Jan Ceulemans
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Jan Anna Gumaar Ceulemans | ||
Tarikh lahir | 28 Februari 1957 | ||
Tempat lahir | Lier, Belgium | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1967–1974 | Lierse | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1974–1978 | Lierse | 110 | (39) |
1978–1992 | Club Brugge | 407 | (191) |
Jumlah | 517 | (230) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1977–1991 | Belgium | 96 | (22) |
Pasukan diurus | |||
1992–1996 | KSC Eendracht Aalst | ||
1997–1999 | Ingelmunster | ||
1999–2005 | Westerlo | ||
2005–2006 | Club Brugge | ||
2007–2012 | Westerlo | ||
2013–2014 | Cappellen | ||
2015– | Deinze | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Jan Anna Gumaar Ceulemans (lahir 28 Februari 1957) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi pemain tengah menyerang. Beliau merupakan pemain yang banyak memiliki kaps kebangsaan iaitu sebanyak 96 penampilan antarabangsa. Beliau juga termasuk dalam skuad Belgium yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Euro 1980 dan tempat keempat Piala Dunia 1986.
Beliau termasuk dalam senarai 125 pemain terhebat ketika hidup oleh Pelé pada Mac 2004.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Aksi Piala Dunia pertama Ceulemans bersama Belgium pada Piala Dunia 1982. Pada edisi seterusnya, beliau menjadi kapten pasukan kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia 1986. Beliau menjaringkan tiga gol pada kejohanan itu dan paling menarik ketika menanduk masuk menentang Sepanyol pada suku akhir. Beliau bersara daripada aksi kebangsaan selepas aksi Piala Dunia 1990. Beliau menjaringkan gol ketiga Belgium ketika menang 3-1 ke atas Uruguay namun tewas kepada England pada peringkat kalah mati.
Beliau kekal bersama kelab Club Brugge selama 13 tahun. Selepas bersara daripada bola sepak disebabkan kecederaan lutut, beliau menjadi jurulatih di KSC Eendracht Aalst pada 1992. Beliau berjaya membawa kelab itu ke Divisyen Pertama Belgium dan layak ke Piala UEFA. Beliau kemudian menjadi pengurus KVC Westerlo pada 1998 di mana kelab itu juga layak ke Piala UEFA. Beliau kembali ke Club Brugge di mana beliau menjadi pengurus selama tiga tahun sebelum dipecat pada 3 April 2006 disebabkan keputusan teruk.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 6 Jun 1980 | Brussels, Belgium | Romania | 1–1 | 2–1 | Persahabatan |
2 | 12 Jun 1980 | Turin, Itali | England | 1–1 | 1–1 | Euro 1980 |
3 | 21 Disember 1980 | Nicosia, Cyprus | Cyprus | 0–2 | 0–2 | Kelayakan Piala Dunia 1982 |
4 | 18 Februari 1981 | Brussels, Belgium | Cyprus | 3–2 | 3–2 | Kelayakan Piala Dunia 1982 |
5 | 25 Mac 1981 | Brussels, Belgium | Ireland | 1–0 | 1–0 | Kelayakan Piala Dunia 1982 |
6 | 29 April 1981 | Paris, Perancis | Perancis | 3–2 | 3–2 | Kelayakan Piala Dunia 1982 |
7 | 27 April 1983 | Brussels, Belgium | Jerman Timur | 1–1 | 2–1 | Kelayakan Euro 1984 |
8 | 6 Jun 1984 | Brussels, Belgium | Hungary | 1–0 | 2–2 | Persahabatan |
9 | 2–2 | |||||
10 | 19 Jun 1984 | Strasbourg, Perancis | Denmark | 1–0 | 2–3 | Euro 1984 |
11 | 15 Jun 1986 | León, Mexico | Kesatuan Soviet | 2–2 | 4–3(s.m.t.) | Piala Dunia 1986 |
12 | 22 Jun 1986 | Puebla, Mexico | Sepanyol | 1–0 | 1–1(5–4 (p)) | Piala Dunia 1986 |
13 | 28 Jun 1986 | Puebla, Mexico | Perancis | 1–0 | 2–4(s.m.t.) | Piala Dunia 1986 |
14 | 14 Oktober 1986 | Bandar Luxembourg, Luxembourg | Luxembourg | 0–5 | 0–6 | Kelayakan Euro 1988 |
15 | 11 November 1987 | Brussels, Belgium | Luxembourg | 1–0 | 3–0 | Kelayakan Euro 1988 |
16 | 26 Mac 1988 | Brussels, Belgium | Hungary | 1–0 | 3–0 | Persahabatan |
17 | 8 Jun 1989 | Ottawa, Kanada | Kanada | 0–1 | 0–2 | Persahabatan |
18 | 23 Ogos 1989 | Brugge, Belgium | Denmark | 2–0 | 3–0 | Persahabatan |
19 | 3–0 | |||||
20 | 6 September 1989 | Brussels, Belgium | Portugal | 1–0 | 3–0 | Kelayakan Piala Dunia 1990 |
21 | 17 Jun 1990 | Verona, Itali | Uruguay | 3–0 | 3–1 | Piala Dunia 1990 |
22 | 27 Februari 1991 | Brussels, Belgium | Luxembourg | 2–0 | 3–0 | Kelayakan Euro 1992 |
≈≈==Penghargaan==
- Divisyen Pertama Belgium: 1980, 1988, 1990, 1992
- Piala Belgium: 1986, 1991
- Piala Super Belgium: 1980, 1986, 1988, 1990, 1991