Penyu pipih
Penyu pipih | |
---|---|
Penyu pipih bertelur di Great Keppel, Pantai Queensland, Australia | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Natator McCulloch, 1908
|
Spesies: | N. depressus
|
Nama binomial | |
Natator depressus (Garman, 1880)
| |
Peta taburan dan tempat bersarang bagi penyu pipih |
Penyu pipih (Natator depressus)[3] ialah penyu daripada keluarga Cheloniidae. Penyu ini dijumpai mendiami sepanjang kawasan berpasir dan laut cetek berhampiran pentas benua Australia. Penyu ini mendapat namanya daripada bentuk cangkerang belakangnya yang pipih atau leper berbanding penyu-penyu lain. Penyu ini kelihatan berwarna hijau hinggalah kelabu pada bahagian badannya. Badannya berukuran sekitar 76 cm hingga 96 cm panjang dengan berat di antara 70 kg ke 90 kg. Saiz anak penyunya lebih besar berbanding spesies penyu lain.
Ia disenaraikan sebagai spesies terjejas oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa pada tahun 1994.[4] Namun, kini data tepat populasinya masih lagi belum dapat dipastikan.[5]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Penyu ini dinamakan sebagai Chelonia depressa pada tahun 1880 oleh Samuel Garman, dan kini dipindahkan ke dalam genus Natator pada tahun 1908 oleh Allan Riverstone McCulloch.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih mudah dikenali kerana memiliki karapas (tempurung) yang leper berbanding penyu lain. Memiliki warna zaitun, kehijauan atau campuran kelabu hijau. Plastronnya (bahagian perut)nya lebih cerah, iaitu kuning pucat. Saiznya antara 76 cm ke 96 cm, dan berat sekitar 70 kg ke 90 kg.[6] Saiz betina dewasanya lebih besar berbanding jantan serta mempunyai ekor yang lebih panjang.[6]
Ciri-ciri unik yang terdapat pada penyu ini ialah karapasnya yang lebih nipis berbanding penyu spesies lain[6] dan ia mudah mengalami keretakan jika diberikan tekanan.[6]
Taburan
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih mempunyai julat yang paling kecil dari tujuh penyu laut. Mereka ditemui di tubir benua dan perairan persisiran wilayah tropika. Penyu ini tidak bergerak jarak jauh di lautan terbuka untuk migrasi seperti penyu lain. Ia biasanya boleh dijumpai di perairan 60 m atau kurang kedalamannya.[7] Ia tidak mempunyai pengedaran sejagat seperti penyu lain. Penyu pipih boleh ditemui di sepanjang perairan pantai Australia Utara, Capricorn Tropik, dan kawasan pantai Papua New Guinea. Taburan mereka di Australia adalah di kawasan Queensland Timur, Selat Torres dan Teluk Carpentaria, Jajahan Utara, dan Australia Barat.[8]
Pengagihan tempat bersarang dapat ditemui di Queensland, Jajahan Utara, dan Australia Barat, dengan tumpuan terbesar terdapat di Queensland, di Teluk Carpentaria.[7] Di Queensland, tapak sarang dapat ditemui di selatan di Bundaberg ke Selat Torres di utara.[8] LTapak-tapak bersarang utama dalam julat ini ialah Terumbu Karang Besar Selatan, Wild Duck, dan Pulau Curtis[8] Selat Torres mengandungi tapak bersarang utama untuk penyu ini. Di Wilayah Utara, tapak bersarang lebih tersebar luas di kawasan ini dengan pelbagai jenis pantai di pantai ini.[8] Di kawasan Australia Barat, tapak bersarang penting terletak di Wilayah Kimberley, Cape Dommett, dan Pulau Lacrosse.[8]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih mendiami kawasan laut cetek sama ada tropika atau subtropika, sepanjang pentas benua Australia.[4][9] Penyu betina cenderung bertelur di sepanjang berkenaan[8] dan mereka memilih kawasan yang bersuhu antara 29 °C hingga 33 °C suhu yang berbza menentukan jantina yang berbeza.[8]
Kitaran hidup
[sunting | sunting sumber]Awal
[sunting | sunting sumber]Bermula bulan Mac hingga Disember, telur anak penyu akan mula menetas.[10] Kemuncaknya adalah pada bulan Februari.[10] Saiz anak penyu ini lebih besar berbanding penyu spesies lain dengan tempurungnya mencecah hingga 60mm.[6] Saiznya yang besar membantu ia daripada menjadi mangsa dan memudahkan ia berenang.[6] Antara diet anak penyu ini adalah makroplankton.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih matang apabila mencapai antara usia 7-50 tahun dan bersarang setiap dua hingga tiga tahun.[6][9] Penyu jantan dan penyu betina mengawan dalam laut; penyu jantan tidak pernah kembali ke pantai selepas menetas dari telur semasa kecil.[9] Tapak bersarang penyu pipih hanya boleh ditemui di sepanjang pantai Australia di lereng bukit pasir.[11] Penyu betina akan kembali ke pantai yang sama untuk bertelur sangkak yang sama pada musim bersarang yang berikutnya. Ia akan kembali untuk musim bersarang lain juga.[10] Bergantung pada tapak bersarang, musim bersarang boleh berlangsung dari bulan November hingga Januari atau boleh bertahan sepanjang tahun.[11]
Penyu betina mampu bertelur sehingga empat kali sepanjang musim bersarang, dan selang masa antara bersarang boleh antara 13-18 hari.[11] Ia menggali tanah menggunakan sirip depannya dan membersihkan pasir kering yang terletak di bahagian atas.[9] Selepas pasir atas dibersihkan, penyu betina akan membentuk ruang telur dengan menggunakan sirip belakangnya.[9] Selepas ia bertelur, ia akan menimbus sarang itu kembali dengan menggunakan kaki belakangnya, sambil melontar pasir ke belakang dengan menggunakan sirip depannya.[9]
