Pergi ke kandungan

Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Damansara
Transkripsi Lain-lain
 • Tulisan Jawiكوتا دامنسارا
 • Bahasa Cina哥打白沙罗
Permandangan udara Persiaran Surian menuju ke terminak utara di Seskyen 10 Kota Damansara.
Permandangan udara Persiaran Surian menuju ke terminak utara di Seskyen 10 Kota Damansara.
Kota Damansara yang terletak di Selangor
Kota Damansara
Kota Damansara
Lokasi di Kota Damansara di Selangor
Kota Damansara yang terletak di Malaysia
Kota Damansara
Kota Damansara
Kota Damansara (Malaysia)
Koordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E / 3.19389; 101.57778Koordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E / 3.19389; 101.57778
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimSungai Buloh
Kawasan parlimenSungai Buloh
Kawasan negeriKota Damansara
Penubuhan1992
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Petaling Jaya
 • Ahli Dewan Undangan Negeri[1]Muhammad Izuan Ahmad Kasim
 • Ahli ParlimenRamanan Ramakrishnan
Aras
70 m (230 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
47810 Petaling Jaya
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Kota Damansara (Jawi: كوتا دامنسارا; Cina: 哥打白沙罗) ialah sebuah kawasan perbandaran di Lembah Klang, Malaysia. Secara pentadbiran, Kota Damansara merupakan petempatan dalam zon pecahan pentadbiran Mukim Sungai Buloh, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling. Selangor. Kota Damansara juga merupakan sebuah bandar dalam selian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kota Damansara dikenali sebagai Seksyen PJU 5 (Petaling Jaya Utara 5) dan mempunyai luas sekitar 4,000 ekar (16.2 km2). Ia dipecahkan kepada 13 seksyen.[2][3]

Tasik di Taman Eko Rimba Kota Damansara di Seksyen 10 Kota Damansara.
Pemandangan udara Kota Damansara.

Sebelum petempatan Kota Damansara diwujudkan, kawasan bandar ini merupakan sebahagian daripada Hutan Rizab Sungai Buloh. Hutan Rizab Sungai Buloh telah diwartakan pada tahun 1898 dan merupakan hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia.[4] Pada tahun 1992, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah diberi mandat untuk membangunkan kawasan perbandaran yang baharu dengan mengambil sebahagian jajahan hutan simpan itu yang di mana telah dinyahwartakan pada tahun 1983.[5] Nama awal bagi kawasan perbandaran ini ialah dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh. Nama Kota Damansara dipilih secara rasminya pada tahun 1999 oleh kerana pembangunan yang semakin pesat di kawasan Lembah Klang dan diselaraskan dengan arus kemajuan.[6]

Sebahagian jajahan Hutan Simpan Sungai Buloh telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2009. Tujuan pewartaan hutan ini ialah untuk mengelakkan kawasan hutan simpan itu diteroka dan dibangunkan secara komersial.[7] Kawasan itu kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kota Damansara (sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Komunti Kota Damansara; bahasa Inggeris: Kota Damansara Community Forest Reserve) dan telah menjadi daya tarikan para pelancong tempatan mahupun pelancong luar untuk aktiviti mendaki bukit, meredah hutan, perkhemahan dan riadah.[5][8][9] Taman Eko Rimba Kota Damansara juga merupakan kepulauan hutan yang masih wujud dan dikekalkan di kawasan sekeliling yang pesat membangun dalam Daerah Petaling.[10]

Pada 31 Januari 2009, kira-kira 50 orang penduduk Kota Damansara membawa sepanduk membantah pembinaan pasar hiper Carrefour. Penduduk terlibat dari penduduk Seksyen 11 terdiri dari Pangsapuri Gugusan Dedap, perumahan D'Villa Avenue, perumahan D'Villa Botany, perumahan D'Villa Equestrian, perumahan Bayu Damansara dan persatuan The Friends of Kota Damasara. Turut serta ialah mantan Ahli Dewan Undnagan Negeri Kota Damansara iaitu, Mohd Nasir Hashim, Presiden Persatuan Penduduk Kota Damansara, Dali Sardar dan Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.[11]

Pada September 2020, seorang penyewa lelaki yang pulang dari Sabah telah positif COVID-19 di Sunway Nexis Biz Suites, Kota Damansara. Lelaki itu telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.[12]

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]

Kota Damansara terletak di tengah-tengah negeri Selangor, berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke timur laut. Kota Damansara merupakan sebuah bandar yang terletak di zon utara selian Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang bersempadan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di barat dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di utara. KOta Damansara berjiran dengan petempatan lainnya seperti Kampung Selamat, iaitu sebuah kampung kecil di utara Kota Damansara. Saujana Damansara, Damansara Damai dan Bandar Sri Damansara pula terletak di timur laut Kota Damansara. Damansara Perdana merupakan petempatan di kawasan berbukit-bukau, Mutiara Damansara dan Kampung Bukit Lanjan iaitu petempatan orang asli di Selangor pula terletak di timur Kota Damansara. Di tenggara pula, Kota Damansara bersempadan dengan Bandar Utama manakala di selatan, Kota Damansara bersempadan dengan Tropicana dan Tropicana Indah (sebelum ini Damansara Indah). Bandar Pinggiran Subang, Subang Perdana, Kwasa Damansara dan RRI Sungai Buloh pula terletak di barat Kota Damansara.[13][14]

Bentuk muka bumi

[sunting | sunting sumber]
Sungai Tambul menuju ke hilir di Seksyen 2 Kota Damansara.

Ciri-ciri pandang darat fizikal yang terdapat di Kota Damansara terdiri daripada sungai, bukit, kawasan perhutanan dan kolam air panas. Sungai Rumput merupakan satu daripada empat sungai di Kota Damansara. Sungai ini berpunca di Bukit Lanjan dekat Damansara Perdana di timur laut Kota Damansara, dan menaglir dengan pergerakan dari utara ke barat daya. Sungai Rumput akan bermuara di Sungai Damansara (atau Sungei Damansara) berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Dalam peta Malaya 1945 berskala 1:63,360 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), terdapat sebuah kolam air panas semula jadi di lembah Sungai Rumput, berdekatan dengan muara Sungai Lingsa.[14][15]

Sungai Kembit di Seksyen 9 Kota Damansara menuju ke hulu sungai di Bukit Permatang Resam.
Tasik buatan Sungai Simpai di Taman Eko Rimba Kota Damansara.

Sungai Simpai, Sungai Tambul dan Sungai Kembit merupakan sungai yang berpunca daripada Bukit Permatang Resam masing-masing punca terletak di Seksyen 10, Seksyen 11 dan Seksyen 9 Kota Damansara. Sungai Simpai mengalir di sepanjang petempatan di Seksyen 10 Kota Damansara dan bermuara di Sungai Tambul berhampiran dengan perumahan berjajar Jalan Cecawi 6/31. Manakala Sungai Tambul pula melalui kawasan perumahan di Seksyen 11 di hulu, kemudian menuju ke hilir dengan melalui kawasan perumahan Seksyen 6 di belah barat dan Seksyen 5 di belah timur. Sungai Tambul akan memasuki kawasan perindustrian Taman Sains Selangor sebaik sahaja Persiaran Surian dari Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam merentasinya. Di sini juga, Sungai Tambul akan membuat pertemuan anatar Sungai Rumput sebagai hilir sungai. Sungai yang terakhir ialah Sungai Kembit yang akan melalui kawasan perumahan elit di Seksyen 9 Kota Damansara sebelum bermuara di Sungai Hampar di Kampung Baru Sungai Buloh.[14][15]

