Pedro II dari Brazil
Pedro II | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Brazil | |||||
Pemerintahan | 7 April 1831 – 15 November 1889 | ||||
Kemahkotaan | 18 Julai 1841 | ||||
Didahului oleh | Pedro I | ||||
Diikuti oleh | pemerintahan beraja dimansuhkan Republik Brazil Pertama Deodoro da Fonseca (sebagai presiden) | ||||
Pemangku raja | Lihat senarai (1831–1840) | ||||
Perdana Menteri | Lihat senarai | ||||
Ketua Imperial Rumah Brazil | |||||
Tenure | 7 April 1831 – 5 Disember 1891 | ||||
Didahului oleh | Pedro I, Maharaja Brazil | ||||
Diikuti oleh | Isabel, Puteri Empayar | ||||
Keputeraan | Istana São Cristóvão, Rio de Janeiro, Empayar Brazil | 2 Disember 1825||||
Kemangkatan | 5 Disember 1891 Paris, Perancis | (umur 66)||||
Pemakaman | Katedral São Pedro de Alcântara, Petrópolis | ||||
Pasangan | Teresa Cristina dari Kerajaan Dua Sicilia | ||||
Anakanda detail | |||||
| |||||
Kerabat | Rumah Braganza | ||||
Ayahanda | Pedro I dari Brazil | ||||
Bonda | Maria Leopoldina dari Austria | ||||
Agama | Gereja Katolik Rom | ||||
Tandatangan |
Dom Pedro II ([pé.dru], 2 Disember 1825 — 5 Disember 1891), digelar "o Magnânimo (Yang Berbudi)",[1] ialah pemerintah kedua dan terakhir Empayar Brazil yang memerintah lebih 58 tahun. Baginda diputerakan di Rio de Janeiro dan merupakan putera ketujuh Maharaja Dom Pedro I dari Brazil dan Maharani Dona Maria Leopoldina dan dengan itu ahli Kerabat Braganza cawangan Brazil.
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Pedro diputerakan jam 2:30 pagi hari 2 Disember 1825 di Istana São Cristóvão di Rio de Janeiro, Brazil.[2]
Pedro I berhasrat mah mengembalikan takhta puterinya Maria II di Portugal hasil penurunan kakandanya Miguel I menyebabkan baginda segera turun takhta Brazil pada 7 April 1831[3][4] dan segera berangkat ke Eropah bersama Permaisuri Amélie selepas itu, meninggalkan Pedro II dan adinda-adinda sendirian dijaga orang tertentu.[5][6]
Baginda dimahkotakan ketika berusia 14 tahun tanggal 18 Julai 1841.[7][8]
Pemerintahannya
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Pemerintahan Pedro II tidaklah berfungsi seakan ketua negara seperti di Britain mahupun seperti keautokratan Tsar-Tsar Rusia, malah baginda membuat kerjasama dengan ahli politik serta berdasarkan kepentingan ekonomi dan sokongan rakyat.[9] Baginda bergiat secara aktifnya dalam sistem politiknya (termasuk Dewan Perwakilan dan Senat Brazil), baginda menggunakan peranannya sebagai suatu kuasa mempengaruhi dasar-dasar politik yang ingin dilaksanakan dalam Brazil, namun baginda tidak melampaui batasnya.[10]
Penggulingan dan pembuangan
[sunting | sunting sumber]Baginda berangkat ke Eropah atas nasihat doktor peribadinya selepas kesihatan baginda mula merosot.[11] Semasa baginda berada di benua tersebut pada 22 Mei 1888, baginda mendapat khabar penandatanganan Lei Áurea - suatu undang-undang yang memansuhkan perhambaan di Brazil - oleh Puteri Isabel yang mewakilinya di sana, lalu baginda menyatakan rasa sukacitanya. Jangkaan gangguan terhadap ekonomi dan tenaga buruh hasil penghapusan perhambaan tersebut gagal menjadi nyata, malah hasil tuaian kopi se-Brazil pada tahun itu menjadi sangat berjaya.[12] Namun, penamatan sistem perhambaan tersebut menyebabkan para peladang kopi yang sangat berpengaruh dalam kuasa politik, ekonomi dan sosial dalam negara tersebut berpaling tadah menyokong fahaman republikanisme[13] yang turut merebak dalam kalangan pegawai berpangkat tengah dan rendah dalam tentera Brazil;[14][15] Kebanyakan penduduk yang lain tiada hasrat atau niat mahu melakukan perubahan sedemikian.
