Pergi ke kandungan

Pelé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pele)
Pelé
Pelé pada tahun 1995
Kelahiran
Edson Arantes do Nascimento

(1940-10-23)23 Oktober 1940
Três Corações, Minas Gerais, Brazil
Meninggal dunia29 Disember 2022(2022-12-29) (umur 82)
São Paulo, Brazil
DikebumikanMemorial Necrópole Ecumênica, Santos, São Paulo
Pekerjaan
  • Pemain Bola Sepak
  • Aktivis Kemanusiaan
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
Pasangan
  • Rosemeri dos Reis Cholbi (k. 1966; c. 1982)
  • Assíria Lemos Seixas (k. 1994; c. 2008)
  • Marcia Aoki (k. 2016)
Anak-anak7, termasuk Edinho
Ibu bapaJoão Ramos do Nascimento (bapa)

Kerjaya bolasepak persatuan
Posisi permainan Penyerang, pemain tengah
Kerjaya remaja
1953–1956 Bauru
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1956–1974 Santos 636 (618)
1975–1977 New York Cosmos 64 (37)
Jumlah 700 (655)
Pasukan kebangsaan
1957–1971 Brazil 92 (77)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Menteri Sukan Brazil
Dalam jawatan
1 Januari 1995 – 30 April 1998
PresidenFernando Henrique Cardoso
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Digantikan olehRafael Greca (1999)

Edison "Edson" Arantes do Nascimento (23 Oktober 1940 – 29 Disember 2022), lebih dikenali sebagai nama gelarannya Pelé (sebutan dalam bahasa Portugis: [peˈlɛ], sebutan bahasa Inggeris: /ˈpɛleɪ/) ialah bekas pemain bola sepak Brazil.

Beliau dianggap oleh kebanyakan pakar bola sepak dan bekas pemain sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.[1]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Edson Arantes do Nascimento lahir pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, negeri Minas Gerais, Brazil. Beliau anak sulung daripada dua adik-beradik[2] kepada Celeste Arantes dan João Ramos "Dondinho" do Nascimento, pemain bola sepak kelab Fluminense FC. Beliau dinamakan sempena Thomas Edison, pencipta Amerika Syarikat terkenal,[3] dengan dibuangkan huruf "i" menjadi "Edson" sendiri - namun sijil kelahirannya silap mencatatkan namanya sebagai "Edison".[3][4]

Pelé hidup dalam kemiskinan di Sao Paulo. Dia mencari wang tambahan sebagai pelayan di kedai teh setempat. Dia kemudian menyertai dengan kelab lokal Bauru sejak 1952 namun Pelé tidak mampu membeli kasut bola; beliau berlatih main menggunakan sarung kaki berisi surat khabar atau buah limau gedang sebagai "bola"nya.

Beliau mendapat nama gelaran "Pelé" semasa zaman sekolahnya hasil pelat menyebut nama pemain kegemarannya, Bilé yang berposisi menjaga gawang dalam CR Vasco da Gama - nama tersebut daripada bahasa Ibrani (פֶּ֫לֶא) bermaksud "keajaiban"[5] - pelat tersebut menjadi bahan usikan rakan-rakannya.[2]

