Kavita Kaur
Kavita Sidhu | |
---|---|
ਕਵਿਤਾ ਕੌਰ ਸਿੱਧੂ | |
Kelahiran | Kavita Kaur a/p Sidhu 29 November 1971 |
Pekerjaan | Pengacara, pelakon, model, usahawan, penerbit filem |
Tahun aktif | 1990–kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Pangkat | Miss Charm International Malaysia 1990 Miss Charm International 1990 (pemenang) |
Pasangan | Roberto Guiati (k. 2016) |
Kavita Kaur a/p Sidhu (lahir 29 November 1971) ialah seorang peragawati, pelakon, pengacara dan penerbit filem Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak ke perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati pada awal 1980-an ketika menuntut di Kuala Lumpur.[1] Wajahnya yang begitu fotogenik menjadi rebutan majalah-majalah Malaysia seperti Her World, Female, Jelita dan Wanita untuk kulit hadapan. Bukan sekadar dimedia cetak, malahan di kaca televisyen juga Kavita sering muncul. Iklan Palmolive, salah satu iklan revolusi dari segi teknik lewat tahun 80an, menampikan kejelitaanya yang begitu mengkagumkan. Di pentas cat-walk juga Kavita (180cm) terserlah dengan langkah gayanya yang anggun.[2]
Ramai gadis mengaku diri sebagai model tetapi dunia model sendiri mengetahui siapakah sebenarnya seorang model serius. Kavita Kaur termasuk golongan teratas dalam senarai model Malaysia dalam dua kriteria utama seorang model tulen: di pentas catwalk dan foto.[3]
Walaupun Kavita kini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi malahan juga penerbit filem, dunia fesyen Malaysia, tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang model Malaysia tersohor sehingga kini dan mungkin dapat dianggap sebagai salah seorang 'Supermodel' terawal tanahair.[4]
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Pada 16 April 2018, Kavita bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, dan Nora Danish menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[5][6][7]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2016, Sidhu berkahwin dengan ahli geologi Itali, Roberto Guiati. Majlis persandingan mereka diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.[8]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1997 | Layar Lara | Zizie | Filem pertama |
2000 | Mimpi Moon | Vina (Davina David) | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Ana | |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Ana | |
2007 | Waris Jari Hantu | Ira | |
1957: Hati Malaya | Khalilah | ||
2013 | Tanda Putera | Kara |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009–2010 | Waris | Ira | TV2 |
2013 | Arka: Raja Haji | Maitehare | Astro Box Office |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Raja Haji | Maitehare | Astro Box Office |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Interflavour | Pengacara | TV2 | mengacara bersama Jit Murad & Fay Khoo |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Turning heads t". YTL Community. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-12-07. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
- ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018.
They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
- ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ Gui, Lennard (8 January 2016). "Kavita Sidhu is married". The Star (online). Dicapai pada 12 March 2017.