Pergi ke kandungan

Darjah Empayar British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Empayar British
The Most Excellent Order of the British Empire
JenisGolongan kesatriaan, anugerah, gelaran kehormatan Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan4 Jun 1917 Sunting ini di Wikidata
NegaraUnited Kingdom Sunting ini di Wikidata
Cogan kataFor God and the Empire
PengasasGeorge V dari United Kingdom Sunting ini di Wikidata
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Diraja Victoria Sunting ini di Wikidata
Lebih rendahDarjah Mahkota India Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pingat anugerah OBE untuk penerima perempuan dan lelaki (kanan)

The Most Excellent Order of the British Empire ("Darjah Yang Paling Cemerlang Empayar British") adalah anugerah kesateriaan Great Britain ataupun England dikurniakan kepada rakyat jelata British atas sumbangan kepada sains dan kesenian, penglibatan dalam kerja amal kebajikan serta khidmat awam selain dalam jawatan kerajaan.[1] Anugerah kurniaan ini diasaskan oleh Raja George V pada 4 Jun 1917; ia terdiri dari lima kelas diberikan merentasi division awam dan ketenteraan ;[2] yang mana pangkat teratas seperti tersenarai di bawah adalah darjah tertinggi menurut turutan:

Darjah Kurniaan Yang Paling Cemerlang Empayar British[3]
Darjah Panggilan Parap kehormat Nota
Pertama Knight Grand Cross Sir GBE setaraf "Kesateria Utama"
Dame Grand Cross Dame
Kedua Knight Commander Sir KBE setaraf "Panglima"
Knight Commander Dame DBE
Ketiga Knight Commander CBE setaraf "Johan"
Keempat Officer OBE setaraf "Pegawai"
Kelima Member MBE setaraf "Ahli"

Terdapat satu lagi jenis anugerah iaitu “British Empire Medal” yang mana penerimanya bukan dari anggota pemerintah (bukan rakyat England). Anugerah tersebut sudah tidak lagi diguna pakai atau diberi di England pada masa kini, tetapi masih digunakan oleh beberapa negara-negara komanwel sahaja seperti Bahamas dan Kepulauan Cook.

Cogankata utama yang menghiasi kalung pingat darjah ini adalah For God and the Empire dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "Demi Tuhan dan Empayar".

  1. ^ "Order of the British Empire". The Official Website of the British Monarchy. The Royal Household. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2010. Dicapai pada 24 August 2009.
  2. ^ "No. 30250". The London Gazette (2nd supplement). 24 August 1917. m/s. 8791–8999.
  3. ^ "What is the difference between a CBE, OBE, MBE and a knighthood?". The Gazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Ogos 2020.