Pergi ke kandungan

Mousa Dembélé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mousa Dembélé
Maklumat peribadi
Nama penuh Moussa Sidi Yaya Dembélé[1]
Tarikh lahir (1987-07-16) 16 Julai 1987 (umur 37)
Tempat lahir Wilrijk, Belgium
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Guangzhou R&F
Nombor 8
Kerjaya remaja
2003–2004 Germinal Beerschot
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Germinal Beerschot 20 (1)
2005–2006 Willem II 33 (9)
2006–2010 AZ 118 (24)
2010–2012 Fulham 62 (5)
2012–2019 Tottenham Hotspur 181 (7)
2019– Guangzhou R&F 26 (1)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Belgium B16 3 (0)
2003–2004 Belgium B17 6 (1)
2004 Belgium B18 1 (1)
2004–2006 Belgium B19 12 (3)
2006– Belgium 82 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Disember 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 September 2018 (UTC)

Moussa Sidi Yaya Dembélé (lahir 16 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di kelab Liga Super China, Guangzhou R&F dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau telah bersama dengan skuad Belgium dengan memiliki lebih 50 kaps. Beliau bermain di posisi pemain tengah. Beliau telah disenaraikan dalam 100 pemain terbaik oleh The Guardian pada tahun 2012.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dembélé dilahirkan di Wilrijk, Antwerp, Belgium,[3] bapa belau Yaya merupakan berasal dari Mali manakala iu beliau, Tilly Huygens merupakan etnik Flemish.[4][5]

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Dembélé bermain untuk K. Berchem Sport ketika remaja. Beliau memulakan kerjaya profesional ketika memasuki kelab Germinal Beerschot, sebuah kelab bola sepak di Liga Pro Belgium. Beliau membuat debut pertama pada 24 April 2004 menentang Charleroi. Pada 2005, beliau bersetuju untuk menandatangani kelab Willem II.

Willem II

[sunting | sunting sumber]

Dembélé memulakan perlawanan bersama Willem II semasa musim 2005-06 dalam Eredivisie. Pasukan tersebut amat hampar pada musim tersebut tetapi Dembélé menjaringkna gol untuk Willem II sebanyak dua kali. Selepas musim, beliau ingin menandatangani bersama kelab besar di Eredivisie. Dalam pemindahan musim panas 2006, Dembélé bersetuju untuk berpindah ke kelab AZ Alkmaar.

Dalam musim 2006–07, Dembélé merupakan salah satu pemain penting dalam pasukan Louis van Gaal. Pasukan Dembélé telah bersedia untuk memenangi kejuaraan liga tetapi pada hari terakhir pasukan mereka tewas 3-2 kepada Excelsior dan jatuh 2 anak tangga dan mereka hilang juara liga sekali gus memberi peluang kepada kelab Eindhoven. AZ juga tewas dalam perlawanan akhir Piala KNVB kepada Ajax. AZ tewas dalam penentuan sepakan penalti hasil jaringan Dembélé seawal minit ke-4 namun Klaas-Jan Huntelaar menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-51. AZ tewas 7-8 dalam sepakan penalti. AZ juga tewas dalam perlawanan play-off terakhir dalam Liga Juara-Juara menentang lawan yang sama, Ajax. Dalam musim 2006–07, Dembélé menjaringkan enam gol.

Musim 2007–08 merupakan musim amat mengecewakan untuk AZ. AZ berkedudukan ke-12 dalam liga bersama Dembélé yang menjaringkan empat gol untuk AZ. Dalam musim 2008-09 juga amat mengecewakan untuk pasukan AZ namun AZ mula bangkit dan memenangi liga. Dembélé dikeluarkan dari skuad dari Oktober hingga Disember akibat cedera pada lutut namun pada musim itu juga, beliau menjadi pemain terbaik musim.[6]

Dembélé sering berkata ingin menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Birmingham City[7] tetapi pada 12 Ogos 2010, Dembele menolak perpindahan ke Birmingham namun memihak kepada kelab London, Fulham. Pada 18 Ogos 2010, Fulham menyatakan Dembélé telah menyertai kelab tersebut dari AZ dalam kontrak tiga tahun dengan bayaran sebanyak £5 juta dan and Dembélé kekal bersama Fulham sehingga musim panas 2013.[8]

