Pergi ke kandungan

Djamel Mesbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Djamel Mesbah
Maklumat peribadi
Nama penuh Djamel Eddine Mesbah[1]
Tarikh lahir (1984-10-09) 9 Oktober 1984 (umur 40)
Tempat lahir Zighoud Youcef, Algeria
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Pertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sampdoria
Nombor 3
Kerjaya remaja
1995–2001 US Annecy-le-Vieux (74)
2001–2003 Servette
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Servette 11 (3)
2004–2006 Basel 11 (1)
2006Lorient (pinjam) 0 (0)
2006–2008 Aarau 60 (1)
2008–2009 Luzern 6 (0)
2008–2009Avellino (pinjam) 27 (2)
2009–2012 Lecce 82 (6)
2012–2013 Milan 13 (1)
2013–2014 Parma 10 (1)
2014Livorno (pinjam) 15 (1)
2014– Sampdoria 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2010– Algeria 31 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Oktober 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2014

Djamel Eddine Mesbah (Arab: جمال الدين مصباح; lahir 9 Oktober 1984 di Zighoud Youcef) merupakan pemain bola sepak profesional Algeria yang bermain sebagai pertahanan kiri untuk kelab Serie A, Sampdoria.

Seorang pemain antarabangsa Algeria, Mesbah merupakan ahli pasukan kebangsaan Algeria dalam dua edisi Piala Dunia, Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan dan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Sehingga Oktober 11, 2014, dia telah membuat 31 penampilan antarabangsa dan menjaringkan 1 gol.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Karier awal

[sunting | sunting sumber]

Mesbah memulakan karier bola sepaknya dengan bermain untuk pasukan belia Perancis US Annecy-le-Vieux sebelum ditemui oleh pencari bakat dari kelab Swiss, Servette FC pada tahun 2001.[2] Dia beraksi dalam skuad belia Servette FC sebelum membuat penampilan seniornya pada musim 2003-04, bermain 11 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.

Switzerland

[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas tahun 2004, dia meninggalkan kelab itu untuk menyertai FC Basel. Banyak digunakan sebagai pemain gantian, dia hanya berjaya membuat 11 penampilan dan menjaringkan 1 gol. Pada bulan Januari 2006, dia dipinjamkan kepada FC Lorient yang bermain dalam Ligue 2 pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia mengalami kecederaan sebelum membuat penampilan sulungnya dan tidak pernah beraksi untuk mereka selepas itu. Pada musim panas tahun 2006, dia menyertai FC Aarau, sebuah kelab Swiss yang beraksi dalam liga divisyen dua negara itu. Dia kekal di sana selama dua musim dan banyak beraksi dalam kesebelasan utama. Dia ditandatangani oleh FC Luzern pada 1 Julai 2008, tetapi hanya berjaya membuat 6 penampilan, kesemuanya sebagai pemain gantian.

AS Avellino 1912

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 2008, dia ditandatangani oleh kelab Itali, A.S. Avellino 1912.

Pada bulan Julai 2009 dia ditandatangani oleh U.S. Lecce. Di Lecce, dia kebanyakannya bermain sebagai pemain sayap kiri, tetapi kadang-kadang bermain sebagai pemain tengah atau pertahanan kiri. Kebolehannya bermain di pelbagai posisi menarik minat beberapa kelab Itali.

Pada 18 Januari 2012, US Lecce mengumumkan bahawa Mesbah akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai A.C. Milan.[3] Pada hari berikutnya, Milan mengesahkan perpindahan itu, mengumumkan bahawa Mesbah telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab itu dengan yuran perpindahan €1.2 juta[4][5]

Pada 26 Januari 2012, Mesbah membuat penampilan sulungnya untuk Milan, dalam suku akhir Coppa Italia 2011-12 menentang Lazio.[6] Mesbah bermain keseluruhan perlawanan dengan berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3–1. Pada 20 Mac 2012, Mesbah menjaringkan gol pertamanya untuk Milan, ketika seri 2–2 dengan Juventus dalam separuh akhir Coppa Italia 2011-12. Dia membuat dua belas penampilan dalam semua pertandingan untuk Milan, termasuk dua dalam Liga Juara-Juara UEFA, ketika menentang Arsenal dan Barcelona.

Pada musim 12/13, Mesbah jarang beraksi kerana penurunan prestasi dan kecederaan, hanya berjaya membuat dua penampilan dalam separuh pertama liga. Ini mendorong Milan untuk menjual pemain itu kepada Parma F.C. pada bulan Januari 2013, dengan pertukaran pemain dengan Cristian Zaccardo.[7]

Parma F.C.

