Portal:Hal semasa di ASEAN/2009
Penampilan
2009
[sunting sumber]- 30 Disember - Mantan Presiden Republik Indonesia Abdurrahman Wahid meninggal di Jakarta.
- 18 Disember - Sukan Asia Tenggara 2009 berakhir dengan Thailand mendapat pingat emas terbanyak.
- 9 Disember - Sukan SEA XXV dirasmikan di Vientiane, Laos.
![Thaksin Shinawatra](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/10/Thaksin_crop.jpg/66px-Thaksin_crop.jpg)
- 24 November - Bekas Perdana Menteri Thailand Samak Sundaravej meninggal dunia akibat barah hati.
- 14 November - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 5 November - Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra (gambar) sebagai penasihat ekonomi.
- Oktober - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asean & Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-India
- 23 Oktober - Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 diadakan di Hua Hin, Thailand.
- 9 Oktober - Latihan tentera FPDA dijalankan di Singapura.
- 30 September - Satu gempa bumi 7.6 Mw di Sumatera, Indonesia mengorbankan lebih 1,100 orang.
- 26 September - Taufan Ketsana menyebabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka" di 25 wilayah. Ia mengorbankan lebih 450 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.
- 17 September - Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.
- 4 September - Sebuah trak meletup di Yala, Selatan Thailand, mengorbankan seorang polis sempadan.
- 2 September - Satu gempa bumi mengorbankan 63 orang dan memusnahkan lebih 87,000 rumah di Jawa, Indonesia.
![Taufan Morakot pada 7 Ogos](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/Typhoon_Morakot_Aug_7_2009.jpg/78px-Typhoon_Morakot_Aug_7_2009.jpg)
![Susilo Bambang Yudhoyono](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9a/20041120-6_bushindonesiamtg1-515h_cropped.jpg/86px-20041120-6_bushindonesiamtg1-515h_cropped.jpg)
- 9 Ogos - Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 400 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
- 4 Ogos - Bangkok Airways Flight 266 tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Samui, Thailand, menyebabkan 10 orang terbunuh.
- 23 Julai - Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Indonesia.
- 18 Julai - Kapal tangki Singapura MT Sinar Agra terbakar semasa sedang melabuhkan sauh untuk memasuki Pelabuhan Sepanggar, Sabah, Malaysia.
- 17 Julai - Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 8 Jun - 10 orang terbunuh dalam tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan , Narathiwat, Thailand.
- 7 Jun - Eksesais MalBru Setia diadakan di Miri, Sarawak.
- 16 Mei - Sidang kemuncak pertama Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang diadakan di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia.
- 9 Mei - Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono mendapat undi terbanyak dalam pemilihan anggota Majlis Musyawarah Rakyat di Indonesia.
- 7 Mei - Penahanan pelarian paling dikehendaki Singapura Mas Selamat Kastari diumumkan polis Malaysia.
![Abhisit Vejjajiva](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bb/Thai_PM_Abhisit_Vejjajiva_%28cropped%29.jpg/76px-Thai_PM_Abhisit_Vejjajiva_%28cropped%29.jpg)
- 12 April - Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva (gambar) mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
- 7 April - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 27 Mac - Empangan Situ Gintung di Tangerang, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 99 orang.
- 10 Januari - Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.