Puak republikan biasa menggesa pegawai-pegawai tentera menggulingkan raja,[16][17] sehingga akhirnya melancarkan suatu kudeta di mana Perdana Menteri Afonso Celso ditahan dan republik diisytiharkan pada 15 November 1889.[18] Pedro bagaimanapun seakan tidak merasa terkesan dengan khabar langkah penggulingan ini lalu baginda bertitah: "Jika perkara inilah yang berlaku, maka beta anggap perkara ini suatu masa untuk beta bersara. Beta sudah bekerja dengan terlalu kerasnya dan beta keletihan. Beta mahu beradu."[19] Dengan ini, baginda dan semua kerabat terdekatnya dibuang negara ke Eropah pada 17 November tahun sama.[20]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Baginda mendapat suatu jangkitan yang merebak menjadi suatu geringan pneumonia.[21][22] yang melemahkan baginda sehingga nafas terakhirnya, baginda mangkat pada jam 12:35 tengah malam 5 Disember 1891 sambil dikelilingi kerabat baginda.[23]
Pemerintah republik Brazil cuba meredamkan tindak balas akibat khabar mengenai kemangkatan baginda dengan pengharaman sebanrang pernyataan rasmi mengenai kemangkatan tersebut,[24] namun rakyat Brazil tetap menunjukkan rasa dukacita terbuka mereka terhadap berita kemangkatan tersebut: "perniagaan ditutup, bendera dikibarkan separuh tiang, kain hitam dipakai pada lengan, rakyat melutut dalam ratapan, upacara keagamaan [memperingati baginda] serta puisi yang memuja kerabat diraja Brazil.[25][26] Rakyat jelata Brazil berperasaan sangat menyayangi baginda di mana baginda diangggap seorang tokoh yang masyhur dan terpuji,[27][28] lagi-lagi dalam kalangan rakyat berketurunan Afrika yang terhutang budi dengan usaha baginda dan puterinya membebaskan mereka daripada perhambaan.[29]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Barman 1999, m/s. 85.
- ^ See:
- Besouchet 1993, halaman 39,
- Carvalho 2007, halaman 11–12,
- Olivieri 1999, halaman 5.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 21.
- ^ Lira 1977, Vol 1, m/s. 15.
- ^ Olivieri 1999, m/s. 5.
- ^ Barman 1999, m/s. 29.
- ^ Schwarcz 1998, m/s. 73.
- ^ Lira 1977, Vol 1, m/s. 72.
- ^ Barman 1999, m/s. 161–162.
- ^ Barman 1999, m/s. 178.
- ^ Lira 1977, Vol 3, m/s. 53–56.
- ^ Barman 1999, m/s. 346.
- ^ Lihat:
- Schwarcz 1998, halaman 438,
- Carvalho 2007, halaman 190,
- Barman 1999, halaman 348–349.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 195.
- ^ Barman 1999, m/s. 353.
- ^ Ermakoff 2006, m/s. 189.
- ^ Schwarcz 1998, m/s. 450.
- ^ See:
- Barman 1999, halaman 360,
- Lira 1977, Vol 3, halaman 104,
- Carvalho 2007, halaman 219,
- Calmon 1975, halaman 1611.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 218.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 220.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 238.
- ^ Besouchet 1993, m/s. 29.
- ^ Rujuk:
- Carvalho 2007, halaman 238–239,
- Schwarcz 1998, halaman 489,
- Lira 1977, Vol 3, halaman 165.
- ^ Schwarcz 1998, m/s. 493.
- ^ Carvalho 2007, m/s. 240.
- ^ Mônaco Janotti 1986, m/s. 50.
- ^ Schwarcz 1998, m/s. 497.
- ^ Martins 2008, m/s. 66.
- ^ Schwarcz 1998, m/s. 469.
- Sumber utama
- Barman, Roderick J. Citizen Emperor: Pedro II and the Making of Brazil, 1825–1891. Stanford: Stanford University Press, 1999. ISBN 0-8047-3510-7 (Inggeris)
- Begent, Peter J.; Hubert Chesshyre; eds. The Most Noble Order of the Garter: 650 Years. London: Spink & Son Ltd., 1999. ISBN 1-902040-20-1 (Inggeris)
- Benevides, José Marijeso de Alencar. D. Pedro II, patrono da astronomia brasileira. Fortaleza: Imprensa oficial do Ceará, 1979. (Portugis)
- Besouchet, Lídia. Pedro II e o Século XIX. 2. ed. Rio de Janeiro: Nova Fronteira, 1993. ISBN 85-209-0494-7 (Portugis)