Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Sarawak 1979

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

← 1974 15–22 September 1979 1983 →

Kesemua 48 kerusi Council Negri
25 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Abdul Rahman Ya'kub Tiada
Parti PBB Calon bebas
Gabungan BN
Kerusi pemimpin Matu-Daro
Kerusi sebelum 30 0
Kerusi yang
dimenangi
45[a] 3
Perubahan kerusi 15 3
Peralihan undi

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Abdul Rahman Ya'kub
BN-PBB

Ketua Menteri dipilih

Abdul Rahman Ya'kub
BN-PBB

Pilihan raya negeri Sarawak ketiga diadakan dari 15 September 1979 hingga 22 September 1979.[1] Bermula pilihanraya ini, Sarawak mengadakan pilihanraya berlainan tarikh dengan pilihan raya umum Malaysia.[2][3] Pilihan raya ini juga menyaksikan larangan berkempen secara perhimpunan besar-besaran buat kali pertama. Walupun begitu, calon dan parti, bebas mengadakan perjumpaan rumah ke rumah dan mengadakan sesi bicara kecil-kecilan.[3]

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional (BN) Sarawak memenangi 45 dari 48 kerusi Council Negri.[4] dan 61.2% undi popular.[2] 44 kerusi dipertandingkan pada hari pengundian, manakala 4 lagi kerusi (Batang Ai, Layar, Balingian dan Meluan) dimenangi BN tanpa bertanding pada hari pencalonan.[3] Sebanyak 41 calon kehilangan wang deposit pilihan raya kerana gagal mendapat 1/8 undi dari jumlah keseluruhan pengundian di kawasan negeri masing-masing. Sebanyak empat petisyen pilihan raya difailkan di mahkamah tinggi Sarawak. Daripada petisyen pilihan raya ini, satu telah ditarik balik manakala petisyen selebihnya telah ditangguhkan pada tahun 1980.[3]

Kesan dan kejadian selepas

[sunting | sunting sumber]

Ini adalah pilihan raya terakhir Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Presiden BN/PBB; beliau meletakkan jawatan tersebut, serta kerusi Parlimen dan DUN pada 1981 untuk menerima jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.[5] Anak saudara Abdul Rahman dan Naib Presiden PBB, Abdul Taib Mahmud akan menggantikan Abdul Rahman sebagai presiden parti dan Ketua Menteri.

  1. ^ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi komponen parti BN Sarawak.
  1. ^ Edgar, Nigel (4 June 2021). "Sarawak elections through the years". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2021. Dicapai pada 1 January 2023.
  2. ^ a b Faisal, S Hazis (2012). Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in Sarawak. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 3, 91. ISBN 978-981-4311-58-8. Dicapai pada 18 December 2019. When parliament was dissolved in 1978 to make way for Malaysia's third general elections, Rahman decided not to dissolve the Council Negri to make way for simultaneous negeri and parliamentary elections.
  3. ^ a b c d Report on the Legislative Assembly General Elections Sarawak, 1979 (Malay-English bilingual version). Kuala Lumpur: Malaysian Election Commission. 1981. m/s. 24, 38–43.
  4. ^ The World Factbook. United States: National Foreign Assessment Center, Central Intelligence Agency. 1982. m/s. 140. Dicapai pada 17 December 2019.
  5. ^ "Rahman is new Head of State". New Straits Times via Google News. Bernama. 1 April 1981. Dicapai pada 28 April 2023.