Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan 2018
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan 2018 terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Menteri Besar bagi memegang portfolio tertentu. Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun dari Parti Keadilan Rakyat yang membentuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama-sama Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara. Buat pertama kalinya, kerajaan negeri mengalami peralihan parti pemerintah dari kebiasaannya Barisan Nasional kepada parti lain pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018.[1]
Majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diadakan dalam satu upacara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.[2]
Keanggotaan semasa (2018-kini)
[sunting | sunting sumber]Nama | Perwakilan | Parti | Portfolio |
---|---|---|---|
Dato' Seri Aminuddin Harun | Sikamat | PKR | Menteri Besar
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam |
Teo Kok Seong | Bahau | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru |
Dato' Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek | Ampangan | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan |
Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani | Paroi | Amanah | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan |
Dato' Ismail Ahmad | Labu | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar |
Arul Kumar Jambunathan | Nilai | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam |
Dato' Bakri Sawir | Klawang | Amanah | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani |
Veerapan Superamaniam | Repah | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan |
Mohamad Nazaruddin Sabtu | Pilah | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu |
Nicole Tan Lee Koon | Bukit Kepayang | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan |
Choo Ken Hwa | Lukut | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional |