Pergi ke kandungan

Perniagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Entiti perniagaan)

Satu perniagaan (Tulisan Jawi: ڤرنياݢاءن; syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.[1] Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.

Sebagai contoh bisnes adalah seperti MLM, servis, penjualan produk samada secara digital ataupun fizikal. Antara bentuk fizikal yang boleh dijual adalah seperti produk berteraskan makanan dan pakaian.

Etimologi "perniagaan" berkait dengan keadaan kesibukan bagi seorang individu atau masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah "perniagaan" mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang lingkup — satu penggunaan (di atas) bermaksud syarikat atau perbadanan, penggunaan umum untuk merujuk kepada sektor pasaran yang tertentu, seperti "perniagaan muzik" dan bentuk gabungan seperti agribusiness, atau istilah yang lebih luas termasuklah semua aktiviti oleh komuniti pembekal barangan dan perkidmatan. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam falsafah perniagaan, adalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.

Bentuk dasar kepemilikan bisnes

[sunting | sunting sumber]

Meskipun bentuk kepemilikan perniagaan berbeza di setiap negara, ada beberapa bentuk yang dianggap umum:

  • Perusahaan perseorangan: Perusahaan perseorangan adalah perniagaan yang kepemilikannya dipegang oleh satu orang. Pemilik perusahaan perseorangan memiliki tanggung jawab tak terbatas atas harta perusahaan. Apabila perniagaan mengalami kerugian, pemilik lah yang harus menanggung seluruh kerugian itu.
  • Persekutuan: Persekutuan adalah bentuk perniagaan dimana dua orang atau lebih bekerja sama mengoperasikan perusahaan untuk mendapatkan profit. Sama seperti perusahaan perseorangan, setiap sekutu (anggota persekutuan) memiliki tanggung jawab tak terbatas atas harta perusahaan. Persekutuan dapat dikelompokkan menjadi persekutuan komanditer dan firma.
  • Perseroan: Perseroan adalah perniagaan yang kepemilikannya dipegang oleh beberapa orang dan diawasi oleh dewan pengarah. Setiap pemilik memiliki tanggung jawab yang terbatas atas harta perusahaan.
  • Koperasi: adalah perniagaan yang beranggotakan orang-orang atau badan hukum koperasi dengan melandaskan kegiatannya berdasarkan prinsip koperasi sekaligus sebagai gerakan ekonomi rakyat yang berdasarkan asas kekeluargaan. Koperasi bertujuan untuk menyejahterakan anggotanya. Karateristik utama koperasi yang membedakan dengan badan usaha lain adalah anggota koperasi memiliki identiti berganda. Identiti ganda maksudnya anggota koperasi merupakan pemilik sekaligus pengguna jasa koperasi.

Klasifikasi

[sunting | sunting sumber]
Commercial Street, Bangalore. India

Perniagaan

terdiri daripada pelbagai jenis, dan sebagai akibatnya, perniagaan dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza. Antaranya terdapat banyak cara yang dapat digunakan dengan mengelompokkan perniagaan mengelaskan perniagaan berdasarkan aktiviti yang dilakukannya dalam menghasilkan keuntungan.

  • Manufaktur adalah perniagaan yang menghasilkan produk yang berasal daripada barang mentah atau komponen-komponen, kemudian dijual untuk mendapatkan keuntungan. Contoh manufaktur adalah perusahaan yang menghasilkan barang fizikal seperti kereta atau paip.
  • Perniagaan jasa adalah perniagaan yang menghasilkan barang tidak ketara, dan mendapatkan keuntungan dengan cara meminta bayaran atas jasa yang diberikan. Contoh perniagaan jasa adalah konsultan dan psikologi.
  • Peruncit dan pengedar adalah pihak yang berperanan sebagai perantaraan barang antara pengeluar dengan pengguna. Kebanyakan kedai dan perusahaan yang berorientasi-pelanggan adalah pengedar atau peruncit. lihat juga: Waralaba
  • Perniagaan pertanian dan mineral adalah perniagaan yang menghasilkan barang-barang mentah, seperti tanaman atau bahan mineral.
  • Perniagaan kewangan adalah perniagaan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan dan pengurusan modal.
  • Perniagaan maklumat adalah perniagaan yang menghasilkan keuntungan terutamanya dari pejualan-kembali harta intelektual (intelellectual property).
  • Utiliti adalah perniagaan yang mengendalikan jasa untuk orang awam, seperti elektrik dan air, dan biasanya dibiayai oleh pemerintah.
  • Perniagaan hartanah adalah perniagaan yang menghasilkan keuntungan dengan cara menjual, menyewa, dan mengembangkan hartanah, rumah, dan bangunan.
  • Perniagaan pengangkutan adalah perniagaan yang mendapatkan keuntungan dengan cara menghantarkan barang atau individu dari sebuah tempat ke tempat yang lain.

Pengurusan

[sunting | sunting sumber]

Pelajar yang mempelajari pengendalian perniagaan secara efesien dan efektif disebut dengan pengurusan. Cabang utama dari pengurusan adalah pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, pengurusan sumber manusia, pengurusan strategik, pengurusan operasi, pengurusan produk, pengurusan teknologi maklumat, dan perniagaan pintar.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Notakaki dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sullivan, arthur (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Prentice Hall. m/s. 29. ISBN 0-13-063085-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: location (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]