Gabriel Adit Demong
Gabriel Adit Demong (lahir 1951) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan ADUN Ngemah selama empat penggal (1991-2011).
Gabriel Adit Demong | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Ngemah | |
Dalam jawatan 1991–2011 | |
Didahului oleh | Joseph Kudi |
Digantikan oleh | Alexander Vincent |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1951 (74 tahun) |
Parti politik | PRS (-2008) PKR (2008-2009) PCM (2009-kini)[1] |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menjadi ADUN Ngemah selama 4 penggal dimana 3 daripadanya di bawah komponen Barisan Nasional(BN) iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan akibat daripada pergeseran dalam PBDS.[2] Akhirnya pada 16 November 2008, beliau secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).[3]Namun begitu,Beliau keluar daripada PKR dan seterusnya menyertai Parti Cinta Malaysia,dan dilantik menjadi Ketua PCM Sarawak.Pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011,Beliau gagal mempertahankan kerusi Ngemah apabila tewas kepada calon Barisan Nasional,Alexander Vincent dengan majoriti 995 undi.Beliau memperolehi 1,366 undi,manakala Alexander Vincent dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) memperolehi 2,361 undi dalam pertandingan 5 penjuru diantara Barisan Nasional,PCM,Pakatan Rakyat dan 2 calon Bebas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://m.malaysiakini.com/news/119503
- ^ [1], "Pergolakan berterusan parti politik Sarawak", Utusan Online, 17 Disember 2006.
- ^ [2][pautan mati kekal], "Gabriel Adit Secara Rasmi Sertai PKR", Bernama.com, 16 November 2008.
- Kelahiran 1951
- ADUN Sarawak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Dayak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Iban
- Bekas anggota Parti Rakyat Malaysia
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Anggota Parti Cinta Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-16