Pertempuran Otranto
Pertempuran Otranto | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Eropah dan Perang Uthmaniyah–Hungary | |||||||
Kubu Otranto | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Uthmaniyyah | Negeri-negeri Paus | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Gedik Ahmed Pasha |
| ||||||
Kekuatan | |||||||
|
| ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tentera garison menyerah kalah | Tidak diketahui | ||||||
Kecederaan awam:
|
Pertempuran Otranto berlaku pada tahun 1480 dan 1481 di kota Itali, Otranto yang terletak di Apulia, selatan Itali. Tentera Uthmaniyah melancarkan serangan dan mengepung kota Otranto. Menurut laporan tempatan, lebih daripada 800 orang penduduk kota telah dipancung setelah pengepungan Uthmaniyah berhasil. Martir Otranto masih lagi disambut di Itali. Setahun kemudian, garison Uthmaniyah terpaksa menyerah kalah berikutan pengepungan kota yang dijalankan oleh tentera Kristian termasuklah campur tangan Paus yang dipimpin oleh Paolo Fregoso.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dengan kematian Skanderbeg, Venezia telah mengambi alih sebahagian besar kawasan perairan Balkan. Perkara ini merupakan rentetan daripada peristiwa Perang Uthmaniyah-Venezia yang berlarutan dari tahun 1463 hingga 1479. Kesannya, Venezia menanggung kerugian yang tinggi dan dipaksa untuk memeterai Perjanjian Constantinople. Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai kawasan Euboea, Lemnos dan sebahagian besar Albania. Konflik Uthmaniyah dengan putera Moldavia, Stefan III telah mereda. Jadi, Uthmaniyah mula menumpukan sasarannya ke arah Kerajaan Hungary yang pada masa itu diperintah oleh Matthias I. Hungary boleh dikatakan sebagai salah satu kerajaan terkuat di Eropah sambil memiliki legenda Tentera Hitam yang mempertahankan kerajaan tersebut. Beberapa siri penyerbuan ke atas Transylvania dan Wallachia oleh Uthmaniyah telah dijalankan pada masa itu. Akhirnya, Matthias telah mengurniakan voivode Transylvania kepada Stefan V Báthory. Stefan memiliki jumlah tentera yang cukup menyamai tentera Uthmaniyah dalam Pertempuran Breadfield pada 13 Oktober 1479.
Oleh kerana Uthmaniyah sering menggunakan sempadan negeri lindungannya untuk melancarkan serangan-serangan kecil, serangan ke atas Hungary telah ditunda berikutan kekalahan Uthmaniyah dalam Pertempuran Breadfield. Sultan Muhammad al-Fatih telah menetapkan untuk mengukuhkan kedudukannya di Mediterranean dan merancang untuk menakluk Itali. Menurut beberapa sumber, kota Rom merupakan sasaran Sultan Muhammad al-Fatih setelah beliau berjaya menguasai kota Constantinople. Perpecahan yang berlaku di Itali dan tanah Albania yang baru diperoleh Uthmaniyah dapat dijadikan sebagai batu loncatan mereka. Perjanjian damai dengan Venezia turut membantu Uthmaniyah kerana Tentera Laut Uthmaniyah tidak perlu bertempur dengan Tentera Laut Venezia yang menggerunkan lagi.
Pada Mei 1480, Uthmaniyah telah melancarkan serangan ke Rhodes tetapi Knights Hospitaller berjaya menangkis serangan Uthmaniyah walaupun jumlah tentera Uthmaniyah jauh lebih ramai.
Pertempuran
[sunting | sunting sumber]Pada masa yang sama, serangan Uthmaniyah ke atas Itali bermula pada Julai 1480. 20,000 tentera Uthmaniyah di bawah pimpinan Gedik Ahmed Pasha berlepas menuju ke Kerajaan Naples sebelum mendarat berhampiran Otranto. Tentera garison pada awalnya menjangkakan ia hanyalah satu serbuan kecil. Kelihatan ramai tentera Uthmaniyah telah mendarat di kawasan pesisir pantai, tentera pertahanan kota kemudiannya diasak dan dipaksa untuk berundur ke dalam kota Otranto. Komander Uthmaniyah telah mengirim seorang ke dalam kota untuk menyerah kalah dan memeluk agama Islam. Penduduk kota dan tentera pertahanan yang memiliki kekuatan seramai 2,000 orang telah menolak permintaan tersebut dan mereka telah menghantar utusan untuk meminta bantuan.
Sementara itu, meriam Uthmaniyah telah mendarat dari kapal. Pada 29 Julai, tentera Uthmaniyah telah mengepung kota Otranto dan meriam-meriam telah digunakan melepaskan tembakan mengebom tembok dan kubu pertahanan kota. Oleh kerana tentera garison yang begitu kecil untuk mempertahankan kubu pertahanan yang luas, mereka telah berundur ke benteng yang lebih kecil di dalam kota. Tentera Uthmaniyah dengan pantasnya mengambil alih dan membakar kota tersebut. Meriam Uthmaniyah seterusnya dibawa untuk mengebom benteng yang terdapat di dalam kota. Pengepungan berlangsung selama 15 hari. Pada 11 Ogos, artileri Uthmaniyah berjaya meruntuhkan benteng kota dari arah timur laut sekali gus memberikan laluan kepada tentera Uthmaniyah untuk memasuki kota melalui benteng yang telah runtuh.
Kira-kira 10,000 orang telah dibunuh beramai-ramai dan ribuan telah dijadikan sebagai hamba. Menurut sumber-sumber, 800 orang telah dibiarkan hidup dan Uthmaniyah cuba memaksa mereka untuk memeluk agama Islam tetapi telah ditolak. Mereka kemudiannya telah dipancung. 800 orang tersebut telah menjadi martir dan kematian mereka telah dijadikan sebagai panji perpaduan tentera-tentera Kristian.
Penawanan semula
[sunting | sunting sumber]Tentera Uthmaniyah kemudian menyerang kota Lecce, Taranto, Brindisi dan Vieste. Kebanyakan tentera Uthmaniyah telah pulang ke Albania dan mereka telah meninggalkan seramai 1,500 tentera sebagai garison di Otranto. Kerajaan Naples, Sicily dan Hungary telah bertindak mengepung kota Otranto pada Mei 1481. Apabila Sultan Muhammad al-Fatih meninggal dunia pada 3 Mei 1481, tiada bantuan telah disalurkan kepada garison Uthmaniyah yang bertahan daripada dikepung tentera Kristian. Pada bulan Ogos, kota tersebut akhirnya jatuh semula ke tangan tentera Kristian.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Csaba Csorba; János Estók; Konrád Salamon (1999). Magyarország Képes Története. Budapest, Hungary: Magyar Könyvklub. m/s. 62. ISBN 963-548-961-7.