Bukit Sentosa
Bandar Bukit Sentosa terletak di Rawang, Selangor dan terletak di dalam Daerah Hulu Selangor.Bandar ini tidaklah mempunyai sejarah yang besar.Namun, ia merupakan kawasan perumahan, perindustrian dan perniagaan yang maju berikutan cadangan membina sebuah universiti di kawasan ini. Walau bagaimanapun projek universiti tersebut dikatakan telah dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Pada masa ini Bukit Sentosa telah berkembang secara pesat dengan terdapatnya pusat membeli-belah dan kedai-kedai baharu yang dibina seperti Lotus's,Segi Fresh,Grand Union dan juga bangunan-bangunan lain. Pada satu masa ketika awal penubuhan bandar ini, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Haji Muhd Taib telah membuat satu perancangan untuk menjadikan Bukit Sentosa sebagai Petaling Jaya yang ke-2. Namun perancangan itu tidak dilaksanakan kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia telah pun ditukar.