Kawasan berbukit-bukau di Kota Damansara tertumpu di bahagian timur laut. Antara bukit yang bernama ialah Bukit Permatang Resam (dikenali juga Puncak Denai Tiga Puteri) dan Bukit Lanjan. Masing-masing mempunyai ketinggian 224 meter (734.9 ka) dan 332 kaki (101.2 m) dari paras laut. Bukit-bukit ini merupakan sebahagian daripada jajahan Hutan Simpan Sungai Buloh.[14][15]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Kota Damansara dilengkapi dengan rangkaian pasaraya besar seperti NSK Trade City (dahulunya Aeon Big) dan Giant serta pusat membeli-belah seperti Sunway Giza, Emporis, Uptown Kota Damansara,[16] Tropicana Garden dan juga The Strand. Terdapat juga dua buah hospital, Hospital Thomson Kota Damansara (dahulunya Hospital Tropicana) dan Hospital Pusrawi serta kawasan riadah dan rekreasi di Taman Rimba Riang di Seksyen 9, Hutan Simpan Komuniti di Seksyen 10 dan Padang Golf Seri Selangor.[2] Ia juga dilengkapi dengan jalan yang berturap yang menghubungkan dengan bandar-bandar utama sekitarnya seperti Kwasa Damansara, Subang Jaya, Sungai Buloh dan Mutiara Damansara dengan Persiaran Surian, Persiaran Mahogani, Persiaran Kenanga, Persiaran Teknologi serta jalan-jalan di setiap seksyen.[17]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Sekolah kerajaan

[sunting | sunting sumber]
Nama Gambar Kod sekolah Alamat Ruj.
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
BEA8655 Jalan Camar 4/1, Seksyen 4 Kota Damansara [18]
SK Seksyen 6 Kota Damansara
BBA8250 Jalan Cecawi 6/26, Seksyen 6 Kota Damansara [18][19]
SK Seksyen 7 Kota Damansara
BBA8236 Jalan Nuri 7/3, Seksyen 7 Kota Damansara [18][20]
SMK Seksyen 8 Kota Damansara
BEA8666 Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8 Kota Damansara [18][21]
SK Seksyen 9 Kota Damansara
BBA8270 Jalan Rimba Riang 9/1, Seksyen 9 Kota Damansara [18]
SMK Seksyen 10 Kota Damansara
BEA8638 Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara [18][21]
SK Seksyen 11 Kota Damansara
BBA8277 Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11 Kota Damansara [18]

Sekolah swasta

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 di Seksyen 5.[22]
  • Sekolah Rendah Agama Kota Damansara Seksyen 7
  • Sekolah Rendah Islam Cahaya Taqwa di Seksyen 6.[23]
  • Pondok Turath Islam Baitussaasah di Seksyen 3.[24]
  • Sekolah Antarabangsa Sri KDU di Seksyen 2 atau Taman Sains Selangor.
  • Pusat Pengajian Al Quran (Beana Quran Center)

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Jalan raya

[sunting | sunting sumber]

Kota Damansara dihubungkan melalui persimpangan EXIT 104 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),[25] persimpangan Surian dan persimpangan Seksyen 5 Kota Damansara di Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH),[26] dan persimpangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Berikut ialah jalan raya utama di Kota Damansara:

  • Persiaran Surian
  • Persiaran Mahogani
  • Persiaran Kenanga
  • Persiaran Sungai Buloh
  • Persiaran Teknologi
  • Persiaran Jati

Terdapat tiga stesen transit aliran deras (MRT) di Kota Damansara. Ketiga-tiga stesen menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang yang menghala ke Stesen MRT Kwasa Damansara di barat Lembah Klang dan Stesen MRT Kajang di timur Lembah Klang. Hanya dua stesen sahaja yang beroperasi sehingga kini, iaitu Kota Damansara di sempadan Seksyen 2 dan Seksyen 4 dan Surian di Dataran Sunway. Satu stesen yang bernama Teknologi, di Taman Industri Sungai Buloh merupakan stesen simpanan yang dikelaskan sebagai stesen akan datang.[27][28]

