Politik di Sarawak
Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai kelompok etnik Sarawak telah menjadi suatu unsur penting dalam memastikan kestabilan politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum. Walaupun terdapat gangguan dalaman dan pergaduhan antara parti-parti komponen Barisan Nasional yang tidak boleh dinafikan, kesemua ini dapat diatasi oleh para individu dan parti berkait tanpa menjejaskan kekuatan dan kestabilan parti gabungan.
Dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun 1991, BN memenangi kesemua 56 kerusi yang ditandingi, dengan 57 daripada 62 kerusi dimenangi pada tahun 1996 serta 61 daripada 62 kerusi pada tahun 2001. Untuk kerusi-kerusi Parlimen pula, BN Sarawak memenangi kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada tahun 1995 dan tahun 1999. Pilihan raya umum pada tahun 1999 memperlihatkan BN Sarawak memenangi 27 daripada 28 kerusi. BN Sarawak akan bertanding di dalam 71 buah kawasan pilihan raya negeri untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2006.
Terdapat sembilan buah kawasan pilihan raya yang baru, iaitu Opar dan Kota Sentosa (Divisyen Kuching); Lingga (Sri Aman); Balai Ringin (Serian); Bukit Saban (Betong); Daro (Mukah); Bekenu dan Pujut (Miri); serta Batu Danau (Limbang). Empat buah kawasan pilihan raya telah dinamai semula, iaitu Serdeng yang kini dikenali sebagai Semop; Matu Daro (Jemoreng); Limbang (Bukit Kota); dan Lawas (Bukit Sari). Tiga buah kawasan pilihan raya parlimen juga dicipta, iaitu Igan, Sibuti. dan Limbang.
Antara 71 buah kerusi negeri, Majlis Agung BN Sarawak telah memutuskan pembahagian seperti yang berikut:
- 35 kerusi untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) – dahulunya 30 kerusi
- 19 kerusi untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – dahulunya 17 kerusi
- 9 kerusi untuk Parti Rakyat Sarawak (PRS) – dahulunya 6 kerusi; dan
- 8 kerusi untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak Party (SPDP) – dahulunya 7 kerusi.
Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-parti pembangkang, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), dan Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan bahawa mereka akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang strategik.
Pilihan-pilihan Raya Negeri Sarawak sering memperlihatkan pertandingan berbilang parti, dengan calon-calon bebas juga menyertainya – kekadang sehingga enam orang pesaing untuk satu kerusi. Arah aliran ini dijangka akan diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri 2006.
Jumlah pengundi di Sarawak, menurut Warta Kerajaan pada 16 Mac 2006, ialah 892,537 orang, satu kenaikan sebanyak 9.2% daripada 817,460 orang pengundi pada tahun 1996.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
[sunting | sunting sumber]Berikut senarai ADUN Negeri Sarawak, Malaysia yang dimenangi dalam pilihan raya 2001.
- Yang Berhormat En. Ranum Ak. Mina (N.1 Tanjung Datu)
- Yang Berhormat En. Peter Nansian Ngusie (N.2 Tasik Biru)
- Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi (N.3 Pantai Damai)
- Yang Berhormat Dr. Abang. Hj. Abd. Rauf B. Abang. Hj. Zen (N.4 Demak Laut)
- Yang Berhormat Ir. Tuan Hj. Daud B. Abd. Rahman (N.5 Tupong)
- Yang Berhormat Dato Sri Abang. Hj. Abd. Rahman Zohari B. Tun Abang. Hj. Openg (N.6 Satok)
- Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Mordiah Bt. Tuanku Hj. Fauzi (N.7 Samariang)