Dembélé memulakan aksi terbaik bersama Fulham. Beliau membuat debut pertama pada 22 ogos 2010 dalam pemain gantian menentang Manchester United. Kaps pertama beliau bermula dengan jaringan satu gol dan beliau juga menjaringkan gol kedua ketika menentang Port Vale dalam perlawanan Piala Liga Inggeris pada 25 Ogos. Pada minggu yang sama, Dembélé memulakan perlawanan liga pertama menentang Blackpool di mana beliau membuat dua hantaran. Dembélé menjaringkan dua gol liga menentang Wolverhampton Wanderers pada 11 September dengan kemenangan 2-1.[9] Beliau kemudian menjaringkan gol solo menentang Tottenham Hotspur. Beliau telah diundi oleh pemain Fulham iaitu "Fulham Gol of the Season".[10]

Pada 9 Mei, Dembélé menjaringkan gol liga ketikanya menetang Liverpool tetapi Fulham tewas 2-5.[11]

Di bawah pengurus Martin Jol, Dembélé bermain dengan penuh kreatif di pemain tengah bersama kapten kelab Danny Murphy atau pbersama emain baru Mahamadou Diarra. Selepas beberapa persembahan yang sangat baik, Martin Jol menegaskan kelab lain telah membuka perbincangan kontrak untuk membida Dembele.[12] Dembélé menjaringkan dua gol dalam musim 2011–12 dalam perlawanan menentang Wigan Athletic.[13] Dalam perlawanan menentang Sunderland, Dembélé menjaringkan gol kemenangan 2-1 apabila 30 saat selepas Phil Bardsley menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1.[14]

Tottenham Hotspur

[sunting | sunting sumber]

Dembélé berpindah ke Tottenham Hotspur pada 29 Ogos 2012 selepas Spurs membayar £15 juta kepada Fulham.[15][16] Beliau menjaringkan gol pertama bersam Spurs ketika menentang Norwich City pada 1 September dengan keputusan seri 1-1.[17] Pada 21 Februari 2013, beliau menjaringkan gol minit ke-90 untuk membatu Spurs menyingkirkan Olympique Lyonnais dari Liga Eropah UEFA dan layak dalam 16 terakhir.[18]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Dembélé bersama Belgium pada 2011

Dembélé membuat pemunculan pertama bersama Belgium pada 20 Mei 2006 menentang Slovakia untuk menggantikan Luigi Pieroni.[19] Beliau menjaringkan gol antarabangsa buat pertama kalinya pada Oktober 2006 menentang Azerbaijan. Dembélé juga terpilih dalam skuad Belgium untuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing di mana beliau memasuki perlawanan menentang Itali, 3-2 dalam suku akhir di mana Dembélé menjaringkan dua gol, Dembélé bermain dalam semua perlawanan Sukan Olimpik.[20]

Pada 13 Mei 2014, Dembélé telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[21] Beliau bermain selama 65 minit sebagai pemain tengah sebelum digantikna oleh Marouane Fellaini dalam perlawanan menentang Algeria, 2-1 di Belo Horizonte.[22]

Kerjaya statistik

[sunting | sunting sumber]
Kelab Musim Liga Eropah Piala Lain Jumlah
Apps Gol Apps Gol Apps Gol Apps Gol Apps Gol
Germinal Beerschot 2003–04 1 0 0 0 1 0
2004–05 19 1 3 1 22 2
Jumlah 20 1 3 1 23 2
Willem II 2005–06 33 9 2 0 1 0 3 1 39 10
Jumlah 33 9 2 0 1 0 3 1 39 10
AZ 2006–07 33 6 12 4 5 4 2 0 52 14
2007–08 33 4 6 1 1 0 40 5
2008–09 23 10 3 2 2 0 28 12
2009–10 29 4 6 0 1 2 4 0 40 6
Jumlah 118 24 24 5 10 8 8 0 160 37
Fulham 2010–11 24 3 4 2 0 0 28 5
2011–12 36 2 7 0 2 0 0 0 45 2
2012–13 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 62 5 7 0 6 2 0 0 75 7
Tottenham Hotspur
2012–13 32 1 10 1 2 0 0 0 44 2
2013–14 27 1 9 1 4 0 0 0 40 2
Jumlah 59 2 19 2 6 0 0 0 84 4
Jumlah kerjaya 292 41 52 7 26 11 11 1 381 60
  • Kemunculan dalam musim 2011–12 termasuk dalam perlawanan di UEFA Europa League menentang Dnipro pada 25 Ogos 2011 di mana tidak termasuk dalam Soccerbase website.

