Lelaki Kelas Sebelah
Lelaki Kelas Sebelah | |
---|---|
Genre | Drama Komedi |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ziela Jalil |
Penerbit | Ziela Jalil |
Tempoh siaran | 83 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 19 Januari 2019 |
Lelaki Kelas Sebelah adalah telefilem Malaysia 2019 sempena Anugerah Juara Lagu 33. Telefilem arahan Hadith Omar ini ditulis oleh Rehal Nuharis dan merupakan terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan (Luqman Hafidz). Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah (Najua Nasir) dan Mira (Alya Iman) tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja. Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya. Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.
Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Nabila Razali sebagai Nona
- Ismail Izzani sebagai Anas
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Alya Iman sebagai Mira
- Najua Nasir sebagai Kinah
- Luqman Hafidz sebagai Bawan
- Adam Shadan sebagai Kamil
- Nina Juren sebagai mak cik Nona dan Bawan
Lagu tema
[sunting | sunting sumber]- Si Cantik Aku - Nina Nadira
- Pematah Hati - Nabila Razali
- Cemburu - Nabila Razali
- Luar Biasa - Ismail Izzani
- Langit - Daiyan Trisha
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Lelaki Kelas Sebelah (TV3)". MyInfotaip. 19 Januari 2019.