Nabil Bentaleb
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Nabil Bentaleb[1] | ||
Tarikh lahir | [2] | 24 November 1994||
Tempat lahir | Lille, Perancis | ||
Ketinggian | 1.87 m (6 ka 2 in)[3] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
Newcastle United (dipinjam dari Schalke 04) | ||
Nombor | 42 | ||
Kerjaya remaja | |||
2001–2004 | AJS Wazemmes | ||
2004–2009 | Lille | ||
2009 | Mouscron | ||
2010–2012 | Dunkerque | ||
2012–2013 | Tottenham Hotspur | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2013–2017 | Tottenham Hotspur | 46 | (0) |
2016–2017 | → Schalke 04 (pinjam) | 32 | (5) |
2017– | Schalke 04 | 41 | (7) |
2019 | Schalke 04 II | 2 | (0) |
2020– | → Newcastle United (pinjam) | 3 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012 | Perancis B19 | 1 | (0) |
2014– | Algeria | 35 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Februari 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 Disember 2018 |
Nabil Bentaleb (lahir 24 November 1994) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Newcastle United secara pinjaman dari FC Schalke 04 dan pasukan kebangsaan Algeria.
Karier kelab
[sunting | sunting sumber]Karier awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Lille kepada ibu bapa dari Algeria,[4] Bentaleb memulakan kariernya di akademi pasukan tempatan, Lille.[5] Walau bagaimapun dia dikeluarkan daripada akademi ketika berumur 15 tahun dan kemudiannya ke Belgium untuk bermain bersama Mouscron. Bentaleb kemudiannya pergi menjalani ujian percubaan dengan Birmingham City sebelum menandatanganiu dengan akademi Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2012. Ketika musim 2012–13 Bentaleb berjaya masuk ke pasukan bawah-21 di Tottenham dan menjaringkan empat gol dalam empat belas perlawanan, termasuk gol kemenangan ketika menentang akademi Arsenal.[6] Aksinya yang cemerlang membolehkannya mendapat kontrak baru empat tahun di Tottenham Hotspur sehingga tahun 2018.[6]
Tottenham Hotspur
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Disember 2013, Bentaleb dipilih ke dalam skuad utama 18 pemain Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana menentang Southampton.[7] Dia membuat penampilan profesional yang pertamanya dalam perlawanan itu selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 50 menggantikan Mousa Dembélé, Tottenham menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[7] Dia bermula dalam kesebelasan utama buat kali pertama ketika Derby London Utara menentang Arsenal dalam perlawanan Piala FA pada 4 Januari. Dia kemudiannya bermain menentang Crystal Palace, dimana dia menang anugerah pemain terbaik perlawanan dan Swansea, dimana dia sekali lagi beraksi cemerlang. Pada 20 Februari 2014, dia bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Liga Europa menentang Dnipro.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 37. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-16. Dicapai pada 13 February 2014.
- ^ Nabil Bentaleb – Rekod persaingan UEFA
- ^ http://www.tottenhamhotspur.com/first-team-profiles/nabil-bentaleb/
- ^ http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2537840/Nabil-Bentaleb-persuaded-play-England-FA.html
- ^ Coombs, Dan. "Five facts about Tottenham's under-21 hero Nabil Bentaleb". Here is the City. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 22 December 2013.
- ^ a b "NEW DEAL FOR NABIL". Tottenham Hotspur Football Club. Dicapai pada 22 December 2013.
- ^ a b "SOUTHAMPTON VS. TOTTENHAM HOTSPUR 2 - 3". Soccerway. Dicapai pada 22 December 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1994
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Perancis
- Pemain bola sepak Algeria
- Atlet dari Lille
- Orang Perancis berketurunan Algeria
- Pemain Lille OSC
- Pemain R.E. Mouscron
- Pemain USL Dunkerque
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain FC Schalke 04
- Pemain Newcastle United F.C.
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Algeria Perancis