Portal:Hal semasa di Eropah/2009
Penampilan
2009
[sunting sumber]- 7 Disember - Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.
- 29 November - Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid (gambar contoh) di negara itu dalam satu pungutan suara.
- 29 November - Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.
- 26 November - Keputusan siasatan terhadap penganiayaan seks dalam kawasan ketua biskop Katolik Rom Dublin diterbitkan.
- 19 November - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy (gambar) dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
- 3 November - Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.
- 17 Oktober - Jenson Button dan Brawn GP memenangi Kejohanan Formula Satu musim 2009.
- 1 Oktober - Mahkamah Agung United Kingdom (gambar bangunan) mula beroperasi, mengambil alih fungsi kehakiman Dewan Pertuanan.
- 21 September - Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.
- 17 Ogos - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
- 14 Ogos - Kerajaan British menggantung pemerintahan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos sehingga dua tahun.
- 31 Julai - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- 31 Julai - Kapal kargo Rusia MV Arctic Sea hilang di Laut Baltik, kononnya dirampas lanun.
- 22 Jun - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- 16 Jun - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- 11 Jun - Manchester United F.C. menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid C.F. untuk Cristiano Ronaldo, satu rekod baru dalam bola sepak.
- 1 Jun - Penerbangan 447 Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal terhempas di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
- 27 Mei - Dalam bola sepak, FC Barcelona menewaskan Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 (gambar piala).
- 17 Mei - Dalia Grybauskaitė (gambar) terpilih sebagai Presiden Lithuania wanita pertama.
- 13 Mei - Suruhanjaya Eropah mendenda syarikat semikonduktor terbesar di dunia Intel Corporation €1.06 bilion kerana amalan anti-persaingan.
- 20 April - Persidangan Kajian Semula Durban berlangsung di Geneva, Switzerland.
- 6 April - Gempa bumi melanda L'Aquila, Itali, mengorbankan lebih 290 orang dan mencederakan 1,000 lagi.
- 1 April - Albania dan Croatia menyertai NATO.
- 29 Mac - Dalam satu pungutan suara, Mayotte memilih untuk menjadi jabatan seberang laut Perancis.
- 26 Februari - Bekas Presiden Serbia Milan Milutinović dibebaskan dari tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
- 23 Februari - Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
- 20 Februari - Perdana Menteri Latvia Ivars Godmanis dan kerajaannya meletakkan jawatan.