Pendudukan Paksi ke atas Yunani
Pendudukan Yunani oleh Jerman, Itali, dan Bulgaria | |
---|---|
Pendudukan Yunani oleh Kuasa Paksi (Yunani: Η Κατοχή , I Katochi, 'pendudukan') bermula pada April 1941 selepas Jerman Nazi menceroboh Yunani untuk membantu sekutunya, Fasis Itali, yang telah berperang dengan Pihak Bersekutu dipihakkan Yunani sejak Oktober 1940. Selepas penaklukan Crete, seluruh Greece telah diduduki menjelang Jun 1941. Pendudukan tanah besar berakhir setelah Jerman dan sekutunya Bulgaria terpaksa berundur dibawah tekanan pihak Bersekutu pada awal Oktober 1944. Namun, garison Jerman kekal menguasai Crete dan beberapa kepulauan Aegea lain sehingga berakhirnya Perang Dunia II di Eropah, menyerahkan pulau-pulau ini pada Mei dan Jun 1945.
Fasis Itali pada awalnya mengisytiharkan perang dan menceroboh Yunani pada Oktober 1940, tetapi Tentera Yunani berjaya menolak kembali tentera penceroboh ke negara jiran Albania, waktu itu adalah protektorat Itali. Jerman Nazi campur tangan bagi pihak sekutunya di selatan Eropah. Sementara kebanyakan Tentera Yunani telah dipindahkan ke barisan hadapan Albania untuk menangkis serangan balas tanpa henti Itali, satu kempen pantas Blitzkrieg Jerman bermula pada April 1941, dan pada Jun (dengan penaklukan Crete) Yunani telah dikalahkan dan dijajah. Kerajaan Greek dibuang negeri, dan sebuah kerajaan boneka pro Paksi telah ditubuhkan di negara itu. Wilayah Yunani yang ditakluk telah dibahagikan kepada zon-zon pendudukan dikendalikan oleh Kuasa Paksi, dengan pihak Jerman sendiri mentadbir wilayah terpenting negara itu, termasuk Athens, Thessaloniki dan Kepulauan Aegea yang strategik. Wilayah-wilayah lain negara itu diberikan kepada rakan Jerman, iaitu Itali dan Bulgaria.
Pendudukan ini menghancurkan ekonomi Yunani dan membawa penderitaan yang amat teruk kepada penduduk awamnya.[1] Sebahagian besar negara Yunani mengalami kehancuran industrinya (80% darinya musnah), infrastruktur (28% musnah), pelabuhan, jalan raya, jalan keretapi dan jambatan (90%), hutan dan sumber semula jadi lain (25%)[2][3][4] dan kehilangan nyawa orang awam (7.02–11.17% dari jumlah rakyatnya).[5][6] Lebih 40,000 orang awam terkorban di Athens sahaja akibat kebuluran, dan puluhan ribu lagi mati akibat pembalasan oleh pihak Nazi dan konco-konconya.[7]
Kependudukan Yahudi yang ada Yunani hampir dihapuskan: dari populasi sebelum perang yang berjumlah 75–77,000 orang, hanya sekitar 11–12,000 orang terselamat sama ada dari penyertaan dalam pasukan pemberontakan mahupun disembunyikan.[8] Kebanyakan mereka yang mati dihantar ke Auschwitz, manakala mereka yang di Thrace, dibawah pendudukan Bulgaria, telah dihantar ke Treblinka. Pihak Itali tidak mengusir orang Yahudi yang tinggal di wilayah kekuasaan mereka, tetapi apabila pihak Jerman mengambil alih, orang Yahudi yang tinggal disana juga diusir.