Stesen kereta api Laluan Kajang di Kota Damansara
Kod stesen Nama stesen Koordinat Status Gambar
 KG05A  MRT Teknologi 3°9′40.26″N 101°34′5.50″E / 3.1611833°N 101.5681944°E / 3.1611833; 101.5681944 Tidak beroperasi
 KG06  MRT Kota Damansara 3°9′1″N 101°34′43″E / 3.15028°N 101.57861°E / 3.15028; 101.57861 Beroperasi
 KG07  MRT Surian 3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°E / 3.1496278; 101.5935917 Beroperasi
Bas T801 di Stesen MRT Kwasa Sentral.
Laluan bas 780, 802 dan T808 berkhidmat di pintu B Stesen MRT Surian.
Papan tanda maklumat laluan bas di salah satu hentian bas di Dataran Sunway.
Penumpang menunggu ketibaan bas.
Bas Rapid KL laluan 780 di Hab Pasar Seni.

Terdapat lima laluan bas yang melalui kawasan perumahan di sekitar Kota Damansara, iaitu 780 (Seksyen 8–Pasar Seni), 802 (Seksyen 11–LRT Kelana Jaya), T801 (MRT Kwasa Sentral–Seksyen 6 hingga 10), T805 (MRT Kota Damansara–Seksyen 4, 5 dan Taman Sains Selangor), T808 (MRT Surian-Seksyen 11). Kesemua laluan bas itu dikendali sepenuhnya oleh Rapid KL. Laluan bas 780 terletak di bawah Koridor Lebuhraya Persekutuan manakala 802, T801, T805 dan T808 terletak di bawah Koridor Damansara.[29]

Laluan bas lain seperti BET1, T803 dan T806 yang dikendalikan oleh Rapid KL dan 144C oleh Selangor Omnibus, kini tidak lagi berkhidmat disekitar Kota Damansara akibat penamatan laluan atau penstrukturan semula laluan bas tersebut. Berikut ialah senarai perhentian bas di Kota Damansara yang masih beroperasi sehingga kini.[30]

