Deanna Yusoff
Deanna Yusoff | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi, model, penulis lirik, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 1990–kini |
Deanna Yusoff (lahir 3 Januari 1967) merupakan seorang pelakon wanita berdarah kacukan Melayu-Switzerland dari Malaysia.[1] Memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1990, Deanna menjadi perhatian media menerusi watak lakonannya sebagai Mastura dalam filem Selubung yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.
Deanna juga terkenal dengan dua watak lakonannya, Yasmin dan Zulaikha dalam drama Idaman (1998-2001).Beliau juga pernah terkenal dalam sitkom popular Spanar Jaya dengan melakonkan watak Claudia.Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan telah menerbitkan dua album studio. Beliau mempunyai syarikat perniagaan sendiri, Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.
Kehidupan awal dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Deanna dilahirkan pada 3 Januari 1967 di London, England,[2] serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau juga berdarah kacukan Melayu di sebelah bapanya dan Switzerland di sebelah ibunya[3] dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba, yang mengurniakan beliau anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10, ia kemudian diikuti oleh watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92 (1993).
Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang dua watak iaitu Yasmin dan Zulaikha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5] Deanna pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang, filem ini turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Harith Iskander, Sean Ghazi dan Allahyarham Ramli Hassan.[6]
Deanna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1995 menerusi album pertamanya Divide and Continue[2] dan lima tahun kemdian, beliau melancarkan album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.[7] Ia mengandungi sebanyak 13 lagu, dengan 10 daripadanya ditulis olehnya.[7] Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007.[8] Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).[2] Beliau kini menguruskan perniagaan jenama coklat dari Switzerland, Grandjean Freres.[9] Deanna memegang watak sebagai Cempaka Sulastri dalam filem seram Aku Haus Darahmu, yang ditayangkan pada 2 Februari 2017. Ia turut dibintangi oleh Nad Zainal dan Zoey Rahman.[10]
Kini Deanna menetap di Singapura sejak tahun 2012 dan masih aktif dunia seni namun selektif tawaran lakonan atas faktor usia dan fokus perniagaan
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Deanna merupakan seorang bujang.[11][12] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mac 2012, beliau mendedahkan tidak pernah berasa takut untuk berumah tangga, namun belum menemui jodoh untuk bersuami,[11] beliau menjawab: "Saya seronok dengan kehidupan sekarang, kerana perkahwinan tidak menjadi keutamaan saya,".[11]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Selubung[13] | Mastura Abdul Rashid | Filem pertama |
Abang 92 | Farah Hanum | ||
1995 | High Society | ||
Ringgit Kasorrga | Nina | ||
1996 | Army Daze | Dirinya sendiri | Filem Singapura |
1998 | Return To Paradise | Wanita di dalam Bar | Penampilan pertama untuk filem Hollywood |
1999 | Anna and the King | Ratu Thiang | Penampilan kedua filem Hollywood |
2007 | Chermin | Mastura | Bertindak sebagai penyanyi lagu tema |
2013 | Bola Kampung The Movie | Permaisuri (suara) | |
2014 | CEO | Zara | |
2015 | 1965 | Khatijah | |
2017 | Aku Haus Darahmu | Cempaka Sulastri |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Arshad Hussein & Co | TV3 | ||
1995 | Dunia Rees dan Ina | |||
1998-2001 | Idaman | Yasmin/Zulaikha | Astro Ria | |
1999 | Un Homme En Collere | Ysabelle Tran | ||
2000 | Cemas | Noraini | Mediacorp Suria | |
2002-2005 | Spanar Jaya | Claudia | ntv7 | |
2005 | Villa Cinta Daddy | TV3 | ||
2011 | Cendana | Aisyah | Astro Prima |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Maklumat album |
---|---|
Divide and Continue[14] |
|
Fix[15] |
|
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1992 | Festival Filem Malaysia ke-10 | Pelakon Wanita Terbaik | Selubung | Menang |
1995 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995 | Pelakon Pembantu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2007 | Festival Filem Malaysia ke-21 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Chermin | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Deanna Yusoff pulls a chameleon act". YTL Community. 13 Januari 2005. Dicapai pada 2013-07-24.
The porcelain-complexioned Deanna Yusoff brings us up to speed regarding her colourful career while she models some glad rags for Nigel Tho.
- ^ a b c Zaidi Mohamad (8 Mei 2016). "Deanna cerewet pilih kosmetik untuk kekal cantik". Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2016.
- ^ Saharudin Musthafa (16 April 2000). "Saya tetap perempuan Melayu: Deanna Yusoff". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 2013-07-24.
- ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "A strong disclaimer could be better than a ban on films". Nationmultimedia.com. Dicapai pada 2013-07-24.
- ^ a b Rudy Imran Shamsuddin (8 April 2000). Deanna kembali dengan Fix Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2010.
- ^ Pembaharuan dalam Chermin Diarkibkan 2018-07-05 di Wayback Machine Utusan Malaysia (23 Mac 2007). Diperoleh pada 5 Julai 2010.
- ^ Feride Hikmet Atak (26 Januari 2017). "Deanna Yusoff jual coklat". Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2017.
- ^ "Aku Haus Darah Mu uji kemampuan Deanna". Kosmo!. 5 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 6 Julai 2017.
- ^ a b c Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang mStar Online (14 Mac 2012). Dicapai pada 1 Januari 2013.
- ^ Love is in the air for Deanna The Star Online (31 Januari 2017). Diperoleh pada 20 Julai 2017.
- ^ What does actress Deanna Yusoff look for when travelling? Star2 (30 April 2016). Retrieved on 26 June 2016.
- ^ Divide and Continue (catatan media). Deanna Yusoff. Cool Records. 1995.CS1 maint: others (link)
- ^ Fix (catatan media). Deanna Yusoff. Positive Tone. 2000.CS1 maint: others (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1967
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pengacara wanita Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Switzerland
- Artis Positive Tone