- Yang Berhormat Puan Lily Yong Lee Lee (N.8 Padungan)
- Yang Berhormat Datuk Sim Kheng Hui (N.9 Pending)
- Yang Berhormat En. Chan Seng Khai (N.10 Batu Lintang)
- Yang Berhormat Datuk Alfred Yap Chin Loi (N.11 Batu Kawa)
- Yang Berhormat Tuan Hj. Abd. Karim Rahman Hamzah (N.12 Asajaya)
- Yang Berhormat Dato Sri Hj. Adenan Hj. Satem (N.13 Muara Tuang)
- Yang Berhormat Dr. Jerip Ak. Susil (N.14 Bengoh)
- Yang Berhormat En. Roland Sagah Wee Inn (N.15 Tarat)
- Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin Ak. Jawong (N.16 Tebedu)
- Yang Berhormat En. Federick Bayoi Manggie (N.17 Kedup)
- Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abd. Wahab B. Wan Sanusi (N.18 Sadong Jaya)
- Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Naroden B. Haji Majais (N.19 Simunjan)
- Yang Berhormat Tuan Haji Julaihi B. Haji Narawi (N.20 Sebuyau)
- Yang Berhormat Tuan Haji Bolhassan B. Haji Di (N.21 Beting Maro)
- Yang Berhormat En. Mong Ak. Dagang (N.22 Bulit Begunan)
- Yang Berhormat En. Francis Harden Ak. Hollis (N.23 Simanggang)
- Yang Berhormat En. Toh Heng San (N.24 Engkilili)
- Yang Berhormat En. Dublin Unting Ak. Ingkot (N. 25 Batang Ai)
- Yang Berhormat Dr. Haji Wahbi B. Haji Junaidi (N.26 Saribas)
- Yang Berhormat [[Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak. Numpang (N.27 Layar)
- Yang Berhormat En.Abdul Wahab Aziz (N. 28 Kalaka)
- Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok Ak. Entrie (N.29 Krian)
- Yang Berhormat Tuan Haji Hamden B. Haji Ahmad (N.30 Belawai)
- Yang Berhormat Dato Sri Haji Mohd. Asfia Awang Nassar (N.31 Serdeng)
- Yang Berhormat Datuk Hj. Abd. Wahab B. Hj. Dolah (N.32 Matu Daro)
- Yang Berhormat Dato'Ting Check Sii (N.33 Meradong)
- Yang Berhormat Datuk David Teng Lung Chi (N.34 Repok)
- Yang Berhormat Datuk William Mawan Ak. Ikom (N.35 Pakan)
- Yang Berhormat En. Wong Ak. Judat (N.36 Meluan)
- Yang Berhormat En. Gabriel Adit Demong (N.37 Ngemah)
- Yang Berhormat Datuk Gramong Juna (N.38 Machan)
- Yang Berhormat En. Daniel Ngieng Kiong Ann (N.39 Bukit Assek)
- Yang Berhormat Dr. Soon Choon Teck (N.40 Dudong)
- Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh (N.41 Bawang Assan)
- Yang Berhormat En. Vincent Goh Chung Siong (N.42 Pelawan)
- Yang Berhormat En. Awang. Bemee Hj. Awang. Ali Basah (N.43 Nangka)
- Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah (N.44 Dalat)
- Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib B. Mahmud (N.45 Balingian)
- Yang Berhormat En. Joseph Entulu Belaun (N.46 Tamin)
- Yang Berhormat En. John Sikie Ak. Tayai (N.47 Kakus)
- Yang Berhormat En. Larry Sng Wei Shien (N.48 Pelagus)
- Yang Berhormat Dato Sri Ambrose Blikau Ak. Enturan (N.49 Katibas)
- Yang Berhormat Tan Sri Dato Sri James Jemut Ak. Masing (N.50 Baleh)
- Yang Berhormat En. Standley Ajang Batok (N.51 Belaga)
- Yang Berhormat Dr. Stephen Rundi Ak. Utom (N.52 Kemena)
- Yang Berhormat En. [[Chiew Chin Sing (N.53 Kidurong)
- Yang Berhormat Datuk Haji Talip Zulpilip (N.54 Jepak)
- Yang Berhormat En.Aidan Wing (N.55 Lambir)
- Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan Hong Nam (N.56 Piasau)
- Yang Berhormat En. Lee Kim Shin (N.57 Senadin)
- Yang Berhormat En. Sylvester Entrie Ak. Muran (N.58 Marudi)
- Yang Berhormat En. Lihan Jok (N.59 Telang Usan)
- Yang Berhormat En. Richard Wong Shoon Fook (N.60 Limbang)
- Yang Berhormat Datuk Haji Awang Tengah B. Ali Hassan (N.61 Lawas)
- Yang Berhormat En. Nelson Balang Rining (N.62 Ba'kelalan)