[sunting | sunting sumber]

Mesbah sekali lagi jarang digunakan di Parma dan hanya membuat tujuh penampilan sehingga akhir musim 12/13. Pada musim berikutnya, Mesbah hanya membuat empat penampilan dan dia kemudiannya dipinjam kepada A.S. Livorno Calcio pada bulan Januari 2014.

A.S. Livorno Calcio

[sunting | sunting sumber]

Di Livorno, Mesbah kerap berada dalam kesebelasan utama. Dia bermain di posisi pertahanan kiri dalam formasi 3-5-2 tetapi gagal membantu Livorno mengelakkan penyingkiran.

U.C. Sampdoria

[sunting | sunting sumber]

Mesbah menyertai U.C. Sampdoria pada bulan Ogos 2014, menandatangani perjanjian dua tahun bersama kelab itu.

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2010, Mesbah dipanggil buat pertama kali ke pasukan kebangsaan Algeria oleh Rabah Saâdane untuk kem latihan dua minggu di Crans-Montana, Switzerland sempena persedian Piala Dunia FIFA 2010.[8] Mesbah membuat penampilan sulungnya dua minggu kemudian, pada 28 Mei 2010, ketika perlawnan persahabatan menentang Republik Ireland.[9] Dia disenaraikan dalam skuad 23 pemain untuk Piala Dunia.[10]

Statistik

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 6 Jun 2014
Persembahan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Switzerland League Schweizer Cup League Cup Total
2003–04 Servette Liga Super Swiss 11 3 11 3
2004–05 Basel 6 1 6 1
2005–06 5 0 5 0
2006–07 FC Aarau 27 0 27 0
2007–08 Liga Cabaran Swiss 33 1 33 1
2008–09 Luzern Swiss Super League 6 0 6 0
Jumlah Switzerland 88 5 88 5
Perancis Liga Coupe de France Coupe de la Ligue Jumlah
2005–06 Lorient Ligue 2 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah Perancis 0 0 0 0 0 0 0 0
Itali Liga Coppa Italia Eropah Jumlah
2008–09 Avellino Serie B 27 2 0 0 0 0 27 2
2009–10 Lecce 36 3 2 0 0 0 38 3
2010–11 Serie A 33 2 0 0 0 0 33 2
2011–12 12 1 1 0 0 0 13 0
2011–12 Milan 8 0 2 1 2 0 12 1
2012–13 1 0 0 0 1 0 2 0
2012–13 Parma 7 0 0 0 0 0 7 0
2013–14 3 1 1 0 0 0 4 1
2013–14 Livorno 15 1 0 0 0 0 15 1
2014–15 Sampdoria 15 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah Itali 142 10 6 1 3 0 151 11
Jumlah karier 230 15 6 1 3 0 239 16

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 11 Oktober 2014[11]
Pasukan kebangsaan Algeria
Tahun Kmncln Gol
2010 5 0
2011 4 0
2012 6 0
2013 10 0
2014 6 1
Jumlah 31 1

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 11 Oktober 2014 Stadium Kamuzu, Blantyre, Malawi  Malawi 2–0 2–0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015
FC Basel
  1. ^ "List of Players" (PDF). FIFA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 2010-07-13.
  2. ^ Interview de Djamel Mesbah : "Ma priorité actuelle, confirmer". | Football algérien
  3. ^ Ufficiale la cessione di Mesbah al Milan; US Lecce SPA, 18 January 2012.
  4. ^ page 134–135 AC Milan bilancio 2012 (Itali)
  5. ^ A.C. MILAN COMUNICATO UFFICIALE; AC Milan, 19 January 2012.
  6. ^ "Milan vs. Lazio – 26 January 2012 – Soccerway". Soccerway. 26 January 2012. Dicapai pada 2 April 2012.
  7. ^ 2013 bilancio AC Milan (Itali)
  8. ^ "Les 25 joueurs qui iront en Suisse". DZFoot. 4 May 2010. Dicapai pada 2 April 2012.
  9. ^ "République d'Irlande 3–0 Algérie". DZFoot. 28 May 2010. Dicapai pada 2 April 2012. horizontal tab character in |title= at position 21 (bantuan)
  10. ^ Richard Farley (1 June 2010). "Bougherra, Belhadj, Ziani Highlight Algeria's Final, 23-Man World Cup Roster". SB Nation. Dicapai pada 2 April 2012.
  11. ^ (Inggeris) Djamel Profil Djamel Mesbah di National-Football-Teams.com

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]