Mukim Cheras
Mukim Cheras | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Hulu Langat |
Mukim | Mukim Cheras |
Keluasan | N/A |
Mukim Cheras merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor.
Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Mukim Cheras merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Hulu Langat. Ia juga terletak di bawah penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Kajang, Mukim Ulu Semenyih dan Mukim Ulu Langat. Pekan bagi mukim Cheras ialah Pekan Batu 9 Cheras. Dari segi sejarah, selepas 1 Febuari 1974 sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam lingkungan Kuala Lumpur telah dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974. Sejak itu, Cheras telah terpecah menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pandu arah
[sunting | sunting sumber]Jika pelawat datang dari Kuala Lumpur ke Seremban di selatan dengan melalui Lebuh Raya Cheras-Kajang, akan ditemui mukim Cheras di sebelah kiri dan kanan kira-kira 3 kilometer dari Kuala Lumpur.
Muka bumi
[sunting | sunting sumber]Muka bumi Cheras berbukit-bukau. Bukit Enggang setinggi 1,119 kaki. Di Stesen Jabatan Pertanian, dibina kolam air di atas sebuah bukit.
Terdapat beberapa batang sungai di mukim Cheras iaitu:
Kampung Melayu
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa perkampungan Melayu di mukim Cheras. Kampung Melayu di sini ialah:
- Kampung Melaka
- Kampung Perimbun
- Kampung Batu Sembilan
- Kampung Balakong
- Kampung Bukit Dukong
- Kampung Sungai Sekamat
- Kampung Cheras Baru
- Kampung Sungai Raya
- Kampung Sungai Long
- Kampung Sungai Midah Dalam
- Kampung Jawa
Kesemua kampung ini terletak dalam Tanah Simpanan Melayu.
Ladang
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa buah ladang di mukim Cheras. Antaranya ialah:
- Ladang Batu Sembilan
- Ladang Gulam Din
- Ladang Sungai Long
- Ladang Inc Kenneth
- Ladang Cheras
Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Connaught (2)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batu 9 Cheras, Jalan Cheras
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batu 11, Jalan Sekolah, Kampung Baru Batu 11 Cheras
- Sekolah Kebangsaan Cheras Indah, Jalan Melati 4, Taman Maju Jaya
- Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Bt 10, Jalan Hulu Langat
- Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Batu 9
- Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Km. 16, Jalan Cheras
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Bandar Damai Perdana, Cheras
- Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Jalan Cheras
- Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru, Jalan 34B, Kampung Cheras Baru
- Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Batu 9, Cheras
- Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, Lorong Cp5/39, Taman Cheras Perdana, Bt 9 3/4 Cheras
- Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Taman Cheras Jaya
- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding
- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long
- Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Serdang
- Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
- Sekolah Sri Sempurna, Taman Cheras
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choon Hwa, Jalan Dusun Tua, Batu 18
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batu 14 Hulu Langat
- Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi , Jalan Hulu Langat, Batu 19
- Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson , Batu 22 1/2
- Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid
- Sekolah Kebangsaan Sungai Serai
- Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali
- Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Balakong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sungai Long
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Mahkota Cheras