Felda Sahabat
Felda Sahabat adalah salah satu Felda yang terletak di Negeri Sabah.
Felda Sahabat | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Lahad Datu |
Pentadbiran | |
• Badan | Pejabat Daerah Kecil Tungku |
• DUN | Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian (WARISAN) (Tungku) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Tambisan dan Tungku |
Sejarah Felda Sahabat Lahad Datu
[sunting | sunting sumber]FELDA mula memajukan tanah pada pertengahan tahun 1979 berdasarkan kelulusan Kerajaan Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah No. 148 dan 223. Sehingga tahun 2000, FELDA telah membuka tanah seluas 124,389 hektar yang mana 98% adalah kawasan perladangan terutama tanaman sawit dan 2% adalah kawasan penempatan dan Bandar. Lebihan kawasan tidak dapat dimajukan oleh pihak FELDA atas sebab kesesuaian kawasan serta pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kawasan yang telah dimajukan oleh FELDA hanya ditumpukan di kawasan Pantai Timur Sabah. Jarak jauh Kompleks Sahabat, ialah 100 kilometer daripada pekan Lahad Datu manakala Kompleks Umas ialah 76 kilometer daripada bandar Tawau.
Keluasan bagi Felda Sahabat ialah Ladang 105,053 (Hek) dan Penempatan/Bandar 1707 (Hek), jumlah keseluruhan 106,760 (Hek). Tidak termasuk kawasan yang terlebih buka dan yang diduduki penduduk kampung.
Lokasi Felda Sahabat terletak di kawasan Timur Lahad Datu dalan Daerah Kecil Tungku, bersempadan dengan Mukim Tambisan timur laut, Mukim Tanjung Labian di Tenggara, Mukim Tungku di barat daya dan Mukim Tomanggong di barat lautnya.
Keluasan Mukim Felda adalah merangkumi keseluruhan keluasan kawasan Gugusan Wilayah Felda Sahabat yang berkeluasan seluas 106,760 (Hek). Yang terbahagi kepada beberapa buah penempatan dan kilang juga ladang seperti Anjung Teduh, Baiduri Ayu, Cenderawasih, Desa Kencana, Embara Budi, Fajar Harapan, Gemala Pura, Hamparan Badai, Indera Sakti, Jeragan Bestari, Kembara Sakti, Lancang Kemudi, Mercu Puspita, Nilam Permata.
Di Mukim Felda Sahabat terdapat bermacam-macam suku kaum antaranya ialah etnik Bajau, Melayu, Tidung, Idahan, Bugis dan sebagainya. yang bekerja sebagai peneroka dan pegawai di Felda Sahabat.
Jarak antara Bandar Lahad Datu ke Bandar Sahabat adalah lebih kurang 100km sahaja manakala ke Bandar Cenderawasih pula sejauh 90km.
Kemudahan Awam
[sunting | sunting sumber]Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
- Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan
- Sekolah Kebangsaan Sahabat II
- Sekolah Kebangsaan Sahabat 4
- Sekolah Kebangsaan Sahabat 16
- Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
Masjid/Surau
[sunting | sunting sumber]- Masjid Jamek Al-Ubudiah Desa Kencana ( Kampung Desa Kencana )
- Masjid At-taubah ( Kampung Baiduri Ayu )[1]
Kampung Di Felda Sahabat
[sunting | sunting sumber]- Kampung Anjung Teduh
- Kampung Baiduri Ayu
- Bandar Cenderawasih
- Kampung Desa Kencana
- Embara Budi
- Fajar Harapan
- Gemala Pura
- Hamparan Badai
- Indera Sakti
- Jeragan Bestari
- Kembara Sakti
- Lancang Kemudi
- Mercu Puspita
- Nilam Permata