Pergi ke kandungan

Mukim Tungku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tungku
Pantai Tungku di Kampung Dengan.
Pantai Tungku di Kampung Dengan.
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
DaerahLahad Datu
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Tungku
 • DUNAssaffal @ Samsul Kamal P. Alian (WARISAN) (Tungku)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananFelda Sahabat dan Silabukan
Tamu MingguanSabtu

Mukim Tungku merupakan sebuah mukim yang terletak di Daerah Kecil Tungku Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Lokasi Mukim Tungku terletak di Timur Lahad Datu, yang bersempadan dengan Mukim Felda Sahabat di Utara dan Timurnya manakala Mukim Silabukan di Baratnya dan Teluk Darvel di Selatannya.

Mukim Tungku adalah berbeza dengan Daerah Kecil Tungku. Mukim Tungku hanyalah kawasan kecil atau zon dari Kg Bangingod hingga ke Kg Merabung, manakala istilah Daerah Kecil Tungku pula merangkumi kawasan yang lebih besar termasuk Felda, Tanjung Labian, Tambisan dan Bakapit.

Kedai di Pekan Tungku


Perkampungan dan Penduduk

[sunting | sunting sumber]

Mukim Tungku mempunyai beberapa kumpulan etnik yang terdiri daripada Etnik Bagahak, Bajau, Iranun dan lain-lain. Islam agama terbesar di Mukim ini diikuti oleh Kristian dan lain-lain. Kebanyakan pekerjaan penduduk Mukim Tungku adalah pekebun kecil yang membuka ladang sawit, nelayan dan berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.

  1. Kampung Dengan
  2. Kampung Manar
  3. Kampung Telisai
  4. Kampung Sri Hak
  5. Kampung Bangingod
  6. Kampung Bangingid Aru
  7. Kampung Membatu
  8. Kampung Merabung
  9. Kampung Makuau
  10. Kampung Ulang-Ulang
  11. Kampung Barigas
  12. Kampung Bulud Telu
  13. Kampung Ulu Tungku
  14. Kampung Teburi
  15. Kampung Telibas Besar
  16. Kampung Nala
  17. Kampung Mesej Nala
  18. Kampung Lok Banga
  19. Kampung Mangkarat
  20. Kampung Mundas
Bantal Kapok di Kampung Merabung

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah dan Menengah di Tungku

Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E / 5.400; 116.200