FC Schalke 04
Nama penuh | FC Gelsenkirchen-Schalke 04 e. V. | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Die Königsblauen (The Royal Blues) Die Knappen (The Miners) | ||
Diasaskan | Mei 4, 1904 | ||
Stadium | Veltins-Arena Gelsenkirchen (Kapasiti: 61,482) | ||
Pengerusi | Josef Schnusenberg | ||
Pengurus | Huub Stevens | ||
Liga | Bundesliga | ||
2011/12 | ke-3 Bundesliga | ||
|
FC Gelsenkirchen-Schalke 04 e.V. (singkatan FC Schalke 04 atau S04) ialah sebuah kelab bola sepak dari daerah Schalke, Gelsenkirchen, North Rhine Westphalia. Schalke merupakan antara pasukan paling popular di liga Jerman (Bundesliga), walaupun hanya sekadar memenangi beberapa kejayaan utama berbanding ketika zaman kegemilangan mereka pada tahun 1930-an dan awal 1940-an. Pasukan bola sepak ini merupakan sebahagian daripada kelab sukan tempatan yang mempunyai hampir 59,000 ahli (Januari 2007). Aktiviti lain kelab ini termasuklah bola keranjang, bola baling dan olahraga.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zaman awal Schalke
[sunting | sunting sumber]Setahun selepas perkembangan pesat di kawasan Schalke dengan industri perlombongan,sekumpulan pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 15 tahun bertemu sekadar untuk bermain bolasepak di satu kawasan lapang berdekatan Gewerkenstrasse di Schalker Markt.Josef Ferse, Wilhelm „Willy“ Gies (aperantis untuk pengeluar alatan dapur Küppersbusch), Johann Kessel, Viktor Kroguhl, Heinrich Kullmann, Adolf Oetzelmann, Josef Seimetz und Willy van den Berg menubuhkan sebuah kelab pada 4 Mei 1904[1], dengan nama Westfalia Schalke .
Bilangan ahli kelab Schalke,seperti juga kelab lain yang bermain di kompleks sukan perbandaran, meningkat dua kali ganda pada akhir tahun pertama penubuhannnya.Pada tahun 1907,bilangan ahli meningkat kepada 40 orang ahli yang dikenakan yuran bulanan sebanyak 5 peni bagi pelajar sekolah dan 10 peni bagi yang telah meninggalkan alam persekolahan.Warna jersi elab pada masa ini berbeza kerana kelab menggunakan warna merah dan kuning sebagai warna jersi pasukan berbanding biru dan putih sekarang.
Pada tahun 1909 Schalke secara rasminya diiktiraf sebagai persatuan dengan berdaftar dengan Pendaftar Persatuan Gelsenkirchen.Pengerusinya ialah Heinrich Hilgert,seorang ketua bahagian timbang di lombong arang batu.
Semasa
[sunting | sunting sumber]Satu kontrak penajaan daripada syarikat tenaga gergasi Russia,Gazprom ditandatangani pada 10 Oktober 2006 di Dresden . Bermula 1 Januari 2007 logo Gazprom akan kelihatan di jersi pemain untuk 5½ tahun seterusnya. Penaja akan menyumbang sekurang-kurangnya 60 hingga 66 juta Euro,dengan pilihan sehingga 100 juta Euro jika berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu,kerjasama lebih erat akan dijalinkan antara Schalke dan kelab Liga Russia, Zenit St. Petersburg.
Stadium
[sunting | sunting sumber]Stadium kelab ini dikenali sebagai Veltins-Arena di bawah satu perjanjian penajaan dengan brewery, telah disiapkan pada musim panas tahun 2001 dan mempunyai kapasiti 61,482 tempat duduk. Schalke sering habis menjual semua tiket kepada para penonton dengan meluas dianggap sebagai paling moden dan kemudahan serba guna terbaik di Eropah. Kemudahan tersebut dahulu dikenali sebagai the Arena AufSchalke dan mengantikan Parkstadion (capacity 71,000) dibina pada 1973. Sebelum ini kelab telah bermain perlawanan-perlawanannya di Glückauf-Kampfbahn dibina pada 1928 dengan kapasiti 35,000. Kemudahan telah digunakan untuk perlawanan amatur pada tahun-tahun akhir dengan pengurangan kapasiti hanya 5,000.
Kejuaraan
[sunting | sunting sumber]Domestik
[sunting | sunting sumber]- Juara (7): 1934, 1935, 1937, 1939, 1940, 1942, 1958
- Naib juara (9) 1933, 1938, 1941, 1972, 1977, 2001, 2005, 2007, 2010
- Juara (5): 1937, 1972, 2001, 2002, 2011
- Naib juara (7): 1935, 1936, 1941, 1942, 1955, 1969, 2005
- Juara (1): 2005
- Naib juara (3): 2001, 2002, 2007
Eropah
[sunting | sunting sumber]- Juara (1): 1997
- Juara (1) 1968
Pemain
[sunting | sunting sumber]Skuad semasa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 13 Jun 2024 [2]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Persatuan juga menamakan 20 Mei sebagai tarikh penubuhan, menurut sumber lain pula,penubuhannya adalah awal tahun 1904 atau musim panas 1904. Kad ahli Heinrich Kullmann -salah seorang ahli terawalnya-mencatatkan Oktober 1904 yang memungkinkan kelab ini ditubuhkan pada waktu tersebut. Tarikh 4 Mei dipilih,dalam tahun 1960-an,sebagai tarikh rasmi penubuhan kelab ini,(lt. Website „100 Schalker Jahre“
- ^ "First Team". FC Schalke 04. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2023. Dicapai pada 11 July 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikiberita mempunyai berita berkaitan: FC Schalke 04 |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: FC Schalke 04. |
- Official site of Schalke 04
- Official site of Schalke's Veltins Arena
- The Abseits Guide to German Soccer
- Schalke news journal Diarkibkan 2010-11-05 di Wayback Machine
- Schalker Fanclub Verband Fan site, discussion and ticket information
- Ultras Gelsenkirchen
- Schalke 04 Supporters Club
- Official Gelsenkirchen site Diarkibkan 2008-06-03 di Wayback Machine Tourism information with excellent profiles of the city and a history of the Ruhr region.
- Aufschalke2006 website Diarkibkan 2010-11-13 di Wayback Machine A guide to Gelsenkirchen as one of the host cities of the upcoming 2006 World Cup, with information about the club, the city and the Ruhr region.
- Dutch Schalke fans