Pontianak Harum Sundal Malam
Pontianak Harum Sundal Malam | |
---|---|
Pengarah | Shuhaimi Baba |
Penulis | Shuhaimi Baba |
Lakon layar | Shuhaimi Baba |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Filus Ghazali |
Disunting oleh | Mior Hashim Manap |
Muzik oleh | Ajai |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan | 20 Mei 2004 (Malaysia)[1] |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2.2 juta[1] |
Pecah panggung | RM 3.2 juta[1] |
Pontianak Harum Sundal Malam (disingkat sebagai PHSM) ialah sebuah filem seram Malaysia 2004 arahan dan skrip oleh Shuhaimi Baba.[2][3][4] Dibintangi oleh Maya Karin yang memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam, filem ini mengisahkan tentang semangat resah yang ingin membalas dendam. Ia menjangkau dua era, dengan pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan pada separuh masa pertama dan pencarian keadilan pada babak kedua. Azri Iskandar, Rosyam Nor, Ida Nerina dan Kavita Sidhu melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 20 Mei 2004 dan telah memperoleh jualan tiket sebanyak RM3.2 juta.[5][6] Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri. Kesinambungannya, Pontianak Harum Sundal Malam II ditayangkan pada 24 November 2005, manakala filem ketiganya sedang dalam perancangan. Ini merupakan filem seram Malaysia pertama dalam tempoh lebih 3 dekad.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ia mengisahkan rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam (Maya Karin) tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Shahronizam Noor). Meriam akhirnya memilih dan menerima Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria (Maya Karin) yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman (Eizlan Yusof) dan tunangnya, Anna (Kavita Sidhu). Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Maya Karin sebagai Meriam/Maria[1][7]
- Azri Iskandar sebagai Marsani[1][8]
- Rosyam Nor sebagai Asmadi[1]
- Ida Nerina sebagai Sitam[1]
- Kavita Sidhu sebagai Anna[1]
- Eizlan Yusof sebagai Norman[1]
- Nanu Baharuddin sebagai Laila[1]
- Sahronizam Noor sebagai Danial[1]
- Sharifah Aleya sebagai Rafiah[1]
- Aziz Sattar sebagai Tok Selampit[1]
- Adam Hamid sebagai Mat[1]
- Yusmal Ghazali sebagai Sarjono[1]
- Nadia Mustafar sebagai Yuli[1]
- Adam Corrie sebagai Chong[1]
- Soffi Jikan sebagai Amang[1]
- Afdlin Shauki sebagai Penghulu Madura[1]
- Bob Azrai sebagai Orang Madura[1]
- Azwan Ali sebagai Tengku Mahkota Sultan[1]
- Sophia Ibrahim sebagai Datin[1]
- Wahid Satay sebagai Pembesar Istana I[1]
- Aimi Jarr sebagai Pembesar Istana II[1]
- Shah Rezza sebagai Pembesar Istana III[1]
- Sandra Sodhy sebagai Tetamu Istana I[1]
- Rueben Oas sebagai Tetamu Istana II[1]
- Hushairy Hussein sebagai Kassim[1]
- Haiza sebagai Zai[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Pontianak Harum Sundal Malam diarahkan oleh Shuhaimi Baba yang sebelum ini mengarahkan filem Layar Lara (1997) dan Mimpi Moon (2000).[9] Beliau menulis skrip filem ini pada tahun 2000 dan telah dirombak sebanyak 9 kali sebelum diluluskan untuk penggambaran.[10]
Tajuk asal filem ini ialah Pontianak Harum Sedap Malam, kemudian ditukar kepada Harum Sundal Malam.[11] Sewaktu pra-penerbitan dijalankan, tajuknya ditukar kepada Pontianak Harum Sundal Malam.[12][13] Menurut Shuhaimi, tajuk itu dikekalkan selepas mengambil kira pandangan daripada peminat filem, pakar bahasa dan pengkritik seni.[14][15][16] Untuk filem ini, Shuhaimi menggunakan teknik rakaman suara secara terus di lokasi dan dirakam menggunakan kamera berdefinisi tinggi (HD), manakala teknik CGI melibatkan kos kira-kira RM500,000.
