Perbincangan:Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) adalah acara tahunan sejak tahun 1974 lagi. Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia merupakan satu program kemuncak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan menjadi kebanggaan SBP kerana dapat menghimpunkan semua SBP bagi mempamerkan bakat dan kehebatan disamping perjumpaan yang berkonsepkan ukhwah di kalangan warga SBP. Malahan, SBP-SBP yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sistem rumah dan anugerah asrama terbilang akan disampaikan sewaktu Majlis Anugerah Cemerlang HKSBP. Pelajar-pelajar SBP yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum akan dianugerahkan Anugerah Warna SBP pada majlis yang sama. Pada setiap tahun, setiap Sekolah Berasrama Penuh akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah.
Objektif HKSBP
[sunting sumber]1. Memperkukuhkan pemuafakatan, hubungan silaturahim, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan warga SBP.
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memupuk semangat kekitaan dalam usaha meningkatkan imej dan prestasi SBP.
3. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan dan pencapaian cemerlang seluruh warga SBP dalam pelbagai aktiviti dan lapangan.
4. Mempraktis, menerap dan menggunakan sepenuhnya kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi serta bakat yang ada melalui pertandingan bahas ala parlimen dan pertandingan bola keranjang serta persembahan kreatif seni dan budaya.
5. Menyediakan prasarana dan wadah untuk semua aktiviti pendidikan yang melibatkan perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian bidang kurikulum dan kokurikulum SBP.
Jenis Pertandingan
[sunting sumber]Pertandingan Bahas
[sunting sumber]i. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu
ii. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris
Pertandingan Bola Keranjang
[sunting sumber]i. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Lelaki
ii. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Perempuan
Piala Pusingan
[sunting sumber](i) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Melayu (1974) iaitu Piala Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua
(ii) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Inggeris (1991) iaitu Piala Tun Dr. Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Keempat
(iii) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Lelaki (1974) iaitu Piala Tun Dato’ (Dr.) Hj. Hamdan Sheikh Tahir
(iv) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Perempuan (1976) iaitu Piala Toh Puan Datin Hjh. Siti Zainab
Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu
[sunting sumber]Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi.[1] Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.
Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B. Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara.
Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.
Piala Pusingan Bahas Bahasa Inggeris
[sunting sumber]Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974.[1] Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.
Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.
Piala Pusingan Pertandingan Bola Keranjang
[sunting sumber]Pertandingan bola keranjang lelaki antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan.
Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (MCKK) dan Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur (SSP) kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.
Pemenang Mengikut Tahun
[sunting sumber]Petunjuk |
---|
Sekolah yang memenangi tiga piala dalam tahun yang sama |
Sekolah yang memenangi dua piala dalam tahun yang sama |
Statistik Sekolah Yang Pernah Memenangi Piala
[sunting sumber]Pemenang Terbanyak Mengikut Piala
[sunting sumber]Sepanjang Masa
[sunting sumber]Piala | Bil. Kemenangan | Sekolah |
---|---|---|
Bola Keranjang Lelaki | 19 | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Bola Keranjang Perempuan | 26 | Sekolah Seri Puteri |
Bahas Bahasa Melayu | 7 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang |
Bahas Bahasa Inggeris | 9 | Kolej Tunku Kurshiah |
Sekolah Yang Memenangi Piala Berturut-turut Terbanyak
[sunting sumber]Bilangan | Sekolah | Acara | Tahun |
---|---|---|---|
9 | Sekolah Seri Puteri | Bola Keranjang Perempuan | 1982-1990 |
5 | Sekolah Tun Fatimah | Bola Keranjang Perempuan | 1976-1980 |
Kolej Melayu Kuala Kangsar | Bola Keranjang Lelaki | 1979-1983 | |
Kolej Melayu Kuala Kangsar | Bola Keranjang Lelaki | 2004-2008 | |
4 | Sekolah Seri Puteri | Bahas Bahasa Inggeris | 1973-1976 |
Kolej Tunku Kurshiah | Bahas Bahasa Inggeris | 1993-1996 | |
Kolej Tunku Kurshiah | Bola Keranjang Perempuan | 1993-1996 | |
Sekolah Seri Puteri | Bola Keranjang Perempuan | 2016-2019 | |
3 | Sekolah Dato' Abdul Razak | Bola Keranjang Lelaki | 1974-1976 |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman | Bahas Bahasa Inggeris | 1982-1984 | |
Sekolah Seri Puteri | Bola Keranjang Perempuan | 2000-2002 | |
Sekolah Seri Puteri | Bola Keranjang Perempuan | 2004-2006 | |
Kolej Melayu Kuala Kangsar | Bahas Bahasa Inggeris | 2014-2016 |
Sekolah Yang Memenangi Semua Piala Dalam Tahun Yang Sama (Treble)
[sunting sumber]Setakat ini, hanya Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sultan Alam Shah yang berjaya memenangi semua piala yang disertai dalam tahun yang sama, iaitu pada tahun 2014 dan 2022.