Kod Nama Lokasi Laluan bas
PJ63 PPR Kota Damansara Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8 Kota Damansara 780, T801
PJ69 Pangsapuri Ixora Persiaran Jati, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ70 Komersial Nuri 7A (Selatan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780, T801
PJ71 Pangsapuri Kasia (Bertentangan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ72 SK Seksyen 7 Kota Damansara (Bertentangan) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ71 Perumahan Seksyen 7 Kota Damansara Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780
PJ74 Perumahan Jalan Nuri Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ78 Pangsapuri Kasia Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara T801
PJ79 Komersial Nuri 7A (Utara) Jalan Nuri 7, Seksyen 7 Kota Damansara 780, T801
PJ80 SMK Seksyen 10 Kota Damansara Persiaran Mahogani, Seksyen 10 Kota Damansara T801
PJ81 Aeon Big Kota Damansara T808
PJ82 Gugusan Dedap (Bertentangan) Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11 Kota Damansara 802
PJ83 SK Seksyen 11 Kota Damansara Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen Kota Damansara 802, T805
PJ86 The Strand (Barat) Persiaran Mahogani, Dataran Sunway Kota Damansara T808
PJ87 Sunsuria 802
PJ89 Pangsapuri Carlina / Pangsapuri Carlina (Selatan) Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, 802, T805
PJ91 Pangsapuri Siantan (Bertentangan) / Pangsapuri Siantan (Timur) 780, 802, T805
PJ92 Pangsapuri Siantan / Pangsapuri Siantan (Barat) 780, T805
PJ97 Balai Polis Trafik Kota Damansara Jalan Cecawi 6/18, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ98 Pangsapuri Cempaka 1 (Bertentangan) Jalan Cecawi 6/19, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ99 Pangsapuri Cempaka 6 780, T801
PJ100 SK Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ101 Pangsapuri Teratai (Bertentangan) Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ102 Pangsapuri Teratai 780
PJ103 Pangsapuri Tanjung Seksyen 6 Jalan Cecawi 6/19, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ104 Pangsapuri Cempaka Seksyen 6 780, T801
PJ105 Pangsapuri Cempaka 1 780
PJ106 Komersial Seksyen 6 (Barat) Jalan Cecawi 6/18, Seksyen 6 Kota Damansara T801
PJ350 Bestari De Kota (Selatan) Persiaran Sungai Buloh, Seksyen 3 Kota Damansara T801
PJ351 Bestari De Kota (Timur) Persiaran Surian, Seksyen 3 Kota Damansara T801
PJ354 Gugusan Seroja / Jejantas Apartment Seroja Persiaran Kenanga, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T805
PJ355 Gugusan Semarak 4 Jalan Camar 4/1, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 805, T805
PJ360 Gugusan Mawar Jalan Camar 4/5, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802
PJ365 Stesen MRT Kota Damansara Pintu B Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara
PJ366 Apartment D'Shire Villa Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802
PJ387 Stesen MRT Surian Pintu A Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802, T807
PJ368 Stesen MRT Surian Pintu B Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, 802, T808
PJ388 Kondominium Casa Indah Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780
PJ392 SM Sri KDU Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ395 Stesen MRT Kota Damansara Pintu A Persiaran Surian, Seksyen 4 Kota Damansara 780, T805
PJ658 Taman Industri Sungai Buloh (Utara) Jalan TSB 8, Taman Industri Sungai Buloh Kota Damansara 780
PJ659 Gugusan Seroja Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780
PJ660 Komersial Sepah Puteri / Persimpangan Sepah Puteri 5/2 Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ662 D'Villa Botani Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ663 Dataran Sunway (Barat) Persiaran Mahogani, Kota Damansara T808
PJ665 Masjid Kota Damansara Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara 780, 802, T805
PJ666 Komersial Sepah Puteri 5/1B Jalan Sepah Puteri 5/1, Seksyen 5 Kota Damansara T805, 780, 802
PJ667 Gugusan Melati Jalan Camar 4/5, Seksyen 4 Kota Damansara 802
PJ668 Gugusan Matahari 780, 802
PJ782 Kompleks Muhibbah (Barat) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T801, T805
PJ786 Sunsuria Technology Centre (Utara) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ787 Sunsuria Technology Centre (Barat) Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ788 Selangor Science Park Jalan Teknologi, Seksyen 2 Kota Damansara T805
PJ790 SRA Seksyen 5 Kota Damansara Jalan Sepah Puteri 5/20, Seksyen 5 Kota Damansara 780, T805
PJ791 Taman Industri Sungai Buloh (Timur) Persiaran Sungai Buloh, Taman Industri Sungai Buloh T801
PJ792 Komersial Seksyen 6 (Timur) Jalan Cecawi 6, Seksyen 6 Kota Damansara 780, T801
PJ793 Surau Al-Falah Seksyen 6 T801
PJ794 Taman Industri Sungai Buloh (Barat) Persiaran Sungai Buloh, Taman Industri Sungai Buloh Kota Damansara
PJ795 Dataran Sunway (Timur) Jalan PJU 5/1, Kota Damansara T808
PJ796 The Strand (Timur) Jalan PJU 5/1, Kota Damansara T808
PJ797 Pangsapuri Dedap Blok 10 Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11 Kota Damansara T808
PJ798 Pangsapuri Dedap Blok 1 Persiaran Mahogani, Seksyen 11 Kota Damansara T808
PJ799 Komersial Pekaka Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ801 Kasturi Idaman Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara 780, T801
PJ802 SMK Seksyen 8 Kota Damansara (Bertentangan) Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ820 Perumahan Pekaka 8/1B Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ821 Perumahan Pekaka 8/16 Jalan Pekaka 8/1, Seksyen Kota Damansara T801
PJ843 Surau Al-Ulum Seksyen 9 Jalan Rimba Riang 9/6, Seksyen 9 Kota Damansara T801
PJ844 Perumahan Rimba Riang 9/4 Jalan Rimba Riang 9/1, Seksyen 9 Kota Damansara 780
PJxxx SMK Seksyen 10 Kota Damansara (Bertentangan) Persiaran Mahogani, Seksyen 10 Kota Damansara 780, T801