Kerjaya sukan tempatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956, Pelé mengikuti seleksi pemain bola sepak di kelab Santos, sebuah kelab kecil di luar Sao Paulo. Pemandu bakat yang melihatnya kemudian berkata kepada Presiden kelab bahawa anak 15 tahun yang bernama Pelé akan menjadi "pemain terbaik dunia" Pelé kemudian memulai debutnya di Santos pada 7 September 1957 mencetak 1 gol dalam kemenangan 7-1 melawan Corinthians dalam pertandingan eksebisi. Ketika liga dimulai Pelé telah mendapatkan tempat utama dalam pasukan senior Santos. Pada akhir musim perlawanan, Pelé keluar sebagai top scorer liga pada umur 16 tahun. Hanya dalam tempoh singkat, Pelé kemudian dipanggil untuk bergabung dengan skuat pasukan nasional Brazil. Sesudah penampilannya di Piala Dunia 1962, pasukan raksasa eropa seperti Real Madrid, Manchester United dan Juventus mulai mengincarnya. Namun hal ini dicegah oleh pemerintah Brazil dengan mengatakan bahawa Pelé adalah bagian dari harta karun negara dan tidak diperbolehkan bermain bola sepak di luar Brazil. jmpl|Pelé 1960 Trofi pertama untuk Pelé bersama Santos adalah Campeonato Paulista atau juara liga di mana Pelé secara menakjubkan keluar sebagai pancetak gol terbanyak dengan 56 gol, sebuah rekor yang tetap bertahan sampai sekarang. Setahun kemudian O Rei mempersembahkan trofi Torneio Rio-São Paulo di mana Santos mengalahkan Vasco da Gama 3-0. Sayangnya Santos tidak mampu mempertahankan trofi Campeonato Paulista. Pada 1960 Pelé berhasil membawa Santos memenangkan trofi Campeonato Paulista akan tetapi kalah dalam Torneio Rio-São Paulo. Pelé menyelesaikan kompetisi dengan mencetak 47 gol. Sepanjang kariernya di Santos Pelé telah mempersembahkan 10 trofi Campeonato Paulista, 4 trofi Torneio Rio-São Paulo, 5 trofi Taca Brazil, 1 trofi Recopa Int. dan trofi Torneio Roberto Gomes Pedrosa. Santos kemudian berpartisipasi dalam Copa Libertadores, perlawanan paling bergengsi di Amerika Selatan, di mana Pelé berhasil membawa Santos meraih trofi tersebut 2 kali pada tahun 1962 dan 1963 dan menjadi Top Skorer perlawanan pada 1965.[6][7][8] Pelé juga mengantarkan Santos menjuarai Piala Interkontinental yang sekarang menjadi perlawanan Piala Dunia Antarklub pada tahun 1962 mengalahkan Benfica 3-2 dan 4-2 dan 1963, mengalahkan AC Milan 2-4, 4-2 dan play-off 1-0. Pada 19 November 1969 Pelé mencetak gol ke 1.000-nya untuk Santos. Gol itu dicetak Pelé ketika berhadapan dengan Vasco da Gama lewat tendangan penalti. Penampilan Pelé bersama Santos telah membuatnya berkeliling dunia dalam berbagai laga eksebisi. Salah satunya pada 1967 di mana Santos bersama Pelé tampil di Nigeria di tengah-tengah perang saudara. Tampilnya Pelé membuat perang tersebut mengalami gencatan senjata selama 48 jam agar rakyat bisa menyaksikan Pelé tampil dalam laga eksebisi di Lagos, Nigeria.

Pelé tamat khidmatnya sebagai pemain Santos pada tahun 1972; selama 17 tahun kariernya bersama Santos Pelé telah mengutip sejumlah 1,115 buah penampilan dan meriah 1,091 gol - suatu catatan menonjol bagi kelab tersebut.

New York Cosmos

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1974, Pelé tampil sebagai duta bola sepak untuk Amerika Serikat dalam rangka memopulerkan bola sepak bersama dengan Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff. Pelé bergabung dengan kelab New York Cosmos. Walaupun telah berumur 34 tahun, namun kemampuan Pelé masih memukau. Dia bahkan mengantarkan New York Cosmos menjadi juara NASL (North American Soccer League) pada tahun ketiga nya. Total Pelé tampil dalam 107 pertandingan dan mencetak 64 gol.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Karier Pelé bersama Brazil dimulai pada 7 Juli 1957 di mana Brazil kalah oleh Argentina 2-1. Pelé mencetak salah satu gol dalam pertandingan itu pada usia 16 tahun 9 bulan, sebuah rekor untuk Brazil sebagai pemain termuda yang pernah tampil untuk Brazil.

Piala Dunia 1958

[sunting | sunting sumber]

