Tasik kawah
Tasik kawah atau danah kawah (crater lake, volcanic lake) ialah takungan air (tasik) yang menutupi permukaan suatu kawah gunung api. Sekitar 12% dari sekitar 700 gunung api yang ada di bumiditutupi oleh air.
Keadaan fizik dan kimia tasik kawah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti gas magma serta interaksi batuan dengan cairan antara permukaan magma dan situasi di bawah permukaan. Perubahan-perubahan pada keadaan tasik menunjukkan perubahan dan kerumitan proses yang terjadi di tasik kerana pelbagai proses fizik dan kimia terjadi dalam waktu yang sama. Tasik kawah berfungsi pula sebagai pengewap panas dan penyaring gas yang keluar dari magma.
Tasik kawah yang menutupi kawah aktif biasanya memiliki pH sangat rendah (0—2) yang membuatkannya berasid dan sangat beracun bagi sebahagian besar makhluk hidup. Warna tasik yang dipengaruhi keluaran gas sulfur (H2S dan SO2) biasanya berwarna hijau cerah. Warna ini dapat berubah menjadi kuning atau putih, bergantung kepada kepekatan gas yang keluar. Gas lain yang dapat dikeluarkan kawah adalah gas klorin, fluorin, CO serta CO2. Komposisi gas-gas yang terlarut atau bertindak balas dengan air dan mineral mengakibatkan perbezaan warna tasik.
Tasik kawah yang dikenali
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) USGS Hawaiian Volcano Observatory: Water on volcanoes: heavy rain and crater lakes
- (Inggeris) USGS Cascades Volcano Observatory: Volcanic Lakes
- (Inggeris) The Science of Volcanic Lakes Diarkibkan 2007-07-14 di Wayback Machine, Greg Pasternack, U. California Davis