Pergi ke kandungan

Adam Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Hamid Jarnail Karamdin Khan atau lebih dikenali sebagai Adam Hamid (lahir 3 Disember 1973) adalah pelakon dan pengarah dari Malaysia.

Adam Hamid
Kelahiran
Abdul Hamid bin Jarnail Karamdin Khan

(1973-12-03) 3 Disember 1973 (umur 50)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, Pengacara, Pengarah, Penerbit
Tahun aktif1991-Kini
IbuGoh Bek Sim @ Norasiah binti Abdullah
BapaJarnail Karamdin Khan bin Manghil Khan

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Ibunya berketurunan peranakan Cina dan Siam dari Kelantan manakala bapanya pula berasal dari Lahore, Pakistan.

Pelakon dan pengarah filem

[sunting | sunting sumber]

Adam juga bekas handyman ini menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 80 buah drama televisyen.

Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair untuk slot RTM pada tahun 1998. Pada ketika itu beliau baru berusia 25 tahun.

Adam memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada pada tahun 1991 diusia 18 tahun.

Selain berlakon dan mengarah drama, beliau juga pernah menjadi penerbit filem pada tahun 2006 yang berjudul 'Cinta Terakhir’ dan antara Drama terbitannnya pula ialah, Siong (26 episod), Berek (13 episod), Kelab Jeng Jeng (13 episod) dan Putera Katak (26 episod) kesemuanya ditayangkan di TV3 dibawah Syarikatnya TALISMAN PICTURES Sdn Bhd

Beliau telah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Beliau juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Aku No. 1 dan Bujang Senang.