Kesateria Hospital
Kesatria Hospital, juga dikenali sebagai Kesateria Rhodes, Kesateria Malta, Golongan Hospital, Kesateria Santo John dan Golongan Santo John, tergolong dalam golongan tentera Kristian Barat yang termasyhur sewaktu Zaman Pertengahan.
Golongan Hospital (Inggeris: Order of Hospitallers) berkemungkinan besar muncul sebagai kumpulan individu yang berhubung kait dengan hospital Amalfi di daerah Muristan Baitulmaqdis, yang dibaktikan kepada St John si Pembaptis dan yang diasaskan sekitar tahun 1023 M oleh Gerard Thom yang Dirahmati untuk menjaga dan merawat penziarah ke Tanah Suci yang mengalami kecederaaan dan penyakit, dan yang miskin. (Walau bagaimanapun, beberapa sarjana berpendapat golongan Amalfi dan hospital Amalfi berbeza daripada golongan dan hospital Gerard.[1]) Selepas penaklukan semula Baitulmaqdis oleh Kristian Barat dalam tahun 1099 dalam Perang Salib Pertama, organisasi ini bertukar menjadi sebuah golongan keagamaan dan golongan tentera di bawah kanun Pausnya sendiri, dan ia ditugaskan untuk menjaga dan mempertahankan Tanah Suci. Berikutan penaklukan Tanah Suci oleh angkatan Muslim, Golongan ini beroperasi dari Rhodes dengan kuasa kedaulatan, dan kemudiannya dari Malta di mana Golongan mentadbir sebuah negara ufti di bawah wizurai Sepanyol di Sicily.
Golongan Hospital kekal sehingga sekarang termasuk di United Kingdom dan kegiatannya yang paling terkenal di Britain dan negara-negara Komanwel ialah Ambulans St. John. Ia juga mengendalikan Hospital Mata St. John di Baitulmaqdis.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Moeller, Charles. "Hospitallers of St. John of Jerusalem." The Catholic Encyclopedia. Vol. 7. New York: Robert Appleton Company, 1910. 23 Feb. 2013
- ^ "St John Eye Hospital". Stjohneyehospital.org. Dicapai pada 2008-10-12.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.