Sekolah | Tahun |
---|---|
Kolej Melayu Kuala Kangsar | 2014 |
Sekolah Sultan Alam Shah | 2022 |
- Kedua-dua sekolah tidak bertanding dalam Bola Keranjang Perempuan kerana merupakan sekolah pelajar kesemuanya lelaki
Sekolah Yang Berjaya Memenangi Semua Piala
[sunting sumber](Tahun yang diberikan adalah sewaktu sekolah tersebut pertama kali memenangi piala tersebut. Yang terakhir dihitamkan)
Sekolah | Bola Keranjang Lelaki | Bola Keranjang Perempuan | Bahas Bahasa Melayu | Bahas Bahasa Inggeris |
---|---|---|---|---|
Sekolah Dato' Abdul Razak | 1974 | sekolah pelajar lelaki | 1982 | 1985 |
Sekolah Tun Fatimah | sekolah pelajar perempuan | 1976 | 1979 | 1986 |
Kolej Tunku Kurshiah | sekolah pelajar perempuan | 1981 | 1977 | 1989 |
Sekolah Alam Shah / Sekolah Sultan Alam Shah | 1995 | sekolah pelajar lelaki | 1973 | 1981 |
Sekolah Seri Puteri | sekolah pelajar perempuan | 1982 | 2012 | 1973 |
Kolej Melayu Kuala Kangsar | 1977 | sekolah pelajar lelaki | 1980 | 2014 |
Sekolah Yang Memenangi Tiga Piala Dalam Tahun Yang Sama (Treble)
[sunting sumber]Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Melayu – Bahas Bahasa Inggeris:
[sunting sumber]- (2014) Kolej Melayu Kuala Kangsar
- (2022) Sekolah Sultan Alam Shah
Sekolah Yang Memenangi Dua Piala Dalam Tahun Yang Sama
[sunting sumber]Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Melayu:
[sunting sumber]- (1980) Kolej Melayu Kuala Kangsar
- (1992) Kolej Melayu Kuala Kangsar (2)
- (1993) Kolej Melayu Kuala Kangsar (3)
- (2018) Kolej Melayu Kuala Kangsar (4)
Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Inggeris:
[sunting sumber]- (1987) Maktab Tentera Diraja
- (2019) Kolej Melayu Kuala Kangsar (5)
Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Melayu:
[sunting sumber]- (1979) Sekolah Tun Fatimah
- (2012) Sekolah Seri Puteri (2)
Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Inggeris:
[sunting sumber]- (1993) Kolej Tunku Kurshiah
- (1994) Kolej Tunku Kurshiah (2)
- (1995) Kolej Tunku Kurshiah (3)
- (1996) Kolej Tunku Kurshiah (4)
- (2003) Kolej Tunku Kurshiah (5)
- (2009) Sekolah Seri Puteri
- (2018) Sekolah Seri Puteri (3)
Bahas Bahasa Melayu – Bahas Bahasa Inggeris:
[sunting sumber]- (1988) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
- (2023) Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Rujukan
[sunting sumber]- ^ a b Abdullah, Saiffudin (5 Januari 2015). "Malaysia tuan rumah debat dunia". Dicapai pada 11 April 2016.