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun App Gol
2006 6 1
2007 7 3
2008 4 0
2009 9 1
2010 5 0
2011 6 0
2012 7 0
2013 11 0
2014 1 0
Jumlah 56 5

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 11 Oktober 2006 Stadium Constant Vanden Stock, Brussels, Belgium  Azerbaijan 3–0 3–0 Kelayakan UEFA Euro 2008
2 22 Ogos 2007 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Serbia 1–0 3–2 Kelayakan UEFA Euro 2008
3 22 Ogos 2007 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Serbia 3–1 3–2 Kelayakan UEFA Euro 2008
4 13 November 2009 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Armenia 2–0 3–0 Kelayakan UEFA Euro 2008
5 26 Mei 2012 Cristal Arena, Genk, Belgium  Bosnia dan Herzegovina 1–1 2–4 Kelayakan Piala Dunia 2010
  1. ^ name="List of Players under Written Contract Registered Between 01/08/2010 and 31/08/2010">"List of Players under Written Contract Registered Between 01/08/2010 and 31/08/2010" (PDF). The Football Association. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-06-01. Dicapai pada 14 December 2013.
  2. ^ "The world's best footballers: the top 100 list". The Guardian. 24 December 2012. Dicapai pada 14 December 2013.
  3. ^ Ivan Speck (8 April 2011). "Moussa Dembele: A new hero is in town – and the ball is his friend". dailymail.co.uk. London: Daily Mail. Dicapai pada 8 April 2011.
  4. ^ Ian Chadband (7 May 2013). "Granny knows best as Mousa Dembélé prepares for Tottenham's final push for Champions League stardom". The Telegraph. The Telegraph. Dicapai pada 7 May 2013.
  5. ^ "RAF WILLEMS: DE GROOTMOEDER VAN MOUSSA DEMBELE, RODE DUIVEL MET AFRIKAANSE ROOTS EN ORANJE VOETBALPLEZIER". wordpress.com (dalam bahasa Dutch). 25 August 2008. Dicapai pada 25 August 2008. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "IM Scouting Profile". IM Scouting. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2012. Dicapai pada 14 December 2013.
  7. ^ "Birmingham City: Latest news on Mauro Camoranesi and Moussa Dembele". Birminham Mail. 14 December 2013.
  8. ^ "Dembele Joins Fulham". Fulham FC. 18 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2012. Dicapai pada 14 December 2013.
  9. ^ "Fulham v Wolves". BBC Sport. 11 September 2010.
  10. ^ "Goal of the Season". Fulham FC. Dicapai pada 14 December 2013.
  11. ^ "Fulham 2–5 Liverpool". Fulham FC. Dicapai pada 14 December 2013.
  12. ^ Mokbel, Sami (15 March 2012). "Dembele starts talks with Fulham over new deal as Jol looks to head off Liverpool, Spurs and Arsenal". London: Daily Mail. Dicapai pada 15 March 2012.
  13. ^ "Wigan 0–2 Fulham". BBC. Dicapai pada 29 October 2011.
  14. ^ "Fulham 2–1 Sunderland". BBC. Dicapai pada 6 May 2012.
  15. ^ "DEMBELE DEAL AGREED". Tottenham Hotspur F.C. 29 August 2012. Dicapai pada 14 December 2013.
  16. ^ "Spurs land Dembele as Villas-Boas kicks off late spending spree with £15m swoop on Fulham". London: Daily Mail. 29 August 2012. Dicapai pada 29 August 2011.
  17. ^ "Tottenham 1–1 Norwich". BBC Sport. 1 September 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  18. ^ "Lyon 1-1 Tottenham". BBC Sport. 21 February 2013. Dicapai pada 22 February 2013.
  19. ^ "Belgium debut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-15. Dicapai pada 2014-10-30.
  20. ^ FIFA Statistics
  21. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  22. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.