jmpl|Pelé menangis ketika meraih gelar Piala Dunia pertama. Pertandingan pertama Pelé dalam piala dunia adalah melawan Kesatuan Soviet. Ia adalah pemain termuda dalam perlawanan itu. Pelé kemudian mencetak gol pertama untuk Brazil ketika melawan Pasukan nasional Wales yang mengantarkan Brazil ke separuh akhir melawan Perancis. Pada babak pertama Brazil telah unggul 2-1, kemudian Pelé mencetak hattrick, menjadi pemain termuda pertama yang melakukannya. Brazil unggul 5-1 atas Perancis. Pada perlawanan akhir melawan tuan rumah Sweden, Pelé menjadi orang termuda yang pernah tampil dalam perlawanan akhir Piala Dunia dalam usia 17 tahun 249 hari. Dia mencetak 2 gol pada pertandingan itu, salah satunya di daulat sebagai salah satu gol terindah dalam sejarah Piala Dunia, sebuah lob melewati kepala bek Sweden dan disusul oleh tendangan keras terarah ke arah gawang Sweden yang dijaga oleh Kalle Svensson. Pertandingan itu sendiri dimenangi oleh Brazil 5-2. Pelé kemudian menjadi runner-up top scorer dalam perlawanan tersebut, di bawah Just Fontaine dengan 6 gol. Brazil pun meraih trofi Piala Dunia nya yang pertama dalam sejarah.[9]

Piala Dunia 1962

[sunting | sunting sumber]

Pelé memulai pertandingan melawan Mexico di mana Pelé memberi 1 assist dan kemudian mencetak gol kedua setelah melewati 4 pemain Mexico. Pertandingan itu sendiri berkesudahan 2-0. Sayangnya Pelé cedera ketika melawan Czechoslovakia lalu terpaksa tidak hadir sepanjang perlawanan, perannya dalam pasukan Brazil digantikan oleh Garrincha yang berhasil membawa Brazil meraih gelar Piala Dunia ke duanya.

Piala Dunia 1966

[sunting | sunting sumber]

Turnamen ini dimulai dengan kontroversi di mana Pelé menjadi target tekel-tekel brutal oleh pemain Bulgaria dan Portugal. Saat itu pergantian pemain belum diperbolehkan dalam pertandingan. Brazil kemudian tersingkir di babak awal. Pelé kemudian bersumpah untuk tidak lagi berpartisipasi dalam Piala Dunia. Ia kemudian mengubah keputusannya itu. Inggris kemudian memenangkan gelar Piala Dunia mereka yang pertama.

Piala Dunia 1970

[sunting | sunting sumber]

Pelé dipanggil untuk memperkuat pasukan Brazil pada 1969, namun ia menolaknya. Setahun kemudian ia kemudaian menyetujuinya dengan bermain untuk pasukan Brazil selama Piala Dunia 1970 dengan mencetak 6 gol. Pasukan Brazil saat itu disebut-sebut sebagai pasukan terbaik sepanjang masa dengan Pelé, Rivelino, Jairzinho, Tostão, Gérson, Carlos Alberto Torres dan Clodoaldo sebagai anggotanya. Pertandingan pertama Brazil berhadapan dengan Cekoslowakia dengan skor akhir 4-1.

Brazil kemudian berhadapan dengan juara bertahan Inggeris di mana Pelé hampir mencetak gol pertama lewat sundulan ke tiang jauh akan tetapi secara luar biasa diselamatkan oleh penjaga gawang Inggeris, Gordon Banks. Pertandingan itu sendiri dimenangkan oleh Brazil 1-0. Lawan berikutnya Rumania pun kalah oleh Seleção 3-2 di mana Pelé mencetak gol pembuka lewat tendangan bebas. Peru adalah lawan Brazil berikutnya dengan bintang mudanya Teófilo Cubillas, Seleção kembali melaju lewat kemenangan 4-2 di mana Pelé memberikan assist kepada Tostão untuk mencetak gol ke-3 bagi Brazil.

Semifinal mempertemukan Brazil dengan Uruguay untuk pertama kalinya sejak perlawanan akhir Piala Dunia 1950 di Brazil di mana Uruguay menghadirkan kedukaan yang mendalam untuk rakyat Brazil. Pertandingan yang penuh emosi bagi rakyat Brazil dimenangkan oleh Seleção 3-1. Itali lawan Seleção di pusingan akhir di mana Pelé mencetak gol pembuka laga. Brazil pun menyelesaikan pertandingan dengan keunggulan 4-1 di mana gol terakhir menunjukkan dominasi Brazil dalam pertandingan ini. Bola yang dibawa perlahan dari daerah pertahanan sendiri berhasil disarangkan ke gawang Itali tanpa bisa disentuh sekali pun oleh para pemain Itali. Pelé menyelesaikan perlawanan dengan mencetak 6 gol. Trofi Jules Rimet pun menjadi milik Brazil selamanya.