Pada masa yang sama Pemberontak Greece telah ditubuhkan. Kumpulan pemberontak ini melancarkan serangan gerila terhadap kuasa-kuasa penjajah, berjuang menentang kolaborator Batalion Sekuriti, dan menubuhkan rangkaian pengintip. Menjelang akhir tahun 1943 kumpulan penentang mula berperang sesama sendiri. Apabila tanah besar dibebaskan pada Oktober 1944, Greece berada dalam keadaan polarisasi politik, yang kelak menyebabkan tercetusnya Perang Saudara Yunani. Perang saudara selepasnya memberi peluang kepada ramai kolaborator penting Nazi yang bukan hanya untuk melepaskan diri dari hukuman (sebab antikomunisme), tetapi menjadi kelas pemerintah Yunani pasca-perang, selepas kekalahan komunis.[9][10]
Pemberontak Yunani membunuh 21,087 orang askar Paksi (17,536 Jerman, 2,739 Itali, 1,532 Bulgaria) dan menangkap 6,463 (2,102 Jerman, 2,109 Itali, 2,252 Bulgaria), manakala seramai 20,650 orang askar partisan Yunani terkorban dan sejumlah yang tidak diketahui telah ditangkap.[11]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Martin Seckendorf; Günter Keber; u.a.; Bundesarchiv (Hrsg.): Die Okkupationspolitik des deutschen Faschismus in Jugoslawien, Griechenland, Albanien, Italien und Ungarn (1941–1945) Hüthig, Berlin 1992; Decker/ Müller, Heidelberg 2000. Reihe: Europa unterm Hakenkreuz Band 6, ISBN 3-8226-1892-6
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2015. Dicapai pada 21 October 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Τα ερείπια της γερμανικής κατοχής στην Ελλάδα (μέρος 2ο)". news247.gr.
- ^ "Οι μεγάλες καταστροφές και το γερμανικό χρέος στην Ελλάδα μέσα από ντοκουμέντα". Newsbeast.gr. 5 March 2015.
- ^ "Council for Reparations from Germany, Black Book of the Occupation(In Greek and German) Athens 2006 p. 1018–1019" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 July 2011. Dicapai pada 15 June 2011.
- ^ Gregory, Frumkin. Population Changes in Europe Since 1939, Geneva 1951. pp. 89-91
- ^ Mazower (2001), p. 155
- ^ Munoz, Antonio J. The German Secret Field Police in Greece, 1941–44, Jefferson: MacFarland & Company, Inc., 2018 pages 95.
- ^ Giannis Katris, The Birth of Neofascism in Greece, 1971
- ^ Andreas Papandreou, Democracy at Gunpoint (Η Δημοκρατία στο απόσπασμα)
- ^ "Council for Reparations from Germany, Black Book of the Occupation (in Greek and German), Athens 2006, p. 125-126" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 March 2014. Dicapai pada 4 March 2016.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Brownfeld, Peter E. (2003). "The Italian Holocaust: The Story of an Assimilated Jewish Community". American Council for Judaism. Dicapai pada 7 December 2014.
- Dorril, Stephen (2002). MI6: Inside the Covert World of Her Majesty's Secret Intelligence Service (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. ISBN 978-0-7432-1778-1.
- Fischer, Bernd Jürgen (1999). Albania at War, 1939–1945. C. Hurst & Co. Publishers. ISBN 978-1-85065-531-2.
- Fonzi, Paolo (2019). Fame di guerra. L'occupazione italiana della Grecia (1941-1943) [War Hunger. The Italian Occupation of Greece 1941-1943] (dalam bahasa Itali). Carocci. ISBN 978-8843099481.
- Hatziiosif, Christos; Papastratis, Prokopis, penyunting (2007). Ιστορία της Ελλάδας του 20ού αιώνα, Γ' Τόμος: Β' Παγκόσμιος Πόλεμος. Κατοχή - Αντίσταση 1940–1945, Μέρος 1ο [History of Greece in the 20th Century, Volume III: World War II. Occupation and Resistance 1940–1945, Part 1]. Athens: Bibliorama. ISBN 978-960-8087-05-7.
- Hatziiosif, Christos; Papastratis, Prokopis, penyunting (2007). Ιστορία της Ελλάδας του 20ού αιώνα, Γ' Τόμος: Β' Παγκόσμιος Πόλεμος. Κατοχή - Αντίσταση 1940–1945, Μέρος 2ο [History of Greece in the 20th Century, Volume III: World War II. Occupation and Resistance 1940–1945, Part 2]. Athens: Bibliorama. ISBN 978-960-8087-06-4.
- Karras, Georgios (1985). "The Revolution that Failed: The story of the Greek Communist Party in the period 1941–49". Dept. Of Political Studies. University of Manitoba, Canada: unpublished M.A. Thesis.
- Knopp, Guido (2009). Die Wehrmacht – Eine Bilanz (dalam bahasa Jerman). Goldmann. ISBN 978-3-442-15561-3.
- Iatrides, John; Wrigley, Linda (1995). Greece at the crossroads: the Civil War and its legacy. Penn State Press. ISBN 0-271-01411-3.