Penyanyi Indonesia, Anggun pada mulanya dipertimbangkan untuk melakonkan watak Meriam.[17] Bagaimanapun, menolak tawaran tersebut dan tempat beliau digantikan oleh Maya Karin.[18] Maya berkata, melakonkan dua watak dalam Pontianak Harum Sundal Malam mungkin agak biasa baginya tetapi apabila membawakan tiga watak sekali gus, ia bukan saja memerlukan tenaga malah keupayaan menukar emosi dan penghayatan dalam tempoh yang singkat.[19]
Filus Ghazali berkhidmat sebagai pengarah fotografi,[20] manakala Mior Hashim Manap mengendalikan suntingan. Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM2.2 juta dengan penggambaran dijalankan pada Jun hingga Ogos 2003 di Kampung Paku Laris, Sungai Lembing (Pahang); Ampang, Sungai Penchala (Kuala Lumpur); Istana Bandar, Jugra; Rimbun Dahan, Tasik Biru Kundang (Kuang); Taman Rimba, Taman Tun Dr. Ismail; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam (Selangor).[21][22]
Tema
[sunting | sunting sumber]Dalam tipologi beliau mengenai perfileman Malaysia, A. Wahab Hamzah, menulis untuk Utusan Malaysia memerhatikan bahawa Pontianak Harum Sundal Malam ialah usaha Shuhaimi Baba menghasilkan filem seram yang berdasarkan kisah legenda rakyat tempatan seharusnya dipuji.[6] Beliau turut menulis bahawa Shuhaimi "bukan sekadar mahu menghasilkan filem genre seram yang berdasarkan kisah legenda rakyat tempatan ini, tetapi filem yang dihasilkannya itu muncul dengan menggunakan teknologi video terkini dalam pembikinan filem".[6]
Muzik
[sunting | sunting sumber]Filem ini menampilkan lagu bertajuk "Pulangkan" yang dipersembahkan oleh Misha Omar.[23] Lagu ini dicipta oleh Ajai manakala liriknya ditulis oleh Habsah Hassan dan Shuhaimi. Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini dan dirakamkan pada 24 Mac 2004 di The Shooting Valley, Glenmarie, Shah Alam serta diarahkan oleh Kamarul Nizam Abdul Rahman. Muzik video "Pulangkan" mengandungi sedutan adegan dari filem ini.[24] Lagu ini dimuatkan dalam album kedua Misha, Aksara.
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Pontianak Harum Sundal Malam dikeluarkan pada 20 Mei 2004 di pawagam seluruh Malaysia,[25][26][27] dan menjadi filem seram pertama dalam tempoh lebih 30 tahun, di mana pembikin filem tempatan tidak digalakkan untuk membuat filem tentang alam ghaib, sejak Akta Filem 1971 dipinda untuk melarang hantu di pawagam.[28][29]
Filem ini sebelum ini telah menerima klasifikasi 18PL oleh Lembaga Penapis Filem (LPF),[30] kemudian diluluskan dengan klasifikasi U iaitu filem yang dikategorikan sesuai untuk tontonan umum bagi semua peringkat usia.[31][32] Bagi mempromosikan filem ini, jelajah promosi juga diadakan di seluruh negara,[33] manakala tayangan amalnya diadakan pada 14 Mei bagi mengisi dana Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).[34][35] Filem ini juga ditayangkan di 25 pawagam di Thailand pada Julai 2004.[36][37] Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh 7 hari tayangan perdananya.[38][39] Kutipannya kemudian mencecah sebanyak RM2.2 juta pada minggu berikutnya.[40]
Fariuz Zaidan, mengulas untuk Berita Harian, menulis bahawa "plot demi plot digarap dengan menarik bagi menjalinkan kesinambungan cerita antara 1947 dan 2003".[41] Akmal Abdullah dari Berita Minggu juga berpendapat filem ini dianggap sebagai karya terbaik Shuhaimi berbanding karya layar peraknya sebelum ini dan menulisnya sebagai "sebuah filem hantu dalam versi Melayu berdasarkan mitos pontianak zaman silam yang terus menjadi bualan sehingga ke zaman moden dan serba canggih teknologinya".[42]
Pontianak Harum Sundal Malam terpilih mewakili Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 (FFAP49) yang berlangsung pada September 2004 di Fukuoka, Jepun. Turut terpilih ke FFAP49 ialah Berlari Ke Langit dan Trauma.[43]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2004 | Festival Filem Asia Pasifik ke-49 | Pelakon Wanita Terbaik | Maya Karin | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-17 | Filem Terbaik | Pontianak Harum Sundal Malam | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Shuhaimi Baba | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Azri Iskandar | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Rosyam Nor | Menang | ||
Penyunting Terbaik | Mior Hashim Manap | Menang |
Kesinambungan
[sunting | sunting sumber]Kesinambungan filem ini, Pontianak Harum Sundal Malam II ditayangkan pada 24 November 2005, iaitu setahun selepas kejayaan filem pertama. Maya Karin dan sebahagian besar pelakon asal filem pertama kembali menjayakan watak masing-masing.[44]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac "Catatan penerbitan Pontianak Harum Sundal Malam". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
- ^ "'Pontianak Harum' hasil terbaik Shuhaimi". Berita Harian. 10 Mei 2004. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (29 April 2004). "PHSM karya membanggakan". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Zieman (4 Mei 2004). "Malay horror flick set to thrill" [Naskhah seram Melayu akan ditayangkan] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
- ^ Yusof Haslam (16 Mei 2004). "Shuhaimi & Pontianak Harum Sundal Malam". Berita Minggu. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ a b c A. Wahab Hamzah (1 Jun 2004). "Kejayaan - Pontianak Harum Sundal Malam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2017. Dicapai pada 11 Ogos 2015.
- ^ Zubur Mohd Yunus (2 Mei 2004). "Maya: Pontianak angkat martabat". Berita Minggu. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (11 Mac 2004). "Azri pertahan wanita". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Nor Akmar Samudin (12 Jun 2003). "Cinta si pontianak". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Meor Riduwan Ahmad (13 Februari 2004). "Shuhaimi tak mudah putus asa". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Wahti Mahidin (15 Jun 2003). "Please DBKL, make the floods go away" [Tolonglah DBKL, biarkan banjir berlalu] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Roslen Fadzil (13 Jun 2003). "Pontianak: Sundal atau sedap malam?". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Meor Shariman (13 Jun 2003). "Betting big on the bloodsucker" [Bertaruh besar pada penghisap darah] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Roslen Fadzil (28 Julai 2003). "Judul Pontianak Harum Sundal Malam kekal". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Hafidah Samat (23 Jun 2003). "Censor's bite at 'Pontianak'" [Tapisan penapis terhadap 'Pontianak'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (2 Ogos 2003). "Shuhaimi lega". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ "Anggun dilamar bintangi Pontianak Harum Sundal Malam?". Berita Harian. 22 Januari 2003. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ "Maya berubah dalam Harum Sundal Malam". Berita Harian. 7 Ogos 2003. Dicapai pada 26 Februari 2021.
- ^ Suraiya Mohd Nor (10 Ogos 2003). "Pontianak Shumi cabar Maya". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Suzan Ahmad (13 Ogos 2003). "Pengalaman bantu Filus kendali kamera HD3". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Meor Riduwan Ahmad (21 Mac 2004). "Cuaca ganggu filem Shuhaimi". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Hafidah Samat (30 Mac 2004). "Shuhaimi's singing the blues" [Shuhaimi bersenandung] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Faridul Anuar Farinordin (16 Februari 2004). "Thumbs up to Misha's 'Pulangkan'" [Pujian untuk lagu 'Pulangkan' Misha] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Meor Riduwan Ahmad (17 Februari 2004). "Misha seram". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Akmal Abdullah (13 Februari 2004). "Pontianak Shuhaimi hantui pawagam Mei ini". Berita Harian. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Faridul Anwar Farinordin (1 Mei 2004). "'Pontianak' returns with a vengeance" ['Pontianak' kembali dengan dendam kesumat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Abie Abdullah (15 Mei 2004). "Obsesi pontianak Shumi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Faridul Anwar Farinordin (22 Mei 2004). "Pontianak needs to be fleshed out" [Pontianak perlu disempurnakan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (26 Mei 2004). "Pontianak hadiah generasi lama". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Sharifah Arfah (8 Mac 2004). "Shuhaimi juggles two new scripts" [Shuhaimi tulis dua skrip baharu] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Februari 2019.
- ^ Akmal Abdullah (11 Mei 2004). "'Pontianak Harum' lulus label umum". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Khairull Azleyana Ishak (14 Mei 2004). "'Pontianak Harum' gempar panggung". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ "Jelajah promosi Pontianak bermula". Berita Harian. 17 April 2004. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ "Tayangan amal NKF 14 Mei". Berita Harian. 7 Mei 2004. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ V. Josephine (11 Mei 2004). "'Pontianak' movie premiere in aid of kidney foundation" [Tayangan perdana 'Pontianak' untuk yayasan buah pinggang] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Suraiya Mohd Nor (20 Mei 2004). "Pontianak Shuhaimi terbang ke Thailand". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ "Local movie for Thailand screening" [Filem tempatan untuk tayangan di Thailand] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 22 Mei 2004. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ "PHSM kutip RM1.5 juta". Harian Metro. 27 Mei 2004. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (27 Mei 2004). "Pontianak Shuhaimi cecah kutipan RM1.5 juta". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Akmal Abdullah (4 Jun 2004). "'Pontianak Harum' terbang ke Sepanyol". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Fairuz Zaidan (15 Mei 2004). "Cinta + dendam + air mata = PHSM". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Akmal Abdullah (23 Mei 2004). "5 sebab kenapa anda perlu tonton Pontianak Shumi". Berita Minggu. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Akmal Abdullah (11 Jun 2004). "'BKL', 'Trauma', 'Pontianak Harum' dipilih ke Fukuoka". Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (21 November 2005). "Pengarah puji lakonan berkesan". Berita Harian. Dicapai pada 27 Februari 2019.