Pergi ke kandungan

Stesen LRT Lembah Subang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lembah Subang)
Lembah Subang Rapid KL
Stesen LRT Lembah Subang dari jalan raya.
LokasiStesen Lembah Subang, Jalan PJU 1a/46, 47301 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′44″N 101°35′28″E / 3.1121°N 101.5912°E / 3.1121; 101.5912Koordinat: 3°06′44″N 101°35′28″E / 3.1121°N 101.5912°E / 3.1121; 101.5912
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T782, T807
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ25 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Lembah Subang adalah stesen LRT di Petaling Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak berhampiran Depot LRT Lembah Subang. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran laluan ini ke Putra Heights.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan PJU 1a/46, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Putra Damai, Dataran Prima, Taman Megah Emas, depot LRT Lembah Subang, pangsapuri mewah Eve Suites dan kompleks pangsapuri mewah D'aman.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Kelana Jaya)
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Ara Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Pintu Destinasi Gambar
A Jalan PJU 1A/41 Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk bas teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Pusat Komersial NXZ, Kondominium D'Crimson, Kondominium Eve Suite, Kondominium D'Aman Suria, Taman Putra Permai, Taman Mayang, Winchester, Cantara Residence
B Jalan PJU 1A/46 Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk bas, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Depoh LRT Lembah Subang
C Sambungan pejalan kaki dari aras legar ke kondominium Eve Suite

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T782 dan T807 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.