Romeo Kota
Romeo Kota: Kes Fail Kriptik | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Aaron Aziz |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Cerita oleh | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2 Juta[1] |
Pecah panggung | RM 0.35 Juta.[2] |
Romeo Kota: Kes Fail Kriptik merupakan filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan sulong Aaron Aziz.[3] Filem ini menggandingkan pelawak popular, Nabil Ahmad bersama dengan pengarah filem ini sendiri Aaron Aziz sebagai pelakon utama. Selain itu, ia turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Ahmad Idham, Dwi Ariana, Hanis Zalikha, Nina Juren, Shenty Feliziana, Fizo Omar dan Wan Sharmila. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 8 Januari 2015.[4]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Maria, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah.
Detektif Romi (Aaron Aziz) dan Detektif Fakhrul (Nabil Ahmad) merupakan dua anggota detektif yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut oleh DSP Yusri (Soffi Jikan). Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘KRIPTIK’ Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.
Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Detektif Romi, menyamar selaku pensyarah dan Detektif Fakrul sebagai pelajar kolej.
Pada masa yang sama, Ema (Shenty Fazliana), antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Romi dan Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, Elina (Hanis Zalikha) pula menaruh hati dengan Romi.
Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa.
Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu Botak (Fizo Omar).
Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina, yang kemudiannya didedahkan sebagai seorang Inspektor undercover, memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut.
Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan.[5]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aaron Aziz sebagai Koperal Detektif Romi, Anggota Cawangan Narkotik
- Nabil Ahmad sebagai Lans Korporal Detektif Fakhrul, Rakan setugas Romi
- Soffi Jikan sebagai DSP Yusri, Pegawai kanan polis Cawangan Narkotik yang melakukan kerja penyamaran
- Hanis Zalikha sebagai Inspektor Elina, Pegawai polis undercover di kolej
- Fizo Omar sebagai Botak, Ketua pengedar dadah di Kolej (antagonis utama)
- Ahmad Idham sebagai ASP Jalal, Pegawai untuk Romi dan Fakrul
- Nina Juren sebagai Cik Akila, Dekan kolej
- Shenty Feliziana sebagai Ema
- Wan Sharmila sebagai Pengikut Botak
- Nadiya Nisaa sebagai Ain (penampilan istimewa) (hanya muncul di babak akhir)
- Kumpulan Sleeq sebagai dirinya sendiri
- Ben Amir sebagai Detektif Ben
- Ezzaty Abdullah sebagai wartawan lokasi (kredit sebagai pelakon tambahan)
- Fadhli Hanif sebagai Pengikut Botak
Produksi
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya Aaron ditawarkan untuk berlakon sahaja, tetapi penerbitnya Ahmad Idham memberi kepercayaan kepada Aaron untuk mengarah filem.[6][7]Menurut pengarah, Aaron Aziz mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood seperti Bad Boys dan Rush Hours.[8] Dia turut mendedahkan ada membuat rujukan dengan pihak polis Bukit Aman.Filem ini menjalani penggambaran di Bukit Bintang dan kampus Kolej Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur selama 27 hari.[9][10]Pada 3 April 2013,Persatuan Pengarah Filem (FDAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dilaporkan melakukan serbuan di lokasi penggambaran filem kerana isu keahlian Aaron Aziz di dalam FDAM.[11]
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Filem Romeo Kota ditayangkan di 54 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. [12] Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 30 Disember 2014.[13][14]Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 8 Januari 2015.[15]
Kutipan
[sunting | sunting sumber]Kutipan bagi filem ini ialah RM0.35 Juta.[16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/ahmad-idham-pertaruh-aaron-aziz-1.44340/ahmad-idham-1.44368
- ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 2015-05-12.
- ^ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2013.10136.romeokota.19836
- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/antara-babak-dalam-filem-romeo-kota-1.48538
- ^ http://www.cinema.com.my/Articles/Interviews_Details.aspx?search=2015.i_aaronazizchallenges_22678
- ^ http://www.hmetro.com.my/node/20810
- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/ahmad-idham-pertaruh-aaron-aziz-1.44340/ahmad-idham-1.44368#sthash.QRwgCnXM.dpuf
- ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2015/01/19/Singaporean-movie-star-Aaron-Aziz-gets-his-first-shot-at-directing-himself/
- ^ http://www.kakigosip.com/2015/01/romeo-kota-taruhan-pertama-aaron-aziz.html
- ^ http://www2.bharian.com.my/articles/Perlucaripengarahganti/Article/
- ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/31/romeo-kota/
- ^ http://www.sinarharian.com.my/romeo-kota-cabar-kemampuan-nabil-1.350083
- ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/penyiasatan-ala-barat-1.48541
- ^ http://www.hmetro.com.my/node/49338