Bilangan telur penyu pipih yang menetas adalah rendah berbanding penyu lain.[6] Secara purata, sebanyak 50 biji telur yang berjaya menetas berbanding spesies lain yang menetas dari sebanyak 100-150 biji telur.[6][11] Sebiji telur berukuran 55 mm panjang.[6] Jantina anak penyu yang menetas mengikut suhu pasir diletakkan telur-telur ini.[8] Telur yang ditimbus pada suhu di bawah 29 °C akan menetas menjadi anak jantan, telur yang ditimbus pada suhu melebihi 29 °C akan menetas menjadi anak betina.[8]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Diet
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih bersifat maserba. Makanan utamanya adalah haiwan kecil yang mudah didapati dalam kawasan yang mereka diami.[6] Antara dietnya ialah karang lembut, gamat, udang kecil, obor-obor, moluska, dan haiwan invertebrata lain.[6][11][9]
Pemangsa
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua jenis pemangsa bagi Penyu pipih iaitu pemangsa darat dan pemangsa akuatik. Pemangsa daratnya ialah rubah, anjing liar dan khinzir.[11] Manakala pemangsa akuatik biasanya jerung.[6][8] Anak penyu yang masih kecil sering menjadi mangsa ketam, burung, dan buaya[8] dan ikan besar atau jerung ketika di dalam laut.[8] Penyu yang besar jarang menjadi mangsa kerana kebolehan berenang dan melarikan dirinya semakin baik.[6]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Status
[sunting | sunting sumber]Penyu pipih disenaraikan sebagai spesies terjejas di Australia.[4] Ia dianggap kurang terancam berbanding penyu spesies lain[6] kerana permintaan terhadap dagingnya masih terhad di Australia dan terkawal.[6] Malah, penyu ini juga mendiami habitat yang kecil; oleh itu, populasinya masih lagi terjaga.[6]
Ancaman
[sunting | sunting sumber]Antara ancaman utama spesies ini adalah pemusnahan habitat, perdagangan haiwan, pengumpulan telur tanpa kawalan, daging, tangkapan, pencemaran, dan perubahan cuaca.[11] Masyarakat tempatan Australia mengumpul dan menangkap haiwan ini untuk mendapatkn sumber daging dan protien dari telurnya.[7][8] Kerajaan Australia memberikan permit dan keizinan jika haiwan ini ditangkap bukan bertujuan untuk dikomersialkan.[8] Malah habitat, sarang dan telur mereka juga musnah disebabkan oleh pembangunan kawasan pantai.[7] Selain itu, pembinaan kawasan khemah di tepi-tepi pantai menambahkan risiko hakisan[8] dan laluan-lauan tayar dari kenderan berat juga menghalang anak penyu daripada menuju ke pantai dengan cepat [8] Pembangunan kawasan yang melibatkan kawasan batu karang juga menyebabkan penyu dewasa sukar mendarat ke pantai untuk membina sarang dan bertelur[8] lantas menyebabkan penyu-penyu ini terdedah oleh pemangsa yang berkeliaran. Penyu ini juga boleh tertangkap oleh nelayan menggunakan jaring insang, jaring hantu, dan sangkar ketam.[8] Pencemaran juga mengancam populasi haiwan ini.[8]
Kaedah pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2003, rancangan pemuliharaan telah diadakan.[4] Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar kematian anak penyu disebabkan penjualan telur-telurnya yang tidak terkawal.[4] Di Taman Negara Kakadu, sebuah program pengawasan telah dijalankan untuk memantau spesies ini.[4] Habitat dan taburan haiwan ini berjaya dikenal pasti dan dilindungi.[4] Malah, kini masyarakat antarabangsa juga dilihat lebih prihatin dalam menyampaikan informasi mengenai pengawasan dan pemuliharaan.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Red List Standards.; Petitions Subcommittee (1996). "Natator depressus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996: e.T14363A4435952. doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T14363A4435952.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 14 Januari 2022.
- ^ Colin J. Limpus, The Flatback Turtle, Chelonia depressa Garman in Southeast Queensland, Australia, Herpetologica, Vol. 27, No. 4 (Dec., 1971), pp. 431-446
- ^ a b c d e f g h Taylor, Robert (Mei 2006). "Flatback Turtle Natator depressus" (PDF). THREATENED SPECIES OF THE NORTHERN TERRITORY. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Mac 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Natator depressus (Flatback)". www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2017-07-10.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Natator depressus (Flatback Turtle)". Animal Diversity Web. Dicapai pada 2016-02-29.
- ^ a b c d "Flatback Turtle". SEE Turtles. Dicapai pada 2016-03-04.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Environment, jurisdiction=Commonwealth of Australia; corporateName=Department of the. "Natator depressus — Flatback Turtle". www.environment.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-03-04.
- ^ a b c d e f g "Flatback Turtle - Natator depressus - Details". Encyclopedia of Life. Dicapai pada 25 Mac 2016.
- ^ a b c Limpus, Colin (November 2007). "A Biolological Review of Australian Marine Turtles. 5. Flatback Turtle Natator depressus (Garman)" (PDF). The State of Queensland. Environmental Protection Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-28.
- ^ a b c d e f g Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:3
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penyu pipih |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Penyu pipih |