MT Sinar Agra
MT Sinar Agra merupakan sebuah kapal tangki minyak berdaftar di Singapura.
Terbakar
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Julai 2009, kapal tangki ini terbakar di bahagian depan kapal ketika berlabuh satu batu nautika utara di Tanjung Lipat berhampiran Pulau Plompang. Kebakaran berlaku semasa sedang melabuhkan sauh untuk memasuki Pelabuhan Sepanggar. Jam 7.05 malam, Pusat Operasi Maritim (POMAR) Wilayah Sabah dan Labuan menerima panggilan telefon daripada anggota KM Berani menyatakan terdengar satu letupan kuat ketika melakukan rondaan Ops Sejahtera di perairan Teluk Sepanggar. Kebakaran dapat dikawal.[1]
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kota Kinabalu Kapten Xavier Thevadas Gnanapragasam melaporkan, Marcel William kelasi warganegara Indonesia melecur di kaki dan tangan. Mangsa dihantar oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan sebuah bot RIB KM Berani ke Jeti Jesselton Point di Kota Kinabalu untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.
Kapal itu membawa 18 orang; 16 warga Indonesia dan 2 rakyat Romania, dari Singapura menuju ke Pelabuhan Sepanggar untuk menurunkan muatan gas cecair gasolin.[2]
Bot Maritim Malaysia iaitu bot RIB KM Berani dan Kilat 39, termasuk bot PGR4 Pasukan Gerakan Marin (PGM) mengawasi keselamatan MT Sinar Agra itu bagi memudahkan siasatan.