Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Perbandaran Kajang مجليس ڤربندرن كاجڠ | |
---|---|
Majlis Daerah Hulu Langat MPKj | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua (YDP) | TUAN NAZLI BIN MD TAIB S.M.S |
Tempat persidangan | |
Menara MPKj Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Majlis Perbandaran Kajang ditubuhkan bagi mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Sebelum ini Hulu Langat ditadbir secara langsung oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi mukim Kajang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.[1]
Misi, Visi & Objektif
[sunting | sunting sumber]Misi
- Mewujudkan kediaman yang kondusif dengan menyediakan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur ke arah kehidupan berkualiti
Visi
- Bandar pilihan untuk didiami
Objektif
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisyen, berkualiti, dan bertanggungjawab bagi memastikan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisien selaras dengan wawasan 2020 berpaksikan ‘tonggak 12’. Menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.
Mukim di bawah Pentadbiran MPKj
[sunting | sunting sumber]Majlis Perbandaran Kajang mentadbir di seluruh mukim di dalam daerah Hulu Langat kecuali mukim Ampang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana mukim Ampang berada terlalu jauh daripada pusat pentadbiran MPKj iaitu di mukim Kajang.
Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah mukim Cheras, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Hulu Semenyih dan Beranang.
Jabatan-jabatan di MPKj
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Khidmat Pengurusan
- Jabatan Perbendaharaan
- Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
- Jabatan Kejuruteraan
- Jabatan Perancangan Pembangunan
- Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
- Jabatan Undang-Undang
- Jabatan Penguatkuasaan
- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
- Jabatan Kawalan Bangunan
- Jabatan Landskap & Rekreasi
- Jabatan Pelesenan dan Penjaja
- Jabatan Pesuruhjaya Bangunan(COB)
- Unit Audit Dalam
- Unit Pusat Setempat (OSC)
Zon pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Taman dan kampung di daerah Hulu Langat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kajang. Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada 18 buah zon seperti berikut:
Zon 1, 2 dan 3[sunting | sunting sumber]
Zon 4, 5 dan 6[sunting | sunting sumber]
Zon 7, 8 dan 9[sunting | sunting sumber]
Zon 10, 11 dan 12[sunting | sunting sumber]
Zon 13, 14 dan 15[sunting | sunting sumber]
Zon 16, 17 dan 18[sunting | sunting sumber]
|
Wakil Rakyat Bandar Kajang
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Hulu Langat
- YB Tuan Mohd Sany Hamzan
- Ahli Parlimen Bangi
- YB Tuan Syahredzan Johan
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Dusun Tua
- YB Datuk Wira Johan Abd Aziz
- ADN Semenyih
- YB Tuan Nushi Mahfodz
- ADN Kajang
- YB Tuan David Cheong
- ADN Sungai Ramal
- YB Tuan Mohd Shafie Ngah
- ADN Balakong
- YB Tuan Wayne Ong Chun Wei
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Liha juga
[sunting | sunting sumber]Senarai pihak berkuasa tempatan Malaysia
Pautan
[sunting | sunting sumber]- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang
- Borang Maklum Balas Majlis Perbandaran Kajang Diarkibkan 2017-10-21 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang Profil, Latar Belakang.