Majlis Bandaraya Seberang Perai
Majlis Bandaraya Seberang Perai | |
---|---|
مجليس باندراي سبراڠ ڤراي Seberang Perai City Council 威省市政厅 செபராங் பிறை மாநகர சபை | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 15 Disember 1976 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Seberang Perai |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | YBhg. Dato' Hj Baderul Amin Bin Abdul Hamid (sejak Jun 2024) |
Setiausaha Bandaraya | Mohd Ibrahim Bin Md Nor |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Seberang Perai, Aspirasi Bandar Masa Hadapan | |
Tempat persidangan | |
Menara Bandaraya Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 5°22′15″N 100°25′58″E / 5.3707347°N 100.4328411°E | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Bandaraya Seberang Perai (مجليس باندراي سبراڠ ڤراي) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British pada tahun 1800. Pentadbiran Seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.
Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer persegi. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam.
Keluasan Seberang Perai walau bagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913, satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.
Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.
Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Pada 16 September 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Seberang Perai.[2]
Bahagian
[sunting | sunting sumber]Pada 2024 pengurusan majlis bandaraya dikawalselia menerusi 18 buah jabatan seperti berikut:
- Jabatan Khidmat Pengurusan
- Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
- Jabatan Perancang Bandar
- Jabatan Perbendaharaan
- Jabatan Bangunan
- Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
- Jabatan Undang-undang
- Jabatan Kejuruteraan
- Jabatan Teknologi Informasi dan Komunikasi
- Jabatan Perlesenan
- Direktorat Penguatkuasaan
- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
- Jabatan Korporat
- Jabatan Perhubungan Komuniti
- Jabatan Pematuhan Teknikal dan Dasar
- Jabatan Landskap
- Jabatan Pembangunan Lestari
- Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Jabatan Pengurusan Krisis
- Bahagian Keselamatan dan Komuniti
Ahli Majlis
[sunting | sunting sumber]Seramai 24 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Majlis Bandaraya Pulau Pinang
- Seberang Perai Utara
- Seberang Perai Tengah
- Seberang Perai Selatan
- Datuk Bandar Seberang Perai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ Seberang Perai kini berstatus bandar raya