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Pejabat Cawangan MBPJ di Kota Damansara

Kota Damansara ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berpusat di Jalan Pekaka 8/1D, Seksyen 8 Kota Damansara, mentadbir keseluruhan seksyen dan petempatan di Kota Damansara.[31]

Keadaan semasa pilihan raya negeri Selangor 2023 di salah satu tempat mengundi dalam kawasan DUN Kota Damansara.

Dari segi politik, Kota Damansara merupakan sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor dibawah parlimen Sungai Buloh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kota Damansara ialah Yang Berhormat Izuan Kasim dari Pakatan Harapan (PKR) yang menyandang kerusi kawasan DUN ini sejak pilihan raya negeri Selangor 2023. Berikut adalah senarai ADUN yang menyandang kerusi DUN Kota Damansara:

Tahun Ahli DUN Kota Damansara Mewakili parti
2004–2008 Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan BN
2008–2013 Mohd Nasir Hashim PKR (2008)
PSM (2008–2013)
2013–2018 Halimaton Saadiah Bohan[32] BN (UMNO)
2018-2023 Shatiri Mansor[33] PH (PKR)
2023–kini Izuan Kasim[1]

Tempat beribadah

[sunting | sunting sumber]
Surau Nurul Iman.

Terdapat 18 buah surau di bawah kariah Masjid Kota Damansara,[34] dan sebuah kuil Hindu di Seksyen 3 Kota Damansara yang bernama Kuil Sri Maha Mariamman. Berikut adalah senarai surau di Kota Damansara:

Nama Surau Lokasi Kebenaran solat Jumaat Rujukan
Surau Darul Hidayah Seksyen 7 Tidak [34]
Surau Al Mukmin Seksyen 8 Tidak [34]
Surau Al-Falah Seksyen 6 Ya [34][35]
Surau Al-Mubarak Seksyen 8 Tidak [34]
Surau Ar-Rayyan Seksyen 5 Tidak [34]
Surau Al-Hijrah Seksyen 8 Tidak [34]
Surau An-Nur Seksyen 6 Tidak [34]
Surau As-Sahabah Seksyen 7 Ya [34][36]
Surau Al-Ikhwan Seksyen 6 Tidak [34]
Surau As-Salam Seksyen 11 Tidak [34]
Surau As-Salam Seksyen 4 Ya [34][37]
Surau Ad-Dhuha Seksyen 8 Tidak [34]
Surau Al-Ulum Seksyen 9 Ya [34][38]
Surau At-Taqwa Seksyen 5 Tidak [34]
Surau De Rozelle Seksyen 10 Tidak [34]
Surau Nurul Iman Seksyen 6 Ya [34]
Surau Al-Ikhlas Seksyen 13 Tidak [34]
  1. ^ a b "ADUN Kota Damansara > Y.B. Tuan Muhammad Izuan Ahmad Kasim". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ a b "Kota Damansara: A Growing Township with Something for Everyone". trx.my (dalam bahasa Inggeris). Tun Razak Exchange. 13 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-20. Dicapai pada 12 April 2021.
  3. ^ "Kota Damansara-History" (dalam bahasa Inggeris). Liquisearch. 2017-06-18. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  4. ^ S.M. Mohamed Idris (26 November 2018). "Sahabat Alam Malaysia Persoal Komitmen dan Iltizam Selangor Pertahan Hutan Simpanan Kekal". Sahabat Alam Malaysia. Dicapai pada 26 Januari 2023.
  5. ^ a b Karr Wei (14 Januari 2021). "Panduan kawasan dan kejiranan Kota Damansara". iProperty.com. iProperty.com Malaysia Sdn Bhd. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  6. ^ "PKNS pilih nama Kota Damansara". Berita Harian. New Straits Times Press. 29 April 1999. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
  7. ^ Mohamed Farid Noh (30 April 2009). "Selangor warta hutan simpan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
  8. ^ Amirul Aiman Hamsuddin (18 Januari 2023). "Aktiviti mendaki, Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula 1 Februari". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Januari 2023.
  9. ^ Nadiah Zamlus (10 November 2020). "Jadi tumpuan, Selangor kaji promosi hutan simpan Kota Damansara". Selangor Kini. Medai Selangor. Dicapai pada 28 Januari 2023.
  10. ^ Mohd Nasir Hashim, Ahli Dewan Undnagan Negeri Kota Damansara (2010). "Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010". Perbahasan Parlimen (Hansard). Dewan Undangan Negeri Selangor. Dicapai pada 28 Januari 2023.
  11. ^ "Carrefour perkenalkan pasar raya hiper kompak tahun depan". www.tropicanacorp.com.my. Utusan Malaysia. 28 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  12. ^ FMT Reporters (29 September 2020). "Covid-19 case at Sunway Nexis" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-30. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  13. ^ Penyumbang OpenStreetMap (23 April 2023). "Kota Damansara" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 23 April 2023.
  14. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  15. ^ a b c Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Jun 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kuala Lumpur (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 3B/15 (4 ed.). Selangor, Malaysia.
  16. ^ IZWAN ROZLIN (1 November 2020). "Uptown Kota Damansara Lengang". sinarharian.com. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-01. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  17. ^ Ahmad Ismadi Ismail (13 Oktober 2020). "PKPB: Tiga jalan di Kota Damansara ditutup". sinarharian.com.my. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-24. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  18. ^ a b c d e f g "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021.
  19. ^ Asyraf Muhammad (23 April 2018). "1000 murid SK Seksyen 6 Kota Damansara terlibat KS018". GPS Bestari. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 27 April 2021.
  20. ^ faizal shuhaimi (21 Februari 2019). "Program Back To School SK Seksyen 7 Kota Damansara". Majlis Belia Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-09. Dicapai pada 28 April 2021.
  21. ^ a b Nor Amalini Fitriza Mohd Napi (27 Oktober 2017). "Pelajar Jepun ini buat sesuatu yang sukar dilupakan di SMK Seksyen 10 Kota Damansara". GPS Bestari. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 28 April 2021.
  22. ^ JAKIM. "Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5". Simpeni.islam.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 28 April 2021.
  23. ^ JAKIM. "Sekolah Rendah Islam Cahaya Taqwa". Simpeni.islam.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 28 April 2021.
  24. ^ JAKIM. "Pondok Turath Islam Baitussaasah". Simpeni.islam.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada 28 April 2021.
  25. ^ Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Toll Abbreviation". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.
  26. ^ "Project Overview". DASH (dalam bahasa Inggeris). mydash.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-25. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  27. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  28. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  29. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  30. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  31. ^ Vincent Tan (6 April 2016). "MBPJ branch office to be opened in Kota Damansara" (dalam bahasa Inggeris). thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-08. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  32. ^ "Halimaton Saadiah Bohan". pru.sinarharian.com.my (dalam bahasa msms). PRU di Sinar (Sinar Harian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-04. Dicapai pada 4 Mei 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "ADUN Kota Damansara > Tuan Shatiri Bin Mansor". Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-12. Dicapai pada 28 April 2021.
  34. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Senarai Surau di Bawah Kariah Masjid Kota Damansara". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-06. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  35. ^ "Surau Al-Falah (Kebenaran Solat Jumaat)". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  36. ^ "Surau As Sahabah (Kebenaran Solat Jumaat)". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  37. ^ "Surau As Salam (Kebenaran Solat Jumaat)". e-masjid.jais.gov.my. Jabtan Agama Islam Selangor. 2010. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  38. ^ "Surau Al Ulum (Kebenaran Solat Jumaat)". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Dicapai pada 5 Mei 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]