Pergi ke kandungan

Kriti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Crete)
Greece dan Crete

Kriti (Yunani: Κρήτη, Arab: إقريطش, rumi: Iqrītisy, Bahasa Turki Uthmaniyah: گريد - bahasa Inggeris: Crete[nota 1], bahasa Belanda: Kreta[nota 2]) ialah pulau terbesar Yunani dan merupakan terbesar kelima di Laut Tengah.

Sejak peristiwa di Crete termasuk laman arkeologi di Knossos, Phaistos, Gortys dan banyak tempat lainnya, Istana Venesia di Rethimno, Jurang Samaria dan banyak jurang kecil lainnya (Agial Irini, Aradena, dan lain-lain).

Pulau ini merupakan tempat asal Tamadun Minos (kira-kira 3000-1400 SM, salah satu kebudayaan pertama yang wujud di Eropah.

Pulau kriti bertindihan antara dua zon iklim iaitu Laut Tengah dan Laut Afrika Utara, namun kebanyakan kawasan pualu tersebut menghadap Laut Tengah (atau Mediterranean), maka ia beriklim Mediterranean. Keadaan udara persekitarannya cenderung lembap bergnatung kepada dekatnya lokasi setempat kepada laut. Musim sejuk cenderung sederhana; salji sering kelihatan pada kawasan pergunungan antara bulan-bulan November dan Mei, namun kejadian ini jarang di jawasan tanah rendah.

Pulau ini merupakan pulau paling berpenghuni di Yunani dengan kependudukan melebihi 600,000 orang. Sebanyak 42% daripada warga pulau ini hidup di kota dan bandar utama pulau ini manakala 45% yang lain duduk di pedalaman pulau.[1]

  1. ^ disebut [krit], lebih dipakai di Malaysia, Singapura dan Brunei
  2. ^ disebut [kré-ta], lebih dipinjamkan di Indonesia
  1. ^ Crete, m/s.44, oleh Victoria Kyriakopoulos.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]