
- Bandar Fesyen
- Bandar Teknologi Maklumat
- Hotel dan Pangsapuri
- Terminal Bas dan Teksi
- Kompleks Sukan
- Masjid al-Alami
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Hamidah Atan (3 Januari 2000). "Giving industrial tourism a boost". New Straits Times. m/s. 13. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ a b "Malacca Internation Trade Centre opens its door". New Straits Times. 7 Ogos 2000. m/s. 25. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ Hamidah Atan (13 Ogos 2000). " ʻArms heist poses a threat to allʼ ". New Straits Times. m/s. 2. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ " Malacca SDC to sell Graha building ". New Straits Times. 24 Ogos 2000. m/s. 17. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ " Large areas of forest cleared ". New Straits Times. 7 April 2005. m/s. 2. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ a b A. Hafiz Yatim (13 Oktober 2001). " MITC at forefront of development ". New Straits Times. m/s. 10. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ http://mitc.org.my/main/index.php?option=com_content&view=article&id=54&Itemid=42&lang=en
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]