Selama dalam pasukan Seleção, Pelé tampil sebanyak 92 kali dengan mencetak 77 gol (rekor gol terbanyak untuk Brazil sampai saat ini).

Persaraan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1994, Pelé dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF.[10] Pada 1995, Presiden Brazil Fernando Henrique Cardoso melantik Pelé sebagai menteri sukan luaran. Dalam tempoh jawatannya, beliau mengusul perundangan untuk mengekang korupsi dalam bola sepak negara, dan digelar sebagai "undang-undang Pelé."[11] Cardoso menyingkirkan jawatan tersebut pada 1998.[12] Pada 2001, Pelé didakwa akibat skandal korupsi melibatkan pencurian $700,000 daripada UNICEF. Dakwaan itu menyatakan bahawa wang yang diberi kepada syarikat Pelé's bagi tujuan perlawanan amal tidak dikembalikan selepas dibatalkan, meskipun tiada bukti sahih diperoleh, dan dinafikan UNICEF.[13][14] Pada 1997, beliau dianugerahi darjah kesatria daripada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.[15] Pelé juga merasmikan pentas akhir Piala Dunia FIFA 2006 bersama dengan model Claudia Schiffer.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Peringkat negara

[sunting | sunting sumber]

Brazil Brazil

Peringkat kelab

[sunting | sunting sumber]

Brazil Santos

Amerika Syarikat New York Cosmos

  • North American Soccer League, Soccer Bowl (1): 1977
  • North American Soccer League, Atlantic Conference Championship (1): 1977

Total, Pelé berhasil meraih 40 titel resmi.[25][26]

[27]

