Pedro I dari Brazil
Pedro I of Brazil Pedro IV dari Portugal | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Brazil | |||||
Pemerintahan | 12 Oktober 1822 – 7 April 1831 | ||||
Kemahkotaan | 1 Disember 1822 | ||||
Diikuti oleh | Pedro II | ||||
Raja Portugal | |||||
Pemerintahan | 10 Mac 1826 – 2 May 1826 | ||||
Didahului oleh | João VI | ||||
Diikuti oleh | Maria II | ||||
Keputeraan | Istana Negara Queluz, Lisbon, Portugal | 12 Oktober 1798||||
Kemangkatan | 24 September 1834 Istana Negara Queluz, Lisbon, Portugal | (umur 35)||||
Pemakaman | Tugu Kemerdekaan Brazil, São Paulo | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda among others... | |||||
| |||||
Kerabat | Wangsa Braganza | ||||
Ayahanda | João VI dari Portugal | ||||
Bonda | Carlota Joaquina dari Sepanyol | ||||
Agama | Gereja Katolik Rom | ||||
Tandatangan |
Pedro I dari Brazil, atau Dom Pedro I dari Brazil (12 Oktober 1798 – 24 September 1834), diberi julukan "si Pembebas",[1] ialah raja dan pengasas Empayar Brazil. Sebagai Raja Dom Pedro IV, beliau menduduki takhta Portugal, di mana beliau juga dikenali sebagai "si Pembebas" dan "Raja Soldadu".[2] Baginda diputerakan di Lisbon, Pedro I sebagai putera keempat kepada Raja Dom João VI dari Portugal dan Ratu Carlota Joaquina; justeru, baginda seorang ahli kerabat Braganza. Apabila negara mereka diserang Perancis dalam tahun 1807, semua kerabat baginda berangkat ke Brazil, tanah jajahan Portugal yang terkaya dan terbesar.
Revolusi Liberal 1820 yang tercetus di Lisbon menyebabkan ayahandanya meninggalkan Brazil untuk menyelamatkan keadaan serta menyerahkan takhta kepada anakandanya pada April 182i. Apabila kerajaan Portugis menggugut menarik kembali autonomi politik yang sangat dinikmati Brazil sejak sekian lama, Pedro I memihak kepada warga jajahan tersebut lalu mengisytiharkan kemerdekaan negara Brazil pada 7 September 1822. Baginda dijadikan seorang maharaja pada 12 Oktober, dan baginda meneruskan tindakannya menewaskan semua tentera yang taat setia kepada Portugal.
Baginda menjadi Raja Portugal buat sementara waktu pada Mac 1826 sebelum menyerahkan takhta tersebut kepada puteri sulungnya Dona Maria II. Takhta Maria II digulingkan adindanya Putera Dom Miguel di Lisbon pada tahun 1826. Krisis pemilihan kerajaan oleh raja Brazil sendiri atau melalui pemaktuban undang-undang lebih merumitkan lagi keadaan, ditambah lagi juga dengan suatu hubungan sulit bersama seorang yang mencemarkan nama baginda. Memandangkan baginda tidak mampu mengawal keadaan di kedua-dua negara secara serentak, maka baginda menyerahkan takhtanya kepada anakandanya Dom Pedro II pada 7 April 1831 serta berangkat ke Eropah. Suatu tentera pimpinan baginda menyerang Portugal pada Julai 1832; dalam pergelutan yang merangkumi sepanjang Semenanjung Iberia ini, baginda cuba mengadakan suatu kompromi antara puak-puak pejuang fahaman liberalisme dan absolutisme.
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Memerdekakan Brazil
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Kembalinya baginda ke Portugal
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat setelah beberapa lama menghidap tuberkulosis pada jam 2:30 petang, tanggal 24 September 1834.[3] Khabar kemangkatan tersebut sampai di Rio de Janeiro pada 20 November tahun sama, namun putera-puterinya hanya dimaklumkan berita tersebut beberapa lama kemudian pada 2 Disember.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Viana 1994, m/s. 252.
- ^ Saraiva 2001, m/s. 378.
- ^ Rujuk:
- Costa 1995, halaman 312,
- Macaulay 1986, halaman 305,
- Sousa 1972, Vol 3, halaman 309.
- ^
<ref>
dengan nama "FOOTNOTEBarman1999433" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.- Sumber utama
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pedro I dari Brazil |