Pergi ke kandungan

Mujahidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mujahideen)

Mujahideen berasal dari bahasa Arab yang bermaksud pejuang agama berasaskan konsep perang jihad yang suci. Ejaan lain ialah mujahedeen, mujahedīn, mujahidīn dan mujaheddīn.

Ia bermaksud tentera, separa tentera atau kedua-duanya sekali.

Mujahideen di Afghanistan

[sunting | sunting sumber]

Mujahideen muncul di Afghanistan muncul selepas penjajahan Kesatuan Soviet terhadap Afghanistan pada 1989 dan berperang sesama sendiri dalam Perang Saudara Afghan.

Anehnya Mujahideen disokong oleh CIA Amerika Syarikat dari segi kewangan, senjata dan latihan peperangan semasa pentadbiran Presiden Jimmy Carter dan Presiden Ronald Reagan. Mujahideen juga turut disokong oleh Arab Saudi, Republik Rakyat China, negara Eropah, Iran dan Pakistan. Ketika itu Pakistan di bawah rejim Presiden Muhammad Zia-ul-Haq. Agensi Perisikan Pakistan (ISI) menggunakan pelbagai saluran dan aktiviti bagi membantu Mujahideen, agar tentera Soviet Rusia tidak sampai ke pintu rumah Pakistan. Mereka dipanggil sebagai hero kerana dapat mengalahkan tentera Kesatuan Soviet yang jauh lebih besar dan gagah. Presiden Ronald Reagan memanggil mereka sebagai pejuang kebebasan tulen. Tahun 1988 filem Rambo III telah memaparkan kehebatan mereka berjuang di bumi tandus Afghanistan.

Warga Arab Saudi bernama Osama bin Laden adalah orang yang menubuhkan organisasi mujahideen dan membiayai senjata dan latihan. Maktab al-Khadamat (MAK) menjadi saluran untuk mendapatkan wang, senjata dan kader pejuang berani mati dari seluruh dunia untuk mendapat tiket ke syurga melalui perang jihad. Tahun 1988 Osama bin Laden berpecah dari MAK.

Selepas Kesatuan Soviet keluar dari Afghanistan, sengketa antara pemimpin puak berlaku yang kini dinamakan Perang Saudara Afghanistan. Perang gerila berlaku antara puak yang dipimpin oleh komander separa tentera. Perang ini berlangsung selama 4 tahun dan terdapat 4000 markas di mana unit mujahideen beroperasi. Kebanyakan mereka mempunyai ibu pejabat di Pakistan. Setiap komander mempunyai 300 anggota dan mengawal kawasan / daerah tertentu.

  • Ahmed Shah Massoud menguasai Lembah Panjshir. Lembah ini terletak di utara Kabul dengan 10,000 pengikut yang terlatih. Beliau disokong oleh kaum Tajik di utara.
  • Mujahideen yang ahlinya puak Pashtun menguasai timur, selatan dan barat daya. Struktur puak dan mempunyai beberapa cabang. Ahlinya lebih 10,000 orang terutama di Khost dan daerah Paktia.
  • Mujahideen yang disertai puak Parsi dan Turki. Mereka diketuai pemimpin agama atau sufi.

Banyak juga sukarelawan perang datang dari seluruh negara. Antaranya dari negara Bosnia.

Mujahideen menang apabila Kesatuan Soviet keluar pada 1989 dan diikuti dengan kejatuhan rejim Mohammad Najibullah pada 1992. Malangnya semua puak dalam Mujahideen tidak dapat bersatu. Puak yang besar menyerang puak yang kecil dan tidak ada pembahagian kawasan yang adil.

Di sinilah munculnya Taliban pada tahun 1996 yang mengamalkan sistem pemerintahan islam. Taliban ini berasal dari perkampungan mullah - pemimpin agama, kumpulan pelajar sekolah agama dan kemudian menjadi pergerakan tentera yang disokong oleh Pakistan. Taliban bermaksud 'pelajar yang mengkaji Al-Quran'. para para mujahidin yang pekasa ialah abu mushof, abu muhajir, abu salman, abu turob, abu khattab, abu tohar, abu khalid, abu bakar elah, abu api..

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Tokoh agama:

Pertubuhan: