Pengepungan Esztergom (1543)
Pengepungan Esztergom | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
Pengepungan Esztergom pada tahun 1543, oleh Sebastian Vrancks. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Suci Rom |
Empayar Uthmaniyyah Dibantu oleh: Perancis | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Sulaiman al-Qanuni Şehzade Mehmed Sokollu Mehmed Pasha | |||||||
Kekuatan | |||||||
Unit artileri |
Pengepungan Esztergom berlaku antara 25 Julai hingga 10 Ogos 1543, apabila tentera Uthmaniyyah, diketuai oleh Sulaiman al-Qanuni, mengepung kota Esztergom yang kini terletak di Hungary. Kota ini ditawan oleh Uthmaniyah selepas dua minggu.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pengepungan ini merupakan sebahagian daripada pergelutan antara Habsburgs dan Uthmaniyah berikutan dengan kematian pemerintah Hungary, John Zápolya, pada 20 Julai 1540.[2] Ia merupakan sebahagian daripada "Zaman Perang Istana Kota" dalam sejarah Hungary.[3] Suleiman berjaya menawan kota-kota Buda dan Pest pada tahun 1541, yang mana memberi kuasa kepada beliau untuk mengawal kawasan tengah Hungary.[4] Wilayah(Beylerbeylik) Buda ditubuhkan semasa peristiwa ini.[2]
Sebagai sebahagian Perikatan Perancis-Uthmaniyyah, tentera Perancis membantu kempen Uthmaniyah di Hungary: sebuah unit artileri Perancis telah diatur gerak pada tahun 1543-1544 dan ditumpangkan ke Tentera Darat Uthmaniyyah.[5][6][7] Sementara itu, di Laut Mediterranean, Suleiman menghantar laksamana armada beliau, Hayreddin Barbarossa untuk bekerjasama dengan Perancis, yang mana kemudian mengepung Nice.[2]
Pengepungan
[sunting | sunting sumber]Pengepungan ini dilakukan selepas percubaan gagal oleh Ferdinand I dari Austria untuk menawan semula Buda pada tahun 1542.[8] Ia diikuti dengan penawanan kota pertabalan di Székesfehérvár pada bulan September 1543.[1] Kota-kota lain yang ditawan semasa kempen ini adalah Siklós dan Szeged dibuat bagi melindungi Buda.[8] Bagaimanapun, Suleiman mengelak daripada mara sehingga ke Vienna pada waktu ini, jelasnya kerana beliau tidak menerima sebarang berita dari sekutu Perancis beliau di barat Eropah dan Mediterranean.[9]
Selepas kejayaan kempen Uthmaniyah, satu perjanjian damai sementara selama setahun telah ditandatangani dengan Charles V in 1545, melalui pengantara Francis I dari Perancis. Suleiman sendiri berminat untuk menamatkan permusuhan ini, kerana pada masa yang sama membuat sebuah kempen ke Parsi, iaitu Perang Safavid-Uthmaniyyah (1532–1555).[2] Dua tahun kemudian, Ferdinand dan Charles V mengakui sepenuhnya kekuasaan Uthmaniyah di Hungary dalam Perjanjian Adrianople pada tahun 1547,[10] dan Ferdinand juga bersetuju untuk membayar ufti tahunan sebanyak 30,000 emas florin bagi pegangan wilayah Habsburg di utara dan barat Hungary.[2][8]
Berikutan penaklukan ini, wilayah tengahHungary kekal berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah sehingga tahun 1686.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Bateri meriam semasa Pengepungan Esztergom 1543 (terperinci).
-
Pengepungan Esztergom pada 1543, lukis oleh Hungary.
-
Khemah dan jarak ke kota kubu Esztergom (lukisan Uthmaniyah).
-
Laluan kempen oleh tentera Uthmaniyah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Slovak history: chronology & lexicon Július Bartl p.59
- ^ a b c d e The Cambridge history of Islam by Peter Malcolm Holt p.328
- ^ Ottomans, Hungarians, and Habsburgs in Central Europe by Pál Fodor p.164 [1]
- ^ Emperor Charles V, impresario of war by James D. Tracy p.206
- ^ The Ottoman Empire and early modern Europe by Daniel Goffman, p.111 [2]
- ^ Firearms of the Islamic world, p.38
- ^ The Cambridge History of Islam, p.328
- ^ a b c Ground warfare: an international encyclopedia by Stanley Sandler p.387 [3]
- ^ International encyclopaedia of Islamic dynasties by Nagendra Kr. Singh p.516 [4]
- ^ Cartography in the traditional Islamic and South Asian societies by John Brian Harley p.245 [5]