Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perakaunan |
---|
Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Financial Reporting Standards , IFRS) ialah Piawaian,[1] Tafsiran dan Kerangka untuk penyediaan dan pembentangan laporan kewangan[2] (sekiranya ketiadaan Piawaian atau Tafsiran) yang diterima oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Board, IASB).
Kebanyakan piawaian yang membentuk IFRS ini pernah dikenali sebagai Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS). IAS ini dikeluarkan dari tahun 1973 hingga 2001 oleh Lembaga Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee, IASC). Pada 1 April 2001, IASB yang baru ditubuhkan mengambil alih tugas menetapkan IAS yang dipikul IASC. Dalam mesyuarat sulungnya, Lembaga yang baru ini menerima IAS dan SIC (Jawatankuasa Tafsiran Sah, Standing Interpretations Committee) yang sedia ada, lalu terus memajukan piawaian perakaunan dengan nama barunya IFRS.
Struktur IFRS
[sunting | sunting sumber]IFRS merupakan piawaian-piawaian "berasaskan prinsip" yang menetapkan peraturan am serta menentukan tafsiran khusus.
Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa merangkumi:
- Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Standards, IFRS) - piawaian yang dikeluarkan selepas tahun 2001
- Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS) - piawaian yang dikeluarkan sebelum tahun 2001
- Tafsiran yang berasal dari Jawatankuasa Tafsiran Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Interpretations Committee, IFRIC) - dikeluarkan selepas tahun 2001
- Jawatankuasa Tafsiran Sah (Standing Interpretations Committee, SIC) - dikeluarkan sebelum tahun 2001
Tidak dilupakan juga Kerangka Penyediaan dan Pembentangan Laporan Kewangan (Framework for the Preparation and Presentation of Financial Statements) yang mentakrifkan prinsip-prinsip di sebalik IFRS.
IAS 8 Par. 11
"Apabila membuat pertimbangan mengikut perenggan 10, pihak pengurusan harus merujuk dan menimbangkan kebolehgunaan sumber-sumber berikut secara urutan menurun:
- (a) keperluan dan panduan dalam Piawaian dan Tafsiran mengenai isu-isu serupa dan berkaitan; dan
- (b) takrifan, ciri pengenalpastian dan konsep pengukuran untuk aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan mengikut Kerangka."
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The International Accounting Standards Board - Free access to all IFRS standards, news and status of projects in progress
- The latest IFRS news and resources from the Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW)
- Helix Business Solutions Diarkibkan 2009-08-10 di Wayback Machine - Conducts Trainings and Seminars in India
- Initial publication of the International Accounting Standards in the Official Journal of the European Union PB L 261 13-10-2003
- Directorate Internal Market of the European Union on the implementation of the IAS in the European Union Diarkibkan 2006-07-01 di Wayback Machine
- Ernst & Young newsletters, regulatory updates, web-based learning
- PwC IFRS page with news and downloadable documents
- Free 2009 IFRS Pocket Guide from IASPlus - Deloitte
- Deloitte: An Overview of International Financial Reporting Standards
- Deloitte Local IFRS Standards[pautan mati kekal]
- KPMG IFRS group Diarkibkan 2010-01-09 di Wayback Machine with news and downloadable documents
- The American Institute of CPAs (AICPA) in partnership with its marketing and technology subsidiary, CPA2Biz, has developed the IFRS.com web site.
- RSM Richter IFRS page Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine with news and downloadable documents related to IFRS Conversions in Canada
- U.S. Securities and Exchange Commission Proposal for First-Time Application of International Financial Reporting Standards by Foreign private issuers registered with the SEC
- SAP IFRS Community User community with blogs, forums, articles & other resources designed for businesses implementing IFRS, especially using SAP solutions
- SAP IFRS Group on LinkedIn LinkedIn group focussed on SAP IFRS