Templat:Hak orang asalPerisytiharan mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP atau DOTROIP[1])[Note 1][2] ialah ketetapan tidak terikat dari segi undang-undang yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2007. Ia menggariskan dan mentakrifkan hak orang asal secara individu atau kelompok, termasuk hak pemilikan mereka kepada ungkapan budaya dan adat, identiti, bahasa, pengambilan kerja, kesihatan, pendidikan dan isu-isu yang lain. Ia "menekankan hak orang asal untuk mengekalkan dan menguatkan institusi, budaya dan tradisi mereka sendiri, dan meneruskan pembangunan mereka dalam menjaga keperluan dan aspirasi mereka sendiri ".[3] Ia "melarang diskriminasi terhadap orang asal", dan ia "menggalakkan penyertaan penuh dan berkesan dalam semua hal yang melibatkan mereka dan hak mereka untuk kekal berbeza dan meneruskan visi ekonomi dan pembangunan masyarakat mereka sendiri".[3][4]