- Iatrides, John O. (2015). Revolt in Athens: The Greek Communist "Second Round," 1944–1945 (dalam bahasa Inggeris). Princeton University Press. ISBN 978-1-4008-6957-2.
- Mazower, Mark (1995). Inside Hitler's Greece: The Experience of Occupation, 1941–44. Yale University Press. ISBN 0-300-08923-6.
- Mazower, Mark (2000). After the War was Over: Reconstructing the Family, Nation, and State in Greece, 1943–1960. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-05842-9.
- Mazower, Mark (2004). Salonica, City of Ghosts. Harper Collins. ISBN 0-00-712022-2.
- Meyer, Hermann Frank (2008). Blutiges Edelweiß: Die 1. Gebirgs-division im zweiten Weltkrieg [Bloodstained Edelweiss. The 1st Mountain-Division in WWII] (dalam bahasa Jerman). Ch. Links Verlag. ISBN 978-3-86153-447-1.
- Miller, Marshall Lee (1975). Bulgaria during the Second World War. Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-0870-8.
- Munoz, Antonio J. (2018). The German Secret Field Police in Greece, 1941–44. MacFarland & Company, Inc. ISBN 978-1-4766-6784-3.
- German Antiguerrilla Operations in The Balkans (1941–1944). Washington DC: Center of Military History. 1953.
- Helger, Bengt (1949). Ravitaillement de la Grèce, pendant l'occupation 1941–44 et pendant les premiers cinq mois après la liberation. Rapport final de la Commission de Gestion pour les Secours en Grèce sous les auspices du Comité International de la Croix-Rouge (dalam bahasa Perancis). Société Hellenique d'Editions.
- Santarelli, Lidia (2004). "Muted violence: Italian war crimes in occupied Greece". Journal of Modern Italian Studies. 9 (3): 280–299. doi:10.1080/1354571042000254728. S2CID 143570472.
- Shrader, Charles R. (1999). The withered vine: logistics and the communist insurgency in Greece, 1945–1949. Greenwood Publishing Group. m/s. 38. ISBN 978-0-275-96544-0. Dicapai pada 16 October 2010.
- Weinberg, Gerhard (2005). A World at Arms A Global History of World War Two. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-61826-7.
- Voglis, Polymeris (2006). "Surviving Hunger: Life in the Cities and the Countryside during the Occupation". Dalam Gildea, Robert; Wievorka, Olivier; Warring, Anette (penyunting). Surviving Hitler and Mussolini: Daily Life in Occupied Europe. Oxford: Berg. m/s. 16–41. ISBN 978-1-84520-181-4.
- Wievorka, Olivier; Tebinka, Jacek (2006). "Resisters: From Everyday Life to Counter-state". Dalam Gildea, Robert; Wievorka, Olivier; Warring, Anette (penyunting). Surviving Hitler and Mussolini: Daily Life in Occupied Europe. Oxford: Berg. m/s. 153–176. ISBN 978-1-84520-181-4.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Doxiades, Constantinos. THE GREEK SACRIFICE IN WORLD WAR II (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 August 2013. Dicapai pada 8 December 2014.
- Antaios, Petros; Aronis, Panagiotis; Glesos, Malonis (2006). Η Μαύρη Βίβλος της Κατοχής/ Schwarzbuch der Besatzung [The Black Book of Occupation] (PDF) (dalam bahasa Greek dan Jerman) (ed. 2nd). Athens. ISBN 978-960-89102-1-8. Dicapai pada 11 June 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Greece’s sacrifices during World War II (plates from the book published in 1946 by Konstantinos Doxiadis on behalf of the Greek government)
- The Catastrophe of Salonikan Jewry and the Looting of their Property, online lecture by Dr. Nikos Tzafleris, Postdoctoral Researcher at the Aristotle University of Thessaloniki, yadvashem.org. Retrieved 8 December 2014
- Memorandum to the Note to the Greek Government, 6 April 1941, historicalresources.org. Retrieved 8 December 2014
- Note of the Reich Government to the Greek Government, 6 April 1941, historicalresources.org. Retrieved 8 December 2014
- Greece during World War II, ww2.gr. Retrieved 8 December 2014
- Pictures of the German Army in Greece and Greek collaborationists, ethniko.net. Retrieved 8 December 2014