Kehormatan diberi

[sunting | sunting sumber]
  • Pemain Terbaik Amerika Selatan: 1973[38]
  • Dilantik National Soccer Hall of Fame Amerika pada 1993.[39]
  • Knight Commander of the Order of the British Empire: 1997
  • Pada tahun 1989, Korea Utara mencetak setem bergambar Pelé.[40]
  • UNICEF Football Player of the Century: 1999
  • Salah satu dari 100 "Orang Paling Penting pada Abad ke-20" majalah TIME: 1999[41]
  • Player of the Century FIFA: 2000[42] Diego Maradona [43][44]
  • Football Player of the Century, dipilih oleh France Football's Golden Ball Winners: 1999[45]
  • Football Player of the Century, oleh IFFHS: 1999
  • South America Football Player of the Century, oleh IFFHS: 1999
  • Laureus World Sports Awards, Penghargaan Lifetime Achievement dari Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela: 2000
  • Honoris Causa dari Universiti Edinburgh: 2012[46]
  • Hadiah dari Akademi Sukan Perancis: 1971
  • Red Medal of Paris, oleh Dewan Bandar Raya Perancis: 1971
  • Sword of Soccer Honor, oleh English Soccer Annual (orang non-British pertama yang mendapat penghargaan ini): 1966
  • Kesateria Legion d’Honneur Pemerintah Perancis: 1963[47]
  1. ^ "The Best of the Best". RecSportSoccerStatisticsFoundation.
  2. ^ a b Pelé & Fish 1977, m/s. 18–19.
  3. ^ a b Pelé 2008, m/s. 14.
  4. ^ Narcía, Eva. "Un siglo, diez historias" (dalam bahasa sp). BBC World Service. Dicapai pada 21 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Winterman, Denise (4 January 2006). "Taking the Pelé". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2008. Dicapai pada 1 July 2010. ...he hated his nickname so much he punched the classmate who came up with it, earning a two-day suspension from school. The word had no meaning in Portuguese so he presumed it was an insult, but recently he has found out that it means miracle in Hebrew..."I didn't want the name. Pele sounds like baby-talk in Portuguese."
  6. ^ a b "Intercontinental Cups 1962 and 1963". FIFA.com. Dicapai pada 19 November 2012.
  7. ^ "Pele's Santos go global". FIFA.com. Dicapai pada 19 November 2012.
  8. ^ (Sepanyol) "Competiciones, Copa Santander Libertadores". CONMEBOL. 18 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-12. Dicapai pada 18 May 2010.
  9. ^ Messi vs Pele: Siapa yang lebih baik?
  10. ^ "World Sport Humanitarian Hall of Fame Inductees – Pelé". Sports Humanitarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2011. Dicapai pada 5 May 2011.
  11. ^ "Pele Law on sports introduced in Brazil". BBC News. 25 March 1998. Dicapai pada 9 July 2017.
  12. ^ "Pele is dropped as Brazilian Sports Minister". Dicapai pada 28 August 2020.
  13. ^ "UNICEF denies Pele corruption reports". SportBusiness.com. Reuters. 23 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2012. Dicapai pada 21 January 2016.
  14. ^ Pelé slips from Brazil pedestal Diarkibkan 20 Februari 2017 di Wayback Machine, The Observer, 25 November 2001.
  15. ^ "Education: Sir Pele lends his support". The Independent. 3 December 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2022. Dicapai pada 6 May 2011.
  16. ^ http://www.rsssf.com/miscellaneous/pele-intlg.html
  17. ^ a b http://www.rsssf.com/tableso/ocruz.html
  18. ^ http://www.rsssf.com/tableso/ohiggins.html
  19. ^ http://www.rsssf.com/tablesa/atlantico.html
  20. ^ a b http://www.rsssf.com/sacups/supcopa68.html
  21. ^ Pelé – Títulos Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine Santos Futebol Clube. Retrieved 6 May 2011
  22. ^ The 1964 Torneio Rio-São Paulo was held jointly with Botafogo.
  23. ^ "Santos Futebol Clube – Site Oficial". Santos.globo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 12 June 2010.
  24. ^ The 1973 Paulista was held jointly with Portuguesa.
  25. ^ http://www.santosfc.com.br/pele/conteudo.asp?id=27678[pautan mati kekal]
  26. ^ http://www.campeoesdofutebol.com.br/pele_titulos.html
  27. ^ Pelé: ENGLAND ARE WORLD CUP THREAT, Sportinglife.com. Retrieved 27 March 2007.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-12. Dicapai pada 2020-08-03.
  29. ^ South American Championship 1959, Scorers' List RSSSF. Retrieved 6 May 2011
  30. ^ a b c 1958 FIFA World Cup Sweden Diarkibkan 2013-05-13 di Wayback Machine FIFA.com. Retrieved 6 May 2011
  31. ^ Pelé – I was there Diarkibkan 2013-01-13 di Wayback Machine FIFA. Retrieved 5 May 2011
  32. ^ http://www.rsssf.com/tabless/sachampfulltrivia.html#best-players
  33. ^ Ingo Faulhaber. "IFFHS". Iffhs.de. Dicapai pada 19 November 2012.
  34. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-02. Dicapai pada 2020-08-03.
  35. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 2020-08-03.
  36. ^ http://goldenfoot.com/pele-the-king-to-be-crowned-in-monte-carlo-at-10th-edition-of-the-golden-foot-awards Diarkibkan 2013-01-15 di Wayback Machine <Golden Foot. Retrieved 8 January 2013/
  37. ^ To Honour Football's greatest player: "O Rey" Pelé Diarkibkan 2013-01-20 di Wayback Machine Golden Foot. Retrieved 8 January 2013 /
  38. ^ South American Player of the Year 1973 RSSSF. Retrieved 6 May 2011
  39. ^ "Hall of Famer Spotlight ... Pelé". Soccerhall.com. Dicapai pada 12 June 2010.
  40. ^ USSR Philately (dalam bahasa Russian). Moscow (1): 1. 1990. ISSN 0130—5689 Check |issn= value (bantuan). Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) – photo of this postage stamp
  41. ^ Henry Kissinger (14 June 1999) Time 100 – PELE: The Phenomenon Diarkibkan 2009-04-21 di Wayback Machine Time. Retrieved 22 May 2010
  42. ^ "PELÉ (Edson Arantes do Nascimento) - The King of football". FIFA.com. In section 'Individual' of the right hand sidebar: FIFA. Dicapai pada 17 May 2012.
  43. ^ The 20th century boys BBC Sport. Retrieved 6 May 2011
  44. ^ Split Decision – Pele, Maradona each win FIFA century awards after feud CNN Sports Illustrated. Retrieved 6 May 2011
  45. ^ France Football's Football Player of the Century Retrieved 1 May 2011
  46. ^ "Pelé to receive honorary degree" (Siaran akhbar). Universitas Edinburgh. 6 August 2012. Dicapai pada 9 August 2012.
  47. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2020-08-03.
Sumber utama

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]