Sidang Kemuncak ASEAN ke-15
Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 | |
---|---|
Tuan rumah | Thailand |
Tarikh | Oktober 23–25, 2009 |
Moto | Enhancing Connectivity, Empowering People |
Tempat | Dhusit Thani Hotel |
Bandar raya | Cha-am & Hua Hin |
Pengerusi | Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva |
Persidangan sebelum ini | Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 |
Persidangan seterusnya | Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 |
Sidang Kwemuncak ASEAN ke-15 diadakan pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009 di hua Hin, Thailand.Menteri Luar Thailand Kasit Piromya menyatakan 16 pemimpin dari Asean, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand turut hadir. Setiausaha Agung Asean ialah Surin Pitsuwan - dari Thailand.
Hua Hin dipilih sebagai lokasi persidangan kerana jauh dari Bangkok dan Chiang Mai - jauh dari penyokong berbaju merah Thaksin.
Kehadiran pemimpin tertinggi
[sunting | sunting sumber]Pemimpin yang hadir adalah dari negara Thailand, Laos, Singapura, Myanmar, Vietnam dan Brunei.Sementara pemimpin tertinggi dari Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Filipina tidak hadir.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan Malaysia membentangkan Bajet 2010 di Parlimen Malaysia pada hari Jumaat.Najib akan diwakili Menteri Luar Datuk Anifah Aman.
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah menggegarkan hubungan diplomatik Kemboja - Thailand kerana berkenan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan memberi perlindungan kepadanya. Hun Sen tiba di Thailand selepas sesi lawatan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak ke Kemboja .
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sedang membentuk Kabinet Indonesia 2009]] dan menghadiri majlis angkat sumpah jawatan .
Agenda
[sunting | sunting sumber]Perjanjian Mengenai Hak-hak Istimewa dan Imuniti Asean akan diadakan pada Ahad, 25 Oktober 2009. Menteri Luar Indonesia, Raden Mohammad Marty Muliana Natalegawa baru dilantik oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Menteri Luar Thailnd Kasit Piromya menafikan Indonesia kecewa dengan Terma Rujukan Hak Asasi Manusia (TOR).Terma Rujukan telah diterima pakai oleh Menteri-Menteri Luar pada 20 Julai 2009. Terma Rujukan ini dikritik oleh kumpulan masyarakat madani kerana "tidak bertaring" , tidak memuatkan peruntukan mengenai perlindungan hak asasi manusia, sekatan terhadap penderaan dan lawatan negara. Menteri Luar Indonesia Hassan Wirajuda telah digugurkan dari Kabinet Indonesia dan dijangka melancarkan perjanjian ini.[1]
Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo mencadangkan Dana Kerjasama Adaptasi Asean bernilai US$5 bilion .
Keselamatan persidangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Thailand telah menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISA) bagi mengharamkan perhimpunan .Seramai 36,000 polis dan tentera berkawal di sepanjang pantai, lokasi penting ,jalan raya dan lebuh raya menuju ke Hua Hin.
Kumpulan penyokong berbaju merah Thaksin menyatakan komitmen tidak mengadakan perhimpunan.Sidang Kemuncak Asia Timur di Pattaya pada April 2009 terpaksa dibatalkan kerana perhimpunan besar-besaran dari penyokong berbaju merah Thaksin.Sebagai balasan, mereka aka menghantar delegasi tujuh anggota bagi menyerahkan memorandum kepada para pemimpin Asean pada 23